TERKINI

#JomNaikMRT Bermula 16.12.2016

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

#JomNaikMRT bermula dari hari ini 16 Disember 2016 untuk Phase 1 iaitu dari Stesen Sungai Buloh hingga ke Stesen Semantan. Bermula hari ini selama sebulan anda boleh menaikinya dengan PERCUMA. Jadi, cubalah pengangkutan awam ini untuk ke destinasi anda jika destinasi itu tersenarai didalamnya. Buat masa ini stesen yang telah dibuka ialah

  • Semantan
  • Pusat Bandar Damansara
  • Phileo Damansara
  • TTDI
  • Bandar Utama
  • Mutiara Damansara
  • Surian
  • Kota Damansara
  • Kwasa Sentra
  • Kampung Selamat
  • Sungai Buloh

KP mengambil peluang untuk menaiki tren ini dan berkongsi apa yang sempat KP rakamkan. Kebetulan ada kerja di area MRT so bak kata pepatah “kill 2bird with 1 stone” .

Perjalanan Stesen MRT

img20161216112133.jpg

Beberapa keping gambar yang sempat dirakam sewaktu dalam perjalanan.  Ada 2 platform ye dan pastikan anda tidak tersalah platform-

  • Menghala ke Kajang
  • Menghala ke Sg Buloh
    img20161216111403.jpg

Kaunter masuk – buat masa ini tidak perlu token kerana ianya adalah PERCUMA . Disambut mesra oleh staff MRT sambil memberi peta MRT Sungai Buloh – Kajang Line Phase 1 pada semua. Menggunakan peta rancang di mana nak turun
img20161216111355.jpg Nak tahu MRT yang anda naiki tu betul atau tidak jangan lupa untuk lihat
img20161216113024.jpg Keselamatan – pintu akan dibuka apabila tren sampai. bagus untuk anak-anak kecil
img20161216111708.jpg Masa setiap tren tiba akan tertera di skrin . Memandangkan kami nak menghala ke stesen Semantan jadi disini tertera 3 tren yang berikutnya sampaiimg20161216112233.jpgMemandangkan tren baru, memang bersih , lawa dan cantik mata memandang. Lagipun warna yang dipilih adalah biru warna sejuk
img20161216123323.jpg tempat pemegang pun ada berwarna biru jugaimg20161216123332.jpg Gambar yang sempat dirakam sebelum ramai passenger naik.
img20161216123312.jpg

Ok ini adalah contoh skrin yang anda akan lihat sebelum sampai ke destinasi . Mungkin ada yang bertanya maksud warna-warna ini bukan

Merah bermaksud: stesen terakhir

Kuning bermaksud: stesen bakal tiba

Hijau bermaksud : stesen berikutnyaimg20161216111745.jpg

Yang berwarna merah – stesen yang terdahulu yang sudah berhenti

Yang berwarna kuning – stesen yang bakal tiba

Yang berwarna hijau – stesen yang belum tiba

Yang berwarna kelabu – belum lagi dibuka
img20161216111749.jpg

Pembelian tiket

Pergi ke KIOSK yang disediakan klik membeli token

Pilih huruf di skrin . Kata kunci Huruf pertama di stesen berikutnya . Refer pada sebelah kanan
img20161216125058.jpg Contoh ingin ke Mutiara Damansara , klik di huruf M. Akan tertera nama stesen dan harga tiket . Jika betul klik pada nama stesen ituimg20161216125104.jpg Pilih bilangan token yang ingin dibeliimg20161216125119.jpg Masukkan wang kertas atau syiling & nanti akan keluar token . img20161216125151.jpg

PS: Rupa token takda sebab sekarang nie PERCUMA untuk sebulan. Ini sahaja yang sempat KP kongsikan buat anda semua . Oh ya, MRT ada buat promosi dimana  #161216 MRT HUNT

img20161216112657.jpg Collect stamp diantara 5 check point yang terteraimg20161216112704.jpg Datang ke booth terakhir iaitu di Stesen Kampung Selamat untuk mendapatkan kad T& G bernilai RM 20 selepas mendapatkan 2 stamp yang diperlukan. Ianya adalah sementara stock masih ada berlangsung selama 3 hari iaitu 16.12.2016 hingga 18.12.2016

KP dah siap redeem anda bila lagi img20161216112528.jpg

Nak lebih maklumat layari

Website : http://www.myrapid.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/myrapid/

Instagram : https://www.instagram.com/myrapidkl/

#JomNaikMRT