TERKINI

Iklan Raya TM 2016, Jangan Bersangka Buruk..

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pejam celik pejam celik dah masuk Ramadan ke 19 bukan? Pastinya banyak syarikat korporat akan berlumba-lumba untuk mebuat iklan Hari Raya mereka. Kali ini KP nak share Iklan Raya TM 2016 untuk tahun ini dimana ianya agak menyentuh perasaan sedikit. KP yang menonton tetiba habuk masa mata macamana tu?

Iklan Raya TM 2016

“Abang, ada makanan lebih tak…?”
Jangan cepat buruk sangka dekat seseorang, dan jangan membazir! Ada orang yang lebih memerlukan..

Sinopsis Iklan Raya TM 2016

Sofia salah seorang pekerja di dalam syarikatnya membawa pulang makanan berlebihan yang tidak habis didalam majlis makan yang diadakan di syarikatnya.  Pada suatu hari sewaktu majlis berbuka puasa diadakan di syarikatnya, banyak makanan yang berlebihan dan Sofia menawarkan dirinya untuk membawa pulang makanan tersebut. Rakan-rakan pejabat ada yang mentertawakan pada dirinya. Ada juga mengatakan yang Sofia seoalah-olah tidak kenyang dengan makanan yang dimakan.

Iklan Raya TM 2016

Ada scenario di mana Sofia membawa pulang air mineral yang belum di minum dan ramai yang tertawa. Pastinya pandangan sinis dan kata-kata hinaan dikatakan padanya. Sofia cuma senyap dan bersenyum sahaja.

Iklan Raya TM 2016

Apabila isteri bossnya pulang dari membeli dikedai dan ternampak Sofia lalu menceritakan pada suaminya, Namun suaminya bersangka buruk dengan mengatakan”Pagi berkerja dan malam berniaga”.. Isteri boss menegur dengan mengatakan yang Sofia tidak berniaga sebenarnya tetapi memberi makanan kepada gelandangan yang ada di sana menggunakan mangkuk tingkat atau mangkuk tiffin. Apa yang berlaku selepas ini? Adakah Sofia masih ditertawakan oleh rakan sekerjanya? Betulkah yang Sofia membantu di gelandangan ini dan benuk bantuan apakah yang di beri?

Iklan Raya TM 2016

Ianya simple tetapi ada pengajarannya. Jangan selalu bersangka buruk kerana kalau tak nampak jangan buat onar.. nampak tak hati dia baik tapi telah disalahertikan sebab tidak tahu punca. Apabila membuat baik kepada mereka yang memerlukan tidak perlu di heboh pada semua. Moga dapat menyumbang juga untuk mereka yang memerlukan bukan sahaja di bulan Ramadan dibulan-bulan yang lain juga.

#mangkuktiffin #iklanrayaTM2016 #iklanraya