TERKINI

#FreshtoGoContest2016 #7ElevenMY

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahukah anda dimana 7 Eleven sedang mengadakan contest buat blogger. Ianya contest mengenai produk terbaru dari 7 Eleven iaitu “Fresh To Go”. Kini Fresh To Go ada terdapat di cawangan 7 Eleven yang terpilih. Konsep Fresh To Go ini menyediakan pelbagai menu untuk mereka yang inginkan sesuatu yang cepat,lazat, mudah dan berpatutan harganya. Bukan itu sahaja para pelanggan boleh memilih untuk menikmati di 7 Eleven tersebut ataupun di mana-mana lokasi seperti di rumah, sekolah, pejabat dan lain-lain lokasi .Tidak percaya dengan kehebatan terbaru ini? Apa kata anda mencuba menu terbaru Fresh to Go ini !!! Ingin KP kongsikan antara pilihan Fresh To Go dari Qurratul dan Irfan untuk dijadikan sebagai bekalan ke sekolah#FreshtoGoContest2016 #7ElevenMY

Sedikit informasi tentang Fresh To Go di 7 Eleven

Fresh To Go adalah rangkaian terbaru dari 7 Eleven untuk para penggunanya. Mempunyai pelbagai jenis makanan lazat untuk anda tidak kira usia, bangsa mahupun agama pastinya anda boleh memilih di mana ianya mendapat sijil HALAL dan diikitiraf oleh pihak JAKIM. Untuk mengekalkan kesegarannya , semua makanan Fresh To Go akan di hantar setiap hari. Tiada yang di simpan atau di panas semula. Banyak pilihan yang boleh dipilih daripada Rendang Chicken bersama Rice, Macaroni & Cheese ,Garden Salad dengan Roasted Sesame Sauce, Bihun Goreng, Cookies mahupun Sandwich dan lain-lain lagi.

Pilihan Qurratul #FreshtoGoContest2016 #7ElevenMYPilihan Qurratul kali ini ialah Bihun Goreng. Segar dan sedap seperti namanya “Fresh To Go”. Sambal diletakkan di tepi dan ada telur dadar disertakan sekali. Senang dan mudah untuk dimakan di mana boleh sahaja di panaskan menggunakan microwave yang disediakan di 7 Eleven terpilih. Tebuk beberapa lubang dan panaskan mengikut masa yang ditentukan. Awas, bila memakan kerana mungkin panas ..

Selain itu, menu ini juga boleh di buat sebagai bekalan untuk anak-anak jika si ibu tidak sempat membuat sarapan pagi ataupun bekalan untuk anak-anak ke sekolah#FreshtoGoContest2016 #7ElevenMYJika dilihat atas pek bihun goreng ini ada tertera tarikh di pek dan tarikh luput bila. Bagi makanan seperti bihun goreng ada masa juga kerana inginkan para pembeli dapat merasa kesedapannya. Andai kata termakan selepas masa tersebut mungkin rasanya akan berlainan.
#FreshtoGoContest2016 #7ElevenMY

Pilihan Irfan

Bagi Irfan pula , suka yang senang dan ringkas. Pilihannya kali ini ialah Cookies Almond. Ianya senang di bawa ke mana- mana sahaja seperti di dalam poket seluar mahupun di dalam beg. Cookies ini juga boleh di makan sebagai sarapan pagi mahupun minum petang. Cookies ini boleh tahan lama dan harganya berpatutan. #FreshtoGoContest2016 #7ElevenMY

Sedang scroll di Facebook, terserempak dengan contest #FreshtoGoContest2016 anjuran dari #7ElevenMY. Senang sajer pergi ke mana-mana 7 eleven yang ada menyediakan makanan #FreshtoGo. Beli mana-mana produk #FreshtoGo dan kemudian jangan lupa ambil gambar bersama caption yang paling kreatif. Kemudian email kan marketing@7eleven.com.my dengan tajuk Fresh To Go Contest 2016

#FreshtoGoContest2016 #7ElevenMY

KP dan anak -anak tidak pernah jemu dengan pilihan Fresh To Go. Ianya memberikan kesenangan kepada kami tidak kira di mana kami berada. Dengan harga yang berpatutan, mengekalkan kesegaran dalam penyediaan makanan, memastikan yang tiada bahan perisa seperti MSG sesuai untuk di makan oleh kanak-kanak jua pelbagai usia. Kesedapan Fresh To Go adalah kunci segala-galanya kerana bila lazat pasti ramai yang membeli. Jadi apa lagi jomlah cuba menu dari Fresh To Go , pasti anda berpuas hati selepas menikmatinya (kata Qurratul …)