TERKINI

Denyutan Kota Raya , Misi Bantuan Gelandangan,

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Denyutan Kota Raya , adalah Misi Bantuan Gelandangan buat gelandangan yang berada di sekitar ibu kota. Pergerakan Puteri UMNO Malaysia memandang serius isu gelandangan yang semakin meningkat lebih-lebih lagi di ibu kota Kuala Lumpur. Usaha-usaha kerajaan untuk menangani isu ini seolah-olah telah menemui jalan buntu. Lebih merisaukan apabila lebih ramai gelandangan ini terdiri dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.

Di atas keprihatinan ini, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dengan kerjasama SWINAS dan ADINDA terpanggil untuk memberi bantuan kepada golongan ini melalui Misi Bantuan Gelandangan, Denyutan Kota Raya yang bertemakan

“WE CARE WE SHARE”Denyutan Kota Raya , Misi Bantuan Gelandangan,

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia,akan turut serta bersama dengan sukarelawan belia yang berumur 21 tahun keatas mengedarkan sumbangan. Turut bersama wakil-wakil EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Sukarelawan yang terlibat akan berkumpul dan berada di hadapan Bank Muamalat, Jalan TAR dan kawasan sekitar seawal jam 9.00 malam dan diteruskan dengan pemberian makanan dan minuman kepada gelandangan. Inisiatif ini diharap dapat membantu meringankan beban gelandangan. Walaupun misi bantuan ini dilihati sebagai ‘low cost’ tetapo ‘high impact’. Kesannya amatlah besar dan bermakna kepada golongan ini. Selain itu, misi ini juga dapat mengubah persepsi belia dan masyarakat terhadap golongan gelandangan selain mengeratkan ukhuwah sesame sukarelawan melalui aktiviti kesukarelawanan.

#PUTERIPEDULI