FOOD TERKINI

Coca-Cola Malaysia Bekalkan Air Minuman di Pusat Pemindahan Banjir

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Coca-Cola Malaysia Bekalkan Air Minuman di Pusat Pemindahan Banjir | Memandangkan sekarang musim banjir , ramai yang memerlukan bantuan terutama sekali melibatkan air minuman yang bersih yang tidak tercemar. Seperti yang semua tahu beberapa hari yang lepas Penang, Kedah, Seremban adalah diantara lokasi yang mengalami banjir akibat hujan yang turun lebih dari 10-12 jam tiada henti. Dengan ini Coca-Cola Malaysia turun untuk memberi bantuan yang diperlukan buat mereka yang terlibat.Coca-Cola Bekalkan Air Minuman di Pusat Pemindahan Banjir

Coca-Cola Malaysia baru-baru ini menggerakkan rangkaian perbekalannya di seluruh negara bagi menghantar 24,000 botol (1,000 karton) air mineral Dasani di pusat pemindahan banjir dan beberapa saluran lain di Pulau Pinang dan Kedah bagi memastikan mangsa banjir mendapat akses kepada air minuman bersih.Coca-Cola Bekalkan Air Minuman di Pusat Pemindahan Banjir

“Sebagai syarikat yang beroperasi di negara ini, Coca-Cola komited dalam memberi bantuan terhadap usaha pemindahan mangsa bencana di mana ia diperlukan dan usaha sebegini dilakukan terhadap komuniti dan negara di seluruh dunia. Dalam banyak keadaan, The Coca-Cola Company sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan sewaktu atau selepas berlaku bencana alam, bagi membolehkan komuniti yang terbabit membina semula kehidupan memandangkan rangkaian pengedaran kami yang besar dan kehadiran kami di lebih 200 negara,”

kata Ketua Pegawai Eksekutif, Coca-Cola’s Bottling Investment Group Malaysia-Singapura-Brunei, Gareth McGeown McGeown  Coca-Cola Bekalkan Air Minuman di Pusat Pemindahan Banjir

McGeown dan Pengarah Jualan Dagangan Am, Yap Wei Han berada di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangaan Bertam Indah dan Pusat Pemindahan Banjir Lubok Meriam di Seberang Perai baru-baru ini bagi membekalkan air minuman kepada lebih 700 keluarga yang mendapatkan perlindungan di sementara di situ. Pasukan bantuan Coca-Cola turut melawat pekedai runcit di sekitar kawasan berkenaan bagi melihat bagaimana sokongan yang boleh diberikan syarikat bagi membantu kerja-kerja pembaikan kedai.Coca-Cola Bekalkan Air Minuman di Pusat Pemindahan Banjir

Mengenai The Coca-Cola Company di Malaysia
Selain Coca-Cola, antara jenama paling bernilai di dunia, Syarikat Coca-Cola di Malaysia mengeluarkan, memasarkan dan mengedarkan 80 lebih produk yang lain, termasuk minuman berkarbonat (Fanta, Sprite, A&W, Schweppes), minuman berkarbonat sifar kalori (Coca-Cola Light, Coca-Cola Zero Sugar, Sprite Zero), minuman berjus (Minute Maid Pulpy), teh (Heaven and Earth), isotonik (Aquarius) and air (Dasani).  Sejak 2010, Syarikat Coca-Cola telah melabur lebih daripada RM1 bilion di Malaysia, sekali gus mewujudkan 800 lebih peluang pekerjaan dalam usaha memuaskan selera 75,000 pelanggan secara langsung, menjangkau 200,000 pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Melalui pelbagai program dan insiatifusahasama, Coca-Cola Malaysia berhasrat membawa perubahan positif yang berkekalan kepada komuniti tempatan.