PRODUCT TERKINI

Botaneco Garden Keluarkan Koleksi Penjagaan Rambut & Badan

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Botaneco Garden Keluarkan Koleksi Penjagaan Rambut & Badan | Gedung farmasi juga peruncit barangan kesihatan dan kecantikan terbesar Malaysia, Guardian, sedang meluaskan koleksi penjagaan rambut dan badan popular Minyak Argan serta Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden bagi memberikan pengguna lebih kebaikan yang memenuhi kesesuaian mereka.Dijual pada harga mampu milik, barisan ini dirumuskan untuk para pelanggan yang mahukan ciri-ciri organik dan penyelesaian kecantikan yang disahkan mesra alam bagi melindungi mereka daripada bahan kimia yang berbahaya.Botaneco Garden Keluarkan Koleksi Penjagaan Rambut & Badan

Botaneco Garden

Barisan Botaneco Garden telah diuji secara dermatologi dan terbukti, mengandungi formulasi yang bebas daripada parabens, silikon, sabun, pewarna, lanolin, DEA, SLS dan SLES. Ia diperkaya dengan Minyak Argan Organik dari Maghribi dan Minyak Zaitun Dara dari Sepanyol yang disahkan 100% eko. Produk-produk ini tidak diuji ke atas haiwan.Dos asid lemak yang tinggi dalam minyak Argan seperti Omega-6, Omega-9, vitamin A, tocopherol dan asid linoleik boleh memberi ketenangan pada kulit, anti penuaan, anti oksida dan memberikelembapan pada kulit.

Minyak argan juga membantu rambut kelihatan lebih bersinar; mengurus kekusutan dan menguatkannya. Selain itu, membantu rambut untuk mudah diurus dan mengurangkan rambut daripada putus, kusut dan terbelah di hujung rambut.

Minyak zaitun pula sarat dengan anti-oksida seperti squalene, yang dikenali dengan khasiatnya untuk kesihatan kulit yang membantu proses anti-penuaan. Ciri-ciri perapian minyak zaitun pula membantu melembapkan kulit kepala.Produk-produk baharu Botaneco Garden ini dinamakan mengikut kebaikan fungsi-fungsi iaitu ‘Replenishing’, ‘Moisturising & Nourishing’, ‘Smooth & Shiny’ untuk penjagaan rambut; ‘Nourishing’,‘Radiant’ dan ‘Skin Repair’ bagi rangkaian penjagaan badan.

Botaneco Garden BARISAN PENJAGAAN RAMBUTBotaneco Garden Keluarkan Koleksi Penjagaan Rambut & Badan

Keseluruhan barisan penjagaan rambut Botaneco Garden dirumuskan dengan formulasi bebas silikon. Silikon sering digunakan dalam produk-produk penjagaan rambut terutamanya dalam perapi bagi memberikan ilusi sementara rambut licin dan bersinar bak sutera. Bagaimanapun, penggunaan kerap produk-produk rambut yang mengandungi silicon akan menyebabkan rambut terasa melekit; kusam dan sukar untuk digayakan.Oleh itu, para pengguna perlu mencari produk penjagaan rambut yang formulasinya bebas silikon seperti yang ditawarkan Botaneco Garden bagi melembapkan serta memberikannya khasiat bagi mendapatkan rambut yang benar-benar sihat.

Replenishing’ –Untuk Rambut Yang Halus, Rata dan Nipis

Barisan ‘Replenishing’ Minyak Argan dan Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden terdiri daripada syampu dan perapi yang dirumus khas untuk membantu mengembalikan rambut keadaan sihat. Kedua-duanya diperkayakan dengan 4X perapi rambut dan kulit kepala yang penting – Jus Aloe Vera, Ekstrak Batang Buluh, Vitamin E serta Vitamin B5 dan Mentega Shea yang masing-masing terkandung dalam syampu dan perapi.

Moisturising & Nourishing’ – Untuk Rambut Normal atau Kering

Barisan ‘Moisturising & Nourishing’ Minyak Argan dan Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden amat sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut normal atau kering. Syampu, perapi dan serumnya boleh digunakan secara bersama atau berasingan untuk mengembalikan dan menyimpan lembapan. Syampu dan perapinya digabungkan dengan 4X perapi rambut dan kulit kepala minyak Argan, minyak zaitun, glycerin dan ekstrak bunga raya.

Smooth & Shiny’ –Untuk Rambut Lurus, Kusut atau Kusam

Barisan syampu, perapi dan serum rambut ‘Smooth & Shiny’ Minyak Argan dan Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden dicipta untuk keperluan mereka yang berambut kusut atau kusam yang mahu meluruskannya; mengurangkan statik serta memudahkan pengurusannya. 4X Perapi penting dalam serum adalah minyak Argan, minyak zaitun, minyak Abyssinia dan vitamin E. Bagi mendapatkan keputusan yang terbaik, gunakan kaedah tiga langkah ini – syampu, perapi dan serum setiap hari untuk mendapattkan rambut yang licin dan kelihatan bersinar.

Botaneco Garden BARISAN PENJAGAAN BADANBotaneco Garden Keluarkan Koleksi Penjagaan Rambut & Badan

Nourishing

Cecair mandian; krim tangan dan mentega badan ‘Nourishing’ amat sesuai untuk semua jenis kulit. Krim tangan dan mentega badan mengandungi 4X pelembap penting termasuklah jus Aloe Vera, ekstrak batang buluh, mentega Shea dan vitamin E untuk mendapat pengalaman kulit yang dimanjakan dan wangi.

Radiant exfoliating bath

Cecair mandian ‘Radiant exfoliating bath boleh digunakan secara bersendirian atau sebagai set penuh rejim kecantikan Botaneco Garden. Ia membersihkan kulit dengan lembut bagi mengeluarkan kulit mati agar kulit kelihatan cantik, sihat dan bersinar. Ia mengandungi 4X pelembap penting termasuklah jus Aloe Vera; ekstrak batang buluh, vitamin E dan glycerin. Ia sesuai digunakan setiap hari.

Untuk kulit kering atau yang sangatkering, Losyen Badan MinyakArgan & Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden adalah penyelesaiannya. Losyen ini kaya dengan 10X pelembap termasuklah minyak Jojoba, minyak bunga matahari, jus Aloe Vera, ekstrak batang buluh, mentega Shea, vitamin E, minyak Abyssia, ekstrak bunga raya, ekstarak bunga ‘Rosa Canina’ dan ekstrak bunga ‘Sweet Violet’. Ia membantu menghidratkan dan memberi khasiat pada kulit lalu menjadikannya segar sepanjang hari walaupun di ruang pejabat paling sejuk.

Pengarah Jenama Koporat, Kencantikan & Kesihatan, The Dairy Farm Company, Puan Segolene Defline berkata,

“Barisan Minyak Argan & Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden adalah tawaran penjagaan rambut dan badan paling popular kami. Kami menambah varian baharu kepada barisan ini selepas memahami dengan teliti keperluan dan kehendak pelanggan disamping memastikan kualiti dan harga yang terjaga. Para pelanggan yang celik eko akan mendapati barisan Botaneco Garden menawarkan semua keperluan mereka.”

Harga Produk 

Pelihara alam semulajadi dengan rejim kecantikan anda dengan koleksi tambahan Minyak Argan dan Minyak Zaitun Dara Organik Botaneco Garden. Harga bagi produk-produk ini berada antara RM11.40 hingga RM27.90. Ia boleh didapati secara eksklusif di cawangan Guardian di seluruh negara dan layari di

Website Online Guardian  https://online.guardian.com.my.