MUSIC TERKINI

BLACKPINK 2019 World Tour Di Kuala Lumpur 23 Februari 2019

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

BLACKPINK 2019 World Tour Di Kuala Lumpur 23 Februari 2019 | BLACKPINK datang ke Malaysia buat julung kalinya untuk BLACKPINK 2019 World Tour

MACPIEPRO dengan bangganya mengumumkan kumpulan KPOP popular, BLACKPINK yang bernaung di bawah YG Entertainment akan menemui peminatnya di Kuala Lumpur pada 23 Februari 2019. Bakal mempersembahkan lagu-lagu popular mereka termasuk persembahan solo dan remix. Ianya dianjurkan bermula Januari tahun hadapan di Bangkok dan meneruskan jejalah mereka merentasi Asia.
BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR
Bakal menghiburkan peminatnya di Kuala Lumpur dengan persembahan luar biasa pada 23 Februari 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 6 petang. Tiket konsert BLACKPINK berharga RM373 (Zon Hijau), RM483 (Zon Ungu), RM573 (Zon Kuning), RM673 (Zon Merah), RM693 (Zon BLINK) dan boleh didapati di laman web rasmi Macpiepro (www.macpiepro.com) pada 12 Disember tepat jam 12 tengah hari.
Pengenalan Artis : BLACKPINK
BLACKPINK yang terdiri daripada empat ahli kumpulan iaitu JISOO, JENNIE, ROSÉ dan LISA, telah berjaya menarik perhatian peminat KPOP dari seluruh dunia menerusi pelancaran debut pertama mereka, ‘SQUARE ONE’ pada tahun 2016. Banyak kejayaan telah dilakar antaranya melancarkan satu single dan tiga mini album. Malah lagu hits BLACKPINK juga berjaya menembusi carta lagu di Korea dan antarabangsa termasuk carta Billboard.
BLACKPINK adalah satu-satunya kumpulan KPOP wanita yang mempunyai empat single terbaik dalam carta jualan Billboard World Digital. Lagu ‘Ddu-Du Ddu-Du’ yang dilancarkan pada 15 Jun 2018 turut mencatat rekod bagi Muzik Video Korea Paling Banyak Ditonton Dalam Masa 24 Jam di YouTube dengan jumlah tontonan sebanyak 36.2 juta.

Selain itu, BLACKPINK turut berkolaborasi dengan penyanyi pop British, Dua Lipa dalam lagu berjudul ‘Kiss and Make Up’. Lagu ini menduduki tangga ke-93 dalam carta single utama Amerika dan BLACKPINK satu-satunya kumpulan wanita Korea yang berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 lebih dari satu kali.
Dengan perjanjian rekod global baharu bersama Interscope Records dan pelancaran solo setiap ahli, BLACKPINK perlu terus menggegarkan industri KPOP dengan menjadi pemimpin dalam kalangan artis KPOP lain bagi tahun 2019 dan akan datang. Lumpur 23 Februari 2019. Dapatkan tiket di
Website MACPIEPRO : www.macpiepro.com