TERKINI

Apa Yang Menarik Tentang Game Pokemon Go Nie..

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dua tiga hari ini, pastinya ada sahaja update, comment atau story tentang Pokemon Go. Apa yang menarik tentang game Pokemon Go nie? Sikap ingin tahu ini membuak-buak untuk tahu dengan lebih lanjut tentang permainan ini. Menarik sangat kah sehingga ianya menjadi trending buat masa ini.

Game Pokemon Go

Apa itu Pokemon GO

Adalah permainan yang di install didalam mobile phone develop oleh Niantic dan published by The Pokémon Company sebahagian dari Pokémon franchaise. Sedikit informasi yang di ambil fari google “The game allows players to capture, battle, and train virtual creatures, called Pokémon, who appear throughout the real world. It makes use of GPS and the camera of compatible devices. Although the game is free-to-play, it supports in-app purchases of additional gameplay items.”

Game Pokemon Go

Permainan ini anda perlu on location anda. Ada siap map untuk memberitahu dimana pokemon -pokemon lain berada. Sebelum anda nak menangkap Pokemon ini anda perlu ada bola Pokemon dimana ianya perlu di beli. Jadi bila dah ada bola dan berada di lokasi pokemon berada barulah boleh anda menangkapnya. Lagi banyak bola ada lagi banyak Pokemon boleh tangkap. Siap ada level bagai anda -kalau nak naikkan level kena lawan or beli. Al-kisah macam tangkap haiwan yang sedang berkeliaran. Kerana permainan ini boleh di main dimana -mana hanya menggunakan handphone sebagai medium dan peta untuk mecari itu adalah antara sebab kenapa ia di gelar “Pokemon Go”.

Antara video KP share
Cara bermain Pokemon Go

cari Pokemon Go menggunakan drone

(inil adalah pemahaman dari apa yang KP tonton, baca dan zoom video Pokemon. Kalau ada yang salah maaf ye)

Bila ianya Pokemon Go Release

Ianya direlease pada July 2016 untuk pengguna IOS dan juga Android.Tetapi cuma sebahagian sahaja yang boleh di akses buat masa ini seperti  Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Jerman dan tidak lupa UK. Terkini Pokemon Go belum lagi dilancarkan di Malaysia (setakat hari ini) walaupun ada ura-ura katanya hujung bulan Julai tapi dengan press statement yang baru dikeluarkan mungkin kena tunggu lagi lama .. Secara tak langsung selepas release ianya terus menjadi top & trending mobile games seluruh dunia kot

Game Pokemon Go

So, ini KP sharekan sedikit sebanyak tentang Pokemon Go. Bila dilihat di intai-intai best juga rupanya bermain permainan ini tapi bilalah ia akan memasuki Malaysiakan . So stay Tune

Credit: Google

#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom