Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Abang Long Fadil 2 , Catat Sejarah Tangga Pertama Box Office Malaysia !| Filem aksi tahun 2017 terbitan Astro Shaw dan Skop Productions iaitu Abang Long Fadil 2 (ALF2) telah mencatat sejarah terbaru dalam dunia perfileman Malaysia apabila berjaya meraih kutipan RM17.9 juta dalam tempoh 39 hari dan sekaligus menjadi filem tempatan nombor satu paling laris di Malaysia masa kini. Sebelum ini, filem dengan rekod kutipan tiket paling tinggi pernah dipegang oleh filem ‘Polis Evo’ dengan kutipan RM17.8 juta pada tahun 2015 serta filem ‘The Journey’ dengan kutipan RM17.28 juta pada tahun 2014. Kedua-dua filem ini juga merupakan filem terbitan Astro Shaw.Abang Long Fadil 2 , Catat Sejarah Tangga Pertama Box Office Malaysia !

Menariknya, filem ini telah ditayangkan sejak 24 Ogos yang lalu dan ia masih ditayangkan di 77 pawagam tanah air sehingga ke hari ini. Filem ALF2 yang diarahkan oleh Syafiq Yusof ini membariskan pelakon hebat tanah air seperti Zizan Razak, Syamsul Yusof, Dato’ AC Mizal, Wak Doyok, Achey (Bocey), Shuib (Sepahtu), Tania Hudson, A Galak, Mas Khan dan ramai lagi.Abang Long Fadil 2 , Catat Sejarah Tangga Pertama Box Office Malaysia !

Abang Long Fadil 2 mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Sasaran pertama Fadil ialah King Kong, seorang yang gila kuasa dan musuh kepada Taji Samprit. Berjayakah Fadil menempuh dugaan yang berlaku pada dirinya?

Filem Abang Long Fadil 2
Petikan dari Syafiq Yusof sewaktu malam gala Filem Abang Long Fadil 2

“Saya pasti mereka yang telah menonton filem Abang Long Fadil yang pertama pasti teruja untuk menyaksikan filem ini. Tarikh bagi tayangan di pawagam seluruh Malaysia bagi filem ini adalah pada 24 Ogos 2017. Saya juga berharap agar filem ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dan semoga semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan.”Abang Long Fadil 2 , Catat Sejarah Tangga Pertama Box Office Malaysia !

Alhamdulilah dan sekalung tahniah kerana ianya berjaya seperti yang diharapkan dengan kejayaan mencatat sejarah menduduki tangga tempat pertama di dalam box office Malaysia . Berbaloi segala titik peluh, masa sewaktu menerbitkan filem ini .

2 Comments

  1. Tak lepas2 lagi nak tengok cerita ni. Agaknya kena tunggu masuk astro first la kut baru boleh langgan tengok.

  2. Dah lama dah emi tak pergi tengok wayang sebenarnya, haha. Asyik busy memanjang. Nak aktif blogwalking macam dulu2 pun payah dah. Ada masa terluang kat ofis, boleh la usha blog rakan2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge