TERKINI

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Membeli Mainan Kanak-kanak Dari Carousell

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Carousell ? Apakah yang dimaksudkan dengan Carousell?  Barangan yang di jual disini tidak semestinya yang baru dimana jika ianya sudah digunakan tetapi masih berfungsi dengan baik boleh di kira untuk di jual. Kalau biasanya kita dengar ada yang buat ‘garage sale’ atau ‘car boot sale’ untuk menjual kembali barangan lama, kali ini KP ingin berkongsi tentang Carousell.

Carousell Malaysia

Ianya adalah online platform untuk membeli barangan mahupun menjual barangan terpakai anda di sini. Apa yang perlu dipastikan ialah barangan yang ingin di jual mestilah dalam keadaan baik dan masih elok untuk digunakan. Membeli di sini jaminannya adalah ianya dari komuniti kita sendiri. Secara tidak langsung membantu mereka dan masyarakat yang membuat perniagaan melalui online. Antara barangan yang mencuri perhatian KP adalah di kategori mainan kanak-kanak
Proses jual beli

Ingin menjadi pembeli pun senang , menjadi penjual pun senang. Apa yang perlu dibuat untuk penjual adalah

  • Daftar terlebih dahulu di Carousell
  • Tangkap gambar barangan yang ingin di jual & upload
  • Tunggu update dari pihak pembeli.

Bagi pembeli pula senang dan mudah

  • Pilih sahaja item atau barangan yang anda ingin beli dan klik di BUY NOW
  • Ada juga barangan yang anda boleh membuat tawaran harga
  • setuju dengan harga dan boelh membuat pembayaran

Ingin KP kongsikan bersama anda 3 Sebab kenapa anda perlu membeli mainan kanak-kanak dari Carousell; Anda cuma perlu cari dai carian enjin dengan Beli Mainan & Board Game Baru & Preloved. Di sini anda akan dapati banyak nya pliihan untuk dipilih. KP sendiri sempat meninjau dan membeli mainan untuk Irfan,

3 Sebab Perlu Membeli Mainan Kanak-Kanak di Carousell

Pilihan –

Anak-anak mempunyai pilihan sendiri sama juga seperti ibu dan ayah .Ada yang nakkan Thomas & friends, Transformers dan sebagainya. Ada juga yang tidak berkira dalam jenama dimana asalkan ianya boleh digunakan lagi .Di sini pelbagai pilihan boleh di pilih. Mainan kanak-kanak  yang ada terdiri daripada bayi umur 0 tahun dan hingga ke kanak-kanak umur 12 mahupun remaja pun ada.  Antara produk yang ada

Mainan yang terbaru seperti Fidget Spinner pun ada,

ada juga Furby

Ada juga mainan yang agak lama ada di sini seperti

Ini kerana mainan disini adalah ‘second hand’ . Tidak di gunakan lagi atas sebab-sebab tertentu seperti anak sudah membesar, tiada anak kecil lagi atau anak sudah tidak berminat dengan mainan ini. Jadi dibiarkan ia rosak dan buang apa kata di jual kembali . Memandangkan ia sudah di guna tetapi masih elok untuk di jual kembali .sedikit sebanyak dapat memulangkan kembali harga walaupun bukan 100% sewaktu anda membeli dahulu.

Pembelian mudah

Membeli melalui Carousell online platform sangat mudah. Buat ibu-ibu yang sibuk berkerja pastinya dengan Carousell ia memudahkan pembelian. Semuanya hanya di hujung jari anda. Akses untuk melihat barangan yang ada boleh di buat melalui telefon pintar mahupun laptop/desktop. Yang penting ada internet dan anda boleh mendapat connectionnya. Yang bestnyer walaupun harga yang ditawarkan tertera di pada item yang diminati, boleh lagi anda membuat tawaran atau

Harga

Harga yang ditawarkan untuk setiap barangan atau mainan berbeza dan berlainan. Jika hendak dibandingkan harga di luar sana pasti harga yang ditawarkan di sini lebih murah dan boleh sahaja dirunding untuk mendapat harga yang ingin dibeli . Satu yang dapat KP kongsikan ialah barangan di sini adalah harga mampu milik.

 

Bagi KP sebagai seorang ibu yang berkerjaya,ini adalah cara yang paling mudah untuk membeli dimana semuanya di hujung jari. Anda tidak perlu risau dimana barangan yang di jual semuanya dalam keadaan baik. Ada kemungkinan penjual di sini adalah dari kalangan rakan rakan anda dimana sokongan dari anda dapat membantu mereka. Sokongan membeli dari online platform sedikit sebanyak memberi peluang untuk mereka yang memerlukan menjana pendapatan disambil itu memberi peluang pada mereka yang lain untuk memiliki barangan yang tidak diingini dengan harga mampu milik. Pilihan ada di tangan anda , jadi jangan lupa jika ingin mencari mainan kanak-kanak mungkin anda boleh ke Website Carousell ye