Telemovie Kekasih Di Kala Maghrib Di TV1 15 Disember 2018

Assamualaikum dan Salam Sejahtera

Telemovie Kekasih Di Kala Maghrib Di TV1 15 Disember 2018|Mengajak penonton berfikir identiti penculik dan pembunuh sebenar, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menayangkan telemovie bertajuk Kekasih di Kala Maghrib arahan pelakon Rusdi Ramli pada 15 Disember ini, pukul 3.05 petang di TV1.

Sinopsis Kekasih Di Kala Maghrib

Ceritanya tentang Dinda, seorang gadis yatim piatu, pekerja di kedai menjual bunga dan dia diminati oleh Fikri, penyelia barunya. Satu hari mereka berdua pergi menghantar bunga ke rumah pelanggan kedai. Dalam perjalanan mereka, kereta Fikri terlanggar Pian yang sedang berjoging di tepi jalan. Pian adalah seorang pelajar yang murung kerana kematian seorang sahabat pelajar kolej sekelas dengannya bernama Farid.

Sejak dari hari itu, Dinda selalu menerima pesanan sms dan mengadakan ruang chatting di facebook dengan seorang misteri dengan nama “Kekasih Maghrib”. Malah Dinda juga selalu menerima sejambak bunga ros putih daripada Kekasih Maghribnya. Dinda fikirkan yang Kekasih Di Kala Maghrib misterinya adalah Fikri kerana dia tahu Fikri gemar bermain dengan facebook dan meminati dirinya.

Dinda dihubungi Kakasih Maghrib untuk berjumpa di satu tempat. Dinda pergi ke lokasi dan pada waktu yang sama, Fikri juga pergi dengan sejambak ros putih. Setelah mereka bersoal jawab, Dinda mendapati bahawa Fikri bukanlah Kekasih Maghribnya.

Apabila dia pulang dan melihat komputernya, Dinda mendapat tahu bahawa Kekasih Di Kala Maghrib memarahi dan menuduhnya curang. Dinda menerima sms dari Kekasih Di Kala Maghrib yang ingin berjumpa.

Setelah Dinda mengikuti arah yang Kekasih Di Kala Maghrib nyatakan, tempatnya adalah pusara Farid. Fikri yang kurang senang, pergi ke rumah Dinda dan mendapati rumahnya berselerak dan Dinda tiada di dalam rumahnya.

Fikri yang mengesyaki Pian, pergi ke rumahnya dan bertanya kepada nenek Pian. Setelah mendapat cerita, baharulah Fikri tahu keadaan Pian sebenarnya. Lalu mereka membuat laporan polis.

Pian telah menculik dan mengikat Elina, bekas kekasih Farid dan Dinda, di dalam sebuah rumah lama. Dia tidak puas hati dengan Elina kerana telah menyebabkan kematian Farid, kawan baiknya. Dia juga mengikat Dinda kerana telah curang terhadapnya, selaku Kekasih Maghrib.

Sebelum Pian sempat bertindak, Fikri dan nenek Pian menerpa masuk dan memegang Pian. Dalam keadaan kelam kabut, pihak polis muncul dan menahan Pian yang mengaku telah juga membunuh arwah emak tirinya dahulu. Ikuti kesudahan konflik ini di TV1.

Telemovie ini menampilkan pelakon pelakon Ezzaty Abdullah, Zain Saidin, Zaharil Adzim, Miera Liyana dan Aman Nasim.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top