Tefal Home of Innovation Dimana Masakan Sedap Dengan Gaya Hidup Sihat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tefal Home of Innovation Dimana Masakan Sedap Dengan Gaya Hidup Sihat|Alat memasak jenama terkemuka Tefal, komited untuk menggunakan teknologi pengetahuannya bagi mewujudkan product terbaru di pasaran yang dapat meningkatkan gaya hidup anda. Pagi ini, Tefal melancarkan satu siri produk inovatif melalui acara Tefal Home of Innovation di 1 Utama Shopping Centre.

Tefal Home of Innovation memperkenalkan alat memasak terbaru dan perinci, terdiri daripada periuk & kuali dengan salutan Titanium dan pelbagai keluli yang tahan karat, nasi periuk bersifat Sfera Induction Heating, Optigrill Electric Grill, Ultrablend Boost Vacuum High Speed Blender dan Pro Express Ultimate Steam Generator Iron.

“Kami sangat bangga untuk memperkenalkan produk-produk baru ini yang dapat menyediakan masakan dengan lebih sihat dan mempromosi gaya hidup yang lebih berkualiti. Sebagai contoh, pelbagai alat memasak unggul kami direka bentuk dengan teknologi Thermo-Spot yang membolehkan masakan disediakan dengan penggunaan minyak yang kurang, tetapi juga memberikan tekstur dan rasa terbaik dalam makanan.

Periuk nasi pelbagai kategori dapat mengkurangkan sehingga 20 peratus karbohidrat dalam nasi melalui program masakan nasi secara sihat manakala dengan Ultrablend Boost High Speed Blender, terdapat lebih banyak nutrien daripada teknologi Nutrikeep. Saya yakin produk-produk ini akan mengubah cara orang makan, dan akan memberikan gaya hidup yang lebih sihat, “

-kata Mr Sebastien Alegre, Naib Presiden (Pasaran), Tefal Asia Pacific.

Produk baru Tefal Home of Innovation

  1. Siri alat memasak

Periuk & Kuali bersalutan Titanium

Produk titanum Titanum merangkumi kuali goreng, kuali pan, pancake pan, grill pan, periuk rebus dan kuali cetek dengan penutup kaca mempamerkan kecemerlangan dalam alat memasak dan cara memasak. Produk ini mempunyai lapisan titanium eksklusif untuk periuk dan kuali yang tahan lebih lama, dan serasi dengan semua jenis hob. Dengan bahan keras and luaran yang mudah dibersih, ia amat sesuai untuk kegunaan harian. Satu ciri unik produk terbaru ini adalah Thermo-Spot (teknologi berpaten Tefal ) yang menunjukkan suhu yang tepat untuk memulakan masakan supaya setiap hidangan di atas meja adalah sihat.

Produk yang ditawarkan :

  1. i) Expertise
  2. ii) Elegance

iii) Everest

iv)Pure Chef Plus

“Expertise adalah siri terbaik alat memasak Tefal kerana ia datang sekaligus dengan salutan titanum excellence berserta dengan salutan tujuh lapis. Walau bagaimanapun kemuncak utama adalah Everest, kerana ia datang dengan salutan Titanium Mineralia yang menjadikan produk ini tahan lama dan juga kelihatan bagus and menarik dalam reka bentuk . Elegance datang dengan salutan kuasa Titanium yang terdiri daripada 6 salutan lapis, manakala Pure Chef Plus diperkukuhkan dengan lapisan Titanium zarah. Elegance dibuat di Perancis dengan asas bukan induksi manakala Chef Pure Plus dibuat di China dan dilengkapi dengan asas induksi,”

-Nikki Lua, Pengurus Produk Kanan Groupe SEB Malaysia.

Produk keluli

Produk ini adalah sesuai untuk menyediakan masakan dengan pergunaan api yang tinggi dan menjulang-julang. Sifat unik produk tersebut adalah process dan bahan buatan, di mana ia adalah 18 peratus chrome dan 10 peratus nikel. Penggunaan chrome menjadikan bahan tahan karat manakala nikel menyediakan rintangan asid dan ia bersinar tahan lama. Kini semua orang boleh menjadi tukang masak dengan senang dan lebih mudah. Produk keluli ini mudah untuk dibersih, dan tahan calar. Ia datang juga dengan penutup yang tahan panas, dan akan memastikan bahawa dapur sentiasa bersih dan rapi.

  1. Periuk nasi Spherical dengan Induction Heating

Penggunaan periuk nasi Tefal adalah lebih daripada hanya memasak nasi. Ia akan memberikan anda bukan sahaja sepinggan nasi yang lebih enak dan lembut, ia juga boleh digunakan untuk memasak pelbagai hidangan yang sedap melalui program masakan yang disediakan. Ada beberapa jenis makanan yang memerlukan haba dan wap, dan ini boleh dicapai dengan reka berbentuk sfera yang ada pada periuk nasi. Teknologi inovatif yang sedia ada ini membolehkan peredaran haba secara terperinci untuk masakan konsisten dan lazat.

Periuk nasi biasa memanaskan periuk memasak melalui plat elektrik (pengaliran haba). Dengan Induction Heating (IH), periuk dipanaskan oleh penjanaan kuasa magnet. Ini menyebabkan pengedaran haba merangkumi keseluruhan periuk memasak, bukan hanya memancar ke atas dari bawah, beras sama rata dimasak. IH membolehkan pemanasan cepat dan suhu yang seragam di setiap langkah memasak nasi. Kaedah suhu sensor yang tepat dapat mempercepatkan dan menjadikannya lebih responsif pada perubahan suhu, mengoptimumkan proses masakan keseluruhanya, untuk nasi yang lebih enak.

  1. Optigrill Electric Grill

Rangkaian Optigrill baru memberikan keseronokan untuk memanggang daging dengan sempurna. Ia dilengkapi dengan 6 program automatik untuk memanggang semua makanan anda dengan sempurna tanpa menggunakan minyak. Optigrill adalah begitu canggih dan berkemampuan tinggi. Ia mempunyai mod yang berbeza untuk pelbagai jenis makanan dari burger, ayam, sosej, daging merah, makanan laut serta ia menjaga dapur bebas dari asap. Petunjuk peringkat memasak LED membantu anda melalui proses memanggang anda, dari daging yang tidak masak kepada yang sudah masak dan akan menjaminkan hasil yang lebih memuas! Bunyi bip membolehkan anda untuk mengetahui jika daging anda sudah siap dimasak seperti yang dikehendaki oleh anda. Optigrill juga bagus untuk memanggang sayur- sayuran dan sandwich secara mudah.

  1. Ultrablend Boost Vacuum High Speed Blender

Blender baru ini dilengkapi dengan semua peralatan yang diperlukan oleh anda seisi keluarga bagi menyediakan pelbagai makanan sihat, termasuk jus dan sup yang lazat. Produk ini menampilkan Tripl’Ax Pro Technology, sebuah motor berkuasa 1300 watt yang mengeluarkan tekstur sehingga 50 kali lebih halus berbanding dengan pengisar biasa di pasaran. Ia dilengkapi dengan teknologi NutriKeep yang menghilangkan udara sebelum proses pengisaran untuk mengurangkan pengoksidaan. Ia juga dilengkapi dengan 2 balang – balang kaca thermo untuk resipi panas, dan balang Tritan tahan lasak yang bebas BPA untuk resipi sejuk.

  1. Pro Express Ultimate Steam Generator Iron

Beri pakaian anda kuasa stim yang terbaik untuk keputusan yang lebih memuaskan dengan Pro Express Ultimate Iron yang mempunyai kuasa stim yang tinggi. Teknologi tekanan tinggi yang baru memberikan kecekapan gred profesional, sementara panel kawalan sentiasa menjaminkan penjagaan prestasi di hujung jari anda dan sistem perlindungan berganda yang eksklusif yang menjaga dan membantu pakaian untuk kelihatan kemas dan rapi.

Lima pre-set electronik yang sedia ada memastikan gabungan sempurna stim dan suhu untuk setiap fabrik. Sistem perlindungan berganda model GV9585 menukarkan titisan dan kebocoran ke pada stim dan menghalang kesan dari muncul. Model ini juga dilengkapi dengan sistem kunci untuk dibawa dan disimpan dengan mudah.

Bagi mempromosi produk Tefal Home of Innovation di pameran selama empat hari ini, duta-duta besar seperti Chef Brian dan Chef Pei Ling akan mempamerkan kemahiran masakan masing-masing dengan menyediakan pelbagai masakan untuk pengunjung. Stylist selebriti Min Luna juga akan hadir untuk memberikan tip bergaya dengan menggunakan Tefal Steam Generator Iron yang inovatif.

Perunding diet Indra Balaratnam dan ahli pemakanan Hannah Wong juga turut hadir di pameran untuk memberi para pengunjung pandangan tentang kehidupan yang sihat dan cara terbaik untuk menyediakan makanan dengan mudah menggunakan peralatan rumah masakan Tefal yang inovatif.

“Tefal Malaysia gembira untuk melihat sendiri bahawa jenama kami telah mengalami pertumbuhan dua digit setiap tahun. Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai lebih daripada 1,400 hak paten berdaftar, kami komited untuk mencipta produk baru yang boleh membantu dan memudahkan kehidupan seharian pengguna dan menjadikan kehidupan domestik lebih memuaskan. Kami akan melancarkan lebih banyak inovasi baru dalam beberapa bulan yang akan datang,”

-Jimmy Ang, Pengarah Pemasaran Groupe SEB Malaysia.

Maklumat lanjut layari :

Facebook: https://www.facebook.com/mytefal/



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge