Tealive Boba Ice Cream -Wall’s Special Edition Tidak Kira Tempat/Waktu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tealive Boba Ice Cream -Wall’s Special Edition Tidak Kira Tempat/Waktu |Peminat Boba kini pasti berasa lebih gembira! Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream yang merupakan kolaborasi terkini diantara jenama aiskrim ternama di Malaysia – Wall’s dengan  rangkaian bubble milk tea, Tealive, kini boleh didapati di seluruh negara di dalam dan luar talian selepas mendapat sambutan yang luar biasa. Rakyat Malaysia kini boleh #BobajeLAH dengan #WallsBobalicious tidak mengira tempat dan waktu!

Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream

Diperbuat dengan 100% rasa teh susu dan bijian pearl yang kenyal dalam setiap gigitan. #WallsBobalicious direka khusus untuk memberikan pengalaman sensori baharu kepada minuman yang sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia. Melalui tekstur yang berbeza tetapi amat menarik, aiskrim berkrim yang kaya dengan rasa hinggalah kepada pearl yang kenyal dan lembut. Ianya dijual pada harga yang berpatutan.

Bagi memastikan peminat Boba dapat menikmati minuman kegemaran mereka dalam bentuk sebatang aiskirm tanpa mengira tempat dan waktu!

“Di Wall’s, kami sentiasa memberi perhatian kepada trend semasa. Ianya tidak dapat disangkal lagi bahawa boba telah menggegarkan negara kami semenjak dua tahun lalu. Untuk memastikan pengguna sentiasa dapat menikmati pengalaman menarik, ciptaan terbaharu dengan kerjasama rangkaian bubble milk tea popular, Tealive.

Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice cream memberikan rakyat Malaysia pengalaman boba yang terkini, dan ianya boleh dinikmati dengan mudah dalam bentuk sebatang aiskrim. #BobaJeLAH dimana sahaja anda berada tanpa mengira waktu,”

-kata Shiv Sahgal, Direktor Pemasaran, Foods & Refreshments, Unilever Malaysia

Pada bulan Mei ini,  samada anda telah melalui hari yang sukar, atau memang mengidamkan boba milk tea atau sebatang aiskrim. Mahupun anda memerlukan sesuatu untuk menaikkan semangat terutama dalam situasi dunia yang  tidak menentu ini dimana kita harus mengamalkan penjarakkan sosial. Mungkin #WallsBobalicious boleh membantu. Kongsikan kenikmatan ini dengan keluarga sebagai tambahan kepada sesi berbuka sepanjang Ramadan ini serta sambutan Hari Raya nanti dengan ahli keluarga terdekat.

Untuk tempoh yang terhad, #WallsBobalicious boleh didapati di kesemua kedai mini utama, pasar raya, pasar raya besar, kedai serbaneka (7-Eleven, myNEWS, Shell, Petronas, Caltex dan banyak lagi), termasuk cawangan Tealive terpilih seluruh negara dalam bentuk sebatang aiskrim pada harga yang disyorkan iaitu RM2.20 – RM2.70 sebatang.

Pembelian melalui atas talian

Ini boleh  juga boleh didapati di laman e-commerce seperti Lazada, Grab, Shopee dan Beepit dalam pek 15 dan 30 batang aiskrim. Nikmati penghantaran #WallsBobalicious ke pintu rumah anda (Lembah Klang, Penang dan Johor Bahru) sementara anda duduk di rumah dan mengamalkan penjarakkan sosial.

Penghantaran percuma kini boleh didapati di Lazada untuk 300 pesanan pertama secara atas talian. Setiap pesanan secara atas talian di Lazada, Grab dan Shopee juga akan mendapat baucar yang memberikan 50% diskaunr untuk minuman kedua di Tealive.

Pesan #WallsBobalicious secara atas talian hari ini, melalui pautan di bawah:

●       Lazada (Lembah Klang & Penang): https://bit.ly/2xUkdT2 (Penghantaran Percuma untuk 300 Set Pertama)

●       Penghantaran Wall’s (Lembah Klang Sahaja melalui Beepit): https://wallsicecream01.beepit.com

●       Shopee (Lembah Klang & Penang): https://bit.ly/2LdW7FB

●       Grab (Lembah Klang, Penang & JB): https://bit.ly/2xOwmIY

*Tertakluk kepada Terma & Syarat. Ketahui maklumat lanjut: https://bit.ly/3cnv5rx

**Caj Penghantaran Dikenakan. Lokasi terpilih sahaja. Sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut dan terkini berkaitan promosi menarik, layari laman

web Wall’s (www.walls.com.my) atau ikut Wall’s Malaysia di Facebook (www.facebook.com/wallsmalaysia/).



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top