#ETW : Tahukah Anda Ada Galeri Sate Kajang ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selama yang KP menetap di Selangor tidak pula KP tahu yang di Kajang ada Galeri Sate Kajang? Ini kali pertama KP mengetahui tentang kewujudan galeri ini. Stesen MRT didirikan adalah stesen Kajang. Stesen Kajang adalah stesen terakhir diantara Sungai Buloh – Kajang Lin. Galeri Sate Kajang masuk adalah PERCUMA bagi setiap pengunjung.

Galeri Satay Kajang

Operasi Masa Lawatan 

Galeri Sate Kajang dibuka setiap Sabtu hingga Khamis dari 11 pagi hingga 8 malam. Akan ditutup untuk waktu rehat selama 1 jams iaitu  3 petang hingga 4 petang. Untuk hari Jumaat galeri akan tutup.
Galeri Satay KajangLokasi biasanya bermula dari Kampung Paya, Batu 14 hingga pekan Kajang. Bukan setakat di lokasi ini kadang-kadang penjaja atau penjual sate akan menyinggah ke rumah-rumah yang memanggilnya di sepanjang perjalanan merekaGaleri Satay Kajang

Sejarah Sate 

Galeri Satay Kajang

Sate adalah sejenis makanan di mana ianya adalah hirisan kecil atau potongan kecil makanan seperti ayam, daging, perut, arnab dan kambing. Kemudian ia  dicucuk pada hujung batang lidi atau buluh. Selesai sahaja pemerapan dan pemprosesan , ianya dibakar di atas arang yang sedang panas membara Galeri Satay KajangSelain daripada sate ayam, daging, perut dan juga kambing, terdapat juga sate ikan, sate hati ayam dan sate rusa.

Bagaimana sate dihasilkan ?

Galeri Satay Kajang

Pemprosesan sate

  • Meracik – ayam, daging, kambing atau perut akan diracik menjadi hirisan kecil
  • Menyucuk – selesai sahaja di racik di cucuk hujung batang lidi atau buluh
  • Memproses kuah kacang – walau ada yang berkata sedap sate di makan begitu sahaja ada juga yang suka makan sambil mencelup di dalam kuah kacang

Galeri Satay KajangKetupat 

Kalau makan sate semestinya makan bersama ketupat. Tanpa ketupat seperti tidak lengkap sajian sate yang di hidangkan. Zaman sekarang jarang KP menjumpai ketupat tetapi nasi impit yang di masak dalam plastik (hasilnya seperti ketupat juga cuma tiada bau daun palas)

Bahan-bahannya : daun atau pucuk kelapa yang sudah di anyam dan beras Galeri Satay KajangBahan-bahan yang di gunakan untuk sate dan kuah kacang
Galeri Satay Kajang Galeri Satay Kajang Galeri Satay Kajang Galeri Satay Kajang Galeri Satay Kajang Galeri Satay Kajang Galeri Satay KajangIni adalah kandar yang di gunakan sewaktu penjaja sate membawa jualan mereka dari rumah ke rumah sepanjang lokasi terutama sekali Kajang.Galeri Satay Kajang

Kereta tolak Galeri Satay Kajang

Kereta tolak ini digunakan sewaktu zaman dulu selain dari kandar. Di sinilah peniaga sate membakar sate dan menjual sate apabila ada permintaan. Zaman sekarang tiada lagi kereta tolak di gunakan tetapi boleh dapati di gerai-gerai mahupun restoran jika ingin menikmati sate.
Galeri Satay Kajang Sate sekarang ini bukan sahaja dinikmati sewaktu Hari Raya tetapi bila -bila masa sahaja. Tidak kira di majlis makan-makan, kenduri kendara mahupun untuk di makan harian. Siapa yang tidak menggemari sate bagi KP adalah satu kerugian kerana nikmat yang ada pada sate tidak dapat diterangkan dengan kata-kata. Lelagi bila di bakar dan sewaktu makan terasa rempahnya yang terdapat pada hirisan ayam , daging mahupun yang lain memang terbaikGaleri Satay Kajang Oh yea, KP rekomenkan agar anda semua ke Galeri Sate Kajang untuk mengenali dengan lebih mendalam dan dekat tentang produk sate ini. Inginkan maklumat lanjut,  layari : Majlis Perbandaran KajangPastinya ia dapat membantu. Dah menulis tentang sate mulalah nak makan sate, jom layan sate reramai nak..!!!

Galeri Satay Kajang

Entri ini masih ada kesinambungannya lagi, jangan lupa follow tau

#kitepunye #kitepunyedotcom #eattravelwrite #discoverselangor #selangorku

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top