Tahu Tak Ada Cara Paling Senang Bayar Zakat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahu tak ada cara paling senang untuk membayar zakat. Zakat pada umat Islam adalah rukun Islam yang  wajib ditunaikan agar mendapat keberkatan. Selain itu,  zakat sebenarnya membersihkan harta dan hati daripada sifat yang tercela seperti kedekut dan bakhil. Berzakat juga mengajar kita untuk lebih rasa ingin berkongsi sedikit sahaja harta yang dimiliki. Terutama sekali buat mereka yang benar-benar memerlukannya.

zakat

Surah Al Mukminum  (Ayat 4-6)

1

  • Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya *dengan menunaikan zakat harta itu
  • Dan mereka yang menjaga kehormatannya

Sedikit informasi mengenai Pusat Pungutan Zakat

PPZ-MAIWP merupakan agensi yang telah diberi kuasa dan tanggungjawab untuk memungut zakat harta di Wilayah Persekutuan iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.. Dan pengagihan zakat atau program-program agihan kepada lapan asnaf yang layak (rujuk pada asnaf seperti yang dinyatakan di bawah nanti) akan menerima zakat adalah di bawah tanggungjawab/selian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Bagi mereka yang ingin memohon zakat perlulah mematuhi syarat seperti

  • Islam
  • Warganegara Malaysia,
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Berpendapatan rendah.

 

28 Jenis Skim Bantuan Baitulmal 

Terdapat 28 jenis skim bantuan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Di antara 28 jenis skim yang ditawarkan oleh Baitulmal ialah
  • Bantuan Kewangan Bulanan (RM200 -500 sebulan), 
  • Bantuan Am Ipt (RM500-5,000 setahun),
  • Bantuan Am Persekolahan (RM420-1,200 setahun), 
  • Bantuan Persediaan Asrama Penuh (RM500), 
  • Bantuan Persediaan Ipt (RM1,000), 
  • Bantuan Perkahwinan (RM1,000-1,500),
  • Bantuan Perubatan & Dialisis, Bantuan Perniagaan, Bantuan Hutang, Bantuan Perumahan
  • Dan lain-lain lagi

10

Terdapat 8 golongan asnaf

1. Asnaf Fakir
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.
2. Asnaf Miskin
Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.
3. Asnaf Amil
Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIP) untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.
4. Asnaf Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.
5. Asnaf Riqab
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.
6. Asnaf Gharimin
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.
rang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
  • Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
  • Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
  • Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
7. Asnaf Fisabilillah
Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.
8. Asnaf Ibnu Sabil
Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:
  • Putus bekalan dalam perjalanannya.
  • Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
  • Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
  • Ditinggalkan dalam perjalanan

11

Pengeluaran zakat :

kaunter-shamelin

1) Kaunter PPZ – Terdapat sebanyak 11 kaunter PPZ-MAIWP

●Wisma PPZ, Tmn Shamelin
●Bangunan Daruzzakah,  Lrg Hj Hussien 2 Kg Bharu
●Masjid Negara, Jalan Perdana KL
●Wangsa Maju, Wangsa Delima 6
●Presint 9, Putrajaya
●Presint Diplomatik, Putrajaya
●Masjid At Taqwa, TTDI
●Masjid Abd Raman B Auf, Jalan Puchong
●Masjid Imam Al Ghazali, Kepong
●UTC Pudu Sentral
●Labuan Times Square

Waktu Operasi Kaunter

●Isnin – Khamis (8:15 a.m. – 4:45 p.m.)
●Jumaat (8:15 a.m. – 12:30 p.m.) (2:30 p.m. – 4:45 p.m.)
●Ditutup pada Sabtu minggu pertama dan ketiga
●UTC Sentral Pudu – 8.15 pagi – 10.00 malam
●Dibuka 7 hari seminggu pada Ramadhan & Disember

2) Melalui portal – Laman Zakat website

zak2

3) Aplikasi i-zakat – Muaturun di Google Play dan Apps Store

in_01.3

4) Perbankan Internet – 13 buah bank yang di lantik

●3. www.bankislam.biz
●11. www.affinonline.com.my
●13. www.kfh.com.my

5) Skim Thohir – Potongan gaji bulanan

  • Boleh memotong zakat secara bulanan dan diselaraskan dengan Potongan Cukai Berjadual (PCB)
  • Potongan akan tertera di slip gaji bulanan
zakat_kempen_potongan_gaji

6) Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIW

  • Bergerak sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • Boleh membuat bayaran,taksiran,semakan zakat
zakat
Dengan hanya 2.5% daripada harta yang layak untuk kita zakatkan kepada PPZ-MAIWP (agensi yang mengutip duit zakat). Seterusnya akan disalurkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk diuruskan dan diagihkan kepada asnaf yang memerlukan dan layak!Segala kutipan zakat itu disalurkan kepada badan pengagihan yang telah di tubuhkan di bawah MAIWP iaitu Baitulmal. Mereka lah nanti yang akan mengagihkan hasil kutipan zakat yang korang berikan kepada 8 asnaf yang layak tadi. Jadi sebenarnya ia tak jadi masalah pun tentang kemana perginya kutipan zakat
kaunter-shamelin
Untuk maklumat lanjut :
Facebook PPZ-MAIWP : www.facebook.com/myzakat
Laman web : www.zakat.com.my
Facebook Baitulmal: www.facebook.com/baitulmal.wp
Talian Zakat : 1300 88 5757
#kitepunye #kitepunyedotcom #zakat #ppz

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top