Tahniah Dr. Irma Entertainment Atas Pelancaran Bakat Baharu Untuk 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tahniah Dr. Irma Entertainment Atas Pelancaran Bakat Baharu Untuk 2019|Dr. Irma Entertainment telah mengadakan sebuah majlis minum petang bersama media baru-baru di Platinum Lounge, MMCineplexes, ECurve, Mutiara Damansara bagi memperkenalkan bakat-bakat baharu naungan label muzik tersebut serta pratonton sebuah video muzik single terbaharu terbitan mereka.

Majlis telah bermula sekitar jam 3 petang itu bukan sahaja dihadiri oleh rakan-rakan media malah turut hadir meraikan hari bersejarah dan penuh makna bagi label muzik Dr. Irma Entertainment adalah selebriti tanah air dan penggiat seni yang pernah bekerjasama dengan mereka sebelum ini.

Majlis yang julung kali diadakan itu telah dimeriahkan dengan persembahan lagu-lagu ciptaan Dr. Irma yang menjadi runut bunyi bagi dua buah drama bersiri popular tempatan iaitu Antidot Lara nyanyian Ray Asri dan Ampun nyanyian Yama Watanabe bagi drama Jika Masih Ada Rindu, serta runut bunyi drama yang hangat diperbualkan baru-baru ini, Pujaan Hati Kanda iaitu Definasi Cinta (Ferhad), Lakar Janji (Azharina Azhar) yang didendangkan dengan rendisi tersendiri oleh Ray Asri dan Gyha.

Nama Dr. Irma kian meniti di bibir pengiat seni tanah air sebagai seorang doktor gigi yang berbakat besar dalam bidang penggubahan dan penulisan lagu. Atas minat yang mendalam terhadap dunia seni, label muzik bernama Dr. Irma Entertainment telah ditubuhkan pada tahun 2017 sebagai permulaan bagi beliau mengorak langkah dalam dunia hiburan.

Lebih dua puluh buah lagu ciptaannya telah diterbitkan dan menjadi siulan penggemar muzik tempatan dalam jangkamasa kurang daripada dua tahun. Dr. Irma berazam untuk mengangkat bakat-bakat baharu dengan kemampuan vokal yang luarbiasa.

Bagi tahun 2019, Dr. Irma yakin dengan kolaborasi strategik bersama pakar dan penggiat seni yang berpengalaman dan disegani dalam dunia hiburan iaitu Leroy Crew Productions, Riya Suara dan Didz Squad Studios, artis-artis Dr. Irma Entertainment bakal memberi saingan kepada artis-artis sedia ada yang seumur dengan mereka, sekaligus mengubah wacana industri seni tanah air

Kemuncak majlis pada petang itu adalah tayangan perdana video muzik berjudul Sendiri, single pertama nyanyian Akmar Natasha, penyanyi yang diserap masuk ke label muzik itu setelah memenangi pertandingan Suara Juara 2018 anjuran Dr. Irma Entertainment tahun lepas. Nantikan perkongsian tentang artis naungan label Dr. Irma Entertainment



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge