SYAHIRAH Korean Secrets Menjadikan Kulit Licin & Mulus Bak K-Beauty

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SYAHIRAH Korean Secrets Menjadikan Kulit Licin & Mulus Bak K-Beauty| Syahirah bukanlah produk baru di Malaysia dimana berada di pasaran sejak 2006. Merupakan salah satu jenama terkemuka buat pengguna muslim di Malaysia. Penjagaan wajah Syahirah Korean Secerets diilhamkan dengan ramuan semulajadi dari Pulau Jeju Korea yang terkenal dengan keberkesananya.

Jika diteliti, kebanyakan produk kecantikan di Korea mengandungi ramuan semula jadi yang diilhamkan oleh kaedah kecantikan yang diwarisi sejak turun temurun. Patutlah trend K-Beauty menjadi begitu popular di sini dan Syahirah tidak mahu ketinggalan untuk memberikan yang terbaik buat para penggunanya.

Efek Glass Skin yang mampu menyerlahkan kecantikan dan keserian kulit mereka. Bagi Glass Skin pula menjadi semakin tular dan terkenal kerana ramai wanita mahukan kulit yang kelihatan sihat dan tidak kusam, sekaligus menyerlahkan kejelitaan mereka.
Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence 
Syahirah memahami kehendak wanita Malaysia yang mahukan kulit yang bersih dan licin dengan kelembapan yang mencukupi. Oleh itu, ia memperkenalkan Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dengan pati Tri-Flower Essence, rahsia kulit cantik persis bintang Korea. Kekalkan hidrasi pada wajah dan dapatkan efek Glass Skin dengan mudah dengan Syahirah Hydra Soft Dewy Moist Essence. Katakan selamat tinggal kepada kulit kusam kerana anda kini pemilik kulit yang sihat, licin dan lembut.
Dihasilkan daripada sumber bunga-bungaan dari Pulau Jeju, Korea, pati Tri-Flower Essence ini terdiri daripada tiga ramuan penting – Bunga Ginseng yang membantu menyegarkan kulit dengan menyeimbangkan minyak pada kulit muka serta mencerahkan tona kulit; Bunga Teh Hijau yang tinggi dengan ramuan anti-oksida membantu menentang radikal bebas sambil melembapkan dan mencerahkan kulit dan Bunga Chamomile membantu mengurangkan iritasi pada kulit dan membantu meratakan tona kulit agar tampak sekata.
Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence 
Sementara itu, untuk memiliki kulit lebih cerah berseri, Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence merupakan solusi untuk wajah polos seperti bintang K-pop kesayangan anda. Esen ini dapat membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata agar kelihatan lebih licin dan halus. Bukan itu sahaja, ia dapat menghalang pembentukan tompok gelap disamping melembapkan kulit wajah. Hasilnya, tampil secantik jelitawan Korea di pentas arena dengan esen hebat ini.
Syahirah White Glow Snowy White Essence juga mengandungi Tri-Flower Essence dalam formulasinya, dengan intipati daripada bunga-bungaan yang terdapat di Pulau Jeju. Esen ini mengandungi intipati bunga Cherry Blossom, yang diperkaya dengan anti-oksidan dan juga membantu melegakan kulit serta mengurangkan kemerahan dan kesan iritasi. Sementara itu, intipati Camellia memberikan kelembapan yang diperlukan, manakala intipati bunga Lotus membantu menyihatkan dan mencerahkan kulit.
Syahirah Korean Secrets Hydra Soft Dewy Moist Essence dan Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy White Essence boleh didapati pada harga runcit RM39.90 setiap satu di semua rangkaian farmasi terkemuka dan semua pasar raya terpilih seluruh negara.



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top