Swimming di Sunway Velocity Hotel Berlatar-belakang Bandar Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Swimming di Sunway Velocity Hotel Berlatar-belakang Bandar Kuala Lumpur| Tak sah kalau menginap di hotel tak mencuba segala kemudahan yang ada bukan . Lagipun ianya percuma untuk mereka yang bermalam di sini. Jadi meh kita usha apa kemudahan yang ada di Sunway Velocity Hotel ini untuk anak-anak mahupun unuk KP dan hubby.

Nampak tak ini adalah smoke-free hotel jadi mereka yang kaki smoking silalah smoke di tempat yang sepatutnya. Jangan main smoke ajer tau nanti lain jadi pulak . EH lari topik kejap.. Ke swimming pool dululah bila bercuti dengan anak-anak bukan ? Mereka nie kalau stay hotel mesti kena ada swimming pool kalau tak kedai makan yang berdekatan. Ini dua wajib dalam list bila nak bercuti tidak kira dalam Kuala Lumpur atau luar bandar

Nampak tak berlatar belakangkan bandar Kuala Lumpur yang sibuk walaupun pada hari Sabtu.

Hubby and kids memang enjoy dan swimming sepanjang petang. KP pula bukan tak nak swimming mengenangkan assignment jam 8 malam nanti takut rambut ku yang basah tak sempat kering.. .hahahhahah

Yang paling seronok dan teruja sangat pastinya anak teruna yang sorang ini Irfan. Entah berapa kali kot keluar masuk swimming pool sampai dah menggigil pun kata boleh tahan lagi. Kebetulan petang kami check in tak ramai so apa lagi kolam renang ini dialah yang punya.

Tangga yang memisahkan swimming pool dan jacuzzi. Yess !!! Ada jacuzzi ye boleh lah berendam kejap ..

 

Jacuzzi dah start so apa lagi .. Tengok anak teruna sibuk nak join ngan hubby .

Kalau dulu dia takut sekarang tidak lagi dah menjadi perkara biasa.. Tak risau apa lagi lama lepak adalah

Nak juga ber jacuzzi walaupun sekejap.. menjaga agar rambut tak basah. Tapi tak mengapa esoknya KP balas dendam.

Tempat beristirehat buat mereka yang tidak mahu mandi boleh ambil angin petang/pagi

Jangan nak swimming saja boleh juga jaga badan .. Jom pi fitness centre .. buka 24 jam lagi .. kalau segan datang malam

Antara alatan yang ada di gymnasium

Yang ini menarik perhatian KP kerana sambil berlari di treadmill boleh cuci mata. Sebabnya berhadapan dengan swimming pool. Untuk jejaka pastinya seronok kan !!!

So ini diantara kemudahan yang ada dan pasti jadikan setiap penginapan anda yang manis agar dapat kecapi memori itu. Bagi KP inilah cara KP mengabadikan setiap holiday atau staycation kami sekeluarga. Untuk kenangan insyallah.

Untuk maklumat lanjut, layari

Website : http://velocity.sunwayhotels.com

Facebook: https://www.facebook.com/SunwayVelocityHotelKL

Alamat: Lingkaran SV Sunway Velocity, Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur,



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge