SURIA KLCC RAIKAN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA BERSAMA PENGUNJUNG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Suria KLCC Raikan Sambutan Tahun Baru Cina Bersama Pengunjung ~Sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Suria KLCC pada kali ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik bermula dari 3 Januari sehingga 2 Februari 2020 di mana para pengunjung disajikan dengan pelbagai acara dan persembahan tradisional masyarakat Cina yang disuntik dengan elemen kemodenan. Seiring dengan tema “The gReAT Lunar New Year”, perayaan tahun ini sejajar dengan kempen pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2020 untuk mempromosikan keunikan dan kepelbagaian budaya Malaysia yang diadaptasikan kepada dekorasi indah di ruang legar yang bertemakan Pagoda berbentuk oktagon masyarakat Cina dahulu kala.

Perayaan Tahun Baru Cina yang dilancarkan pada 9 Januari 2020 tersebut diraikan dengan penuh kemeriahan oleh para pengunjung apabila mereka disambut dengan persembahan tarian singa di ruang legar. Hadir pada majlis pelancaran itu ialah YBhg. Datuk Musa Hj. Yusof, Ketua Pengarah Tourism Malaysia termasuk pihak pengurusan Suria KLCC Sdn. Bhd., YBhg. Datuk Haji Hashim Wahir, Pengerusi; Francis Tan, Ketua Pegawai Operasi dan Ben Chong, Pengurus Besar. Perayaan Tahun Baru Cina kali ini turut disambut dengan pengiktirafan ‘Replika Pagoda Tertinggi di Malaysia’ di KLCC Esplanade diikuti dengan upacara utama tradisi masyarakat Cina iaitu ‘Lou Sang’ yang diketuai oleh YBhg. Datuk Musa Hj. Yusof.

“Tahun Tikus adalah signifikan kerana ia merupakan tanda permulaan kitaran 12 haiwan Astrologi Cina dan atas sebab ini, tahun 2020 adalah tahun pembaharuan khususnya bagi masyarakat Cina. Justeru, Suria KLCC telah menyediakan pelbagai aktiviti menilik masa hadapan untuk para pengunjung alami, selain daripada mendalami prospek masa hadapan bagi mengambil langkah-langkah yang yakin untuk tahun 2020.”

-YBhg. Datuk Haji Hashim Wahir kata beliau

Ruang legar Suria KLCC akan menjadi tumpuan utama para penunjung dek kepelbagaian aktiviti yang akan diadakan di sini. Para pengunjung dan pembeli belah juga boleh bergambar dengan ‘Replika Pagoda Tertinggi di Malaysia’ di KLCC Esplanade yang telah diiktiraf oleh ‘Malaysia Book of Records 2020’. Dengan ketinggian 70-kaki serta dihiasi dengan keunikan perhiasan tradisional masyarakat Cina seperti tanglung dan bunga ‘peony’, para pengunjung pasti akan tertarik dengan kemegahan dan keindahan Pagoda tersebut. Bagi mereka yang teruja untuk mengetahui apa yang mungkin menanti mereka pada Tahun Tikus ini boleh mencuba aktiviti “Interactive Zodiac Reading” yang bakal memberi pengalaman interaktif yang elusif dan canggih pada masa yang sama dalam penilikan nasib berasaskan kalendar astronomi Cina.

Aktiviti penilikan ini merangkumi perihal hubungan peribadi, kesihatan, kekayaan dan banyak lagi. Di samping itu, para pengunjung berpeluang untuk memenangi e-baucer dari kedai kedai terpilih disini melalui aktviti “Lucky Angpow Pick and Win”. Untuk pengalaman yang lebih bermakna, para pengunjung boleh mencuba aktiviti “The gReAT
Fortune Teller” bagi mendapatkan konsultasi ketua tukang tilik yang mana akan berlangsung selama dua jam pada Sabtu dan Ahad terpilih sepanjang bulan perayaan Tahun Baru Cina ini. Sepanjang musim perayaan ini juga, pelbagai persembahan tradisi masyarakat Cina yang menarik boleh dihayati oleh para pengunjung antaranya, tarian singa serta persembahan 24- gendang.

Selain itu juga menyediakan cetakan foto secara percuma untuk para pengunjung di “Prosperity Photobooth”. Kepada para peminat seni, anda boleh mempamerkan bakat anda di bengkel kaligrafi Cina yang akan diadakan setiap Sabtu dan Ahad terpilih sepanjang musim perayaan ini. Bersempena Tahun Tikus, patung-patung tikus comel ditempatkan di setiap pintu masuk utama Suria KLCC iaitu di Ramlee mall, Ampang mall dan Park mall untuk mengalu-alukan para pengunjung dan pembeli belah.

BELI-BELAH DI SURIA KLCC DAN TEBUS GANJARAN DENGAN SEGERA!
Nikmati ganjaran hebat apabila anda membeli belah di sini pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini. Mulai sekarang hingga 2 Februari 2020, belanja RM1,500 ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih di Suria KLCC untuk menebus koleksi Pandora Charm yang esklusif, satu set paket angpow dan satu set hiasan ucapan Tahun Baru Cina. Untuk maklumat lanjut sila layari:
Suria KLCC – www.suriaklcc.com.my



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top