Suria KLCC Menyemarakan Semula Ikatan Tradisi Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Suria KLCC Menyemarakan Semula Ikatan Tradisi Hari Raya| Selepas Ramadan muncul pula sambutan Hari Raya Aidilfitri. Suria KLCC meriakan sambutan Hari Raya dengan menghidupkan semula malam ke 27 Ramadan iaitu Malam Tujuh Likur. Para pengunjung yang hadir bakal merasai sendiri keindahan Malam Tujuh Likur bermula 15 Mei hingga 9 Jun 2019.

Tema yang diangkat kali ini ialah Semurni Seikatan Seindah Lebaran dimana ruang legar Suria KLCC dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni bagaikan pesta cahaya pada Malam Tujuh Likur. Yang menjadi tarikan utama adalah replikasi istana berbentuk pentagon yang diilhamkan dari Istana Jahar di Kota Bahru, Kelantan. Replika ini dihiasi degan pelbagai ukiran halus gabungan ukiran tradisional Melayu dan corak geometri Islam yang menghiasi strukturbinaan.

Taman mini yang cantik dihiasi bunga-bungaan dan lampu berwarna-warni untuk menambahkan keserian dekorasi ruang legar Suria KLCC. Hari raya tidak hanya disambut oleh masyarakat beragama Islam kerana ia turut diraikan oleh rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Oleh itu, Suria KLCC sekali lagi mencipta keunikan dengan membina replika pelita tertinggi di Esplanade KLCC. Berketinggian 70 kaki, pengunjung boleh mengabadikan kenangan di replika tersebut sehingga 9 Jun ini.

Nikmati persembahan menarik sepanjang kempen

Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan tarian drmaa mak Yong, tarian musikal Raya Malam Tujuh Likur, tarian tradisional dari pelbagai negeri, tarian tradisional kanak-kanak. Dikir Barat dan persembahan silat bermula 14 Mei hingga 9 Jun.

Hulurkan bantuan

Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, Suria KLCC sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Melalui program “Share the Care”, dan juga bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk meraih dana bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik mendapatkan bekalan makanan.

Kerjasama ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang peranan Food Aid Foundation, sebuah pertubuhan bukan kerajaan pertama yang didedikasikan untuk mengurangkan pembaziran makanan dan menamatkan kebuluran di Malaysia. Suria KLCC menyasarkan untuk mengumpulan sekurang-kurangnya RM10,000 melalui sumbangan orang ramai.

Pengunjung hanya perlu menderma RM10 dan dana terkumpul akan disalurkan kepada Food Aid Foundation untuk membeli makanan, membiayai bantuan kecemasan dan menyokong inisiatif Food Aid Foundation.

Untuk maklumat lanjut, layari www.foodaidfoundation.org

Dapatkan ganjaran eksklusif 

Nikmati ganjaran eksklusif apabila anda membeli-belah dari 10 Mei hingga 9 Jun di mana setiap pembelian minimum Rm1,000 dan ke atas dalam dua resit,anda akan menerima satu set bekas kaca kristal eksklusif dan sampul duit raya.

Bagi yang membeli-belah pada hujung minggu pula berpeluang menerima edisi terhad “Selendang kuala Lumpur” oleh dUCk Scarves dan sampul duit raya. Anda hanya perlu bebrelanja sebanyak RM3,500 dalam satu resit untuk menikmati ganjaran ini.

Bagi pembelian melebihi RM1,000 setiap hari termasuk hujung minggu, anda akan menerima satu borang penyertaan peraduan makan malam istimewa bersama Cef Sherson Liam. Lima pasangan yang terpilih akan menikmati hidangan yang disediakan oleh Cef Sherson di salah sebuah restoran yang disyorkan oleh beliau di Suria KLCC.

Maklumat lanjut, layari http://www.suriaklcc.com.my



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge