Sunway Lagoon Serikan Tahun Baru Cina Dengan A Mouse’s Tale CNY

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sunway Lagoon Serikan Tahun Baru Cina Dengan A Mouse’s Tale CNY  ~ Anda anda rancangan bagaimana menyambut Tahun Baru Cina? Andai tiada apa kata anda menyambutnya di Sunway Lagoon.  Eh jangan ingat Tahun Baru Cina Sunway Lagoon ditutup malah ianya bakal disambut dengan meriah sekali sempena tahun tikus. Mengambil tema tikus iaitu “RAT-tical” Chinese New Year pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung.

Jika anda ingat lagu Sunway Lagoon tidak meriah tanpa kehadiran Captain Quack & Friends. Jadi sempena Tahun Baru Cina jika anda berkunjung ke sini jangan lupa unuk bergambar dan beramah mesra bersama maskot-maskot ini ye. Bukan setakat Captain Quack ada juga rakan-rakannya mulai 23 Januari sehingga 6 Febuari 2020!

 

Dari pintu masuk nanti akan ada Wishing Love Pond. Wishing Love Pond ini dekat sangat dengan Carousel. Hajat apa yang diinginkan dan campakkan limau didalam kolam..Aaktiviti ini bermula dari jam 10 pagi sehingga 10.30 pagi sahaja.

 

Dari situ terus ke bawah dan jangan lupa singgah di Lucky Tree. Nama dah lucky bermaksud jika anda bertuah anda bakal membawa pulang pelbagai hadian menarik. Ianya bermula dari jam 11 pagi hingga 11.30 pagi berhadapan Scream Cafe Stage ye!

 

Untuk yang datang bersukaria pada 25 dan 26 Januari 2020, anda saksikan Chinese New Year Lion Dance & Seasons Drums dan juga persembahan epik “A Mouse’s Tale” daripada  Captain Quack & Friends dan Sifu Lao Shu. Ini menceritakan tentang A Mouse Tale dimana salah seorang dari mereka telah diculik dan Captain Quack & Friends cuba membantu tetapi… (Kenalah datang barulah best )

 

 

 

 

 

 

Zambezi River
Ini adalah diantara tarikan terbaru di sini, sesuatu yang baru untuk dicuba. Bukan setakat satu baldi ada dalam 4-5 ye dimana bila baldi dipenuhi dengan air ianya akan turun membasahi anda semua diikuti dengan yang lain. Warna yang terang dan memikat dari jauh memang boleh nampak ye..
Kat sini jer dah dekat 5-6 kali kami di sini, Best weii.. Dekat dengan Vuvuzela dan lebih cantik dan sesuai untuk pelbagai usia kecuali bayi ye.
Beach Bistro
Dah penat main air mesti nak makan-makan. Anda yang suka makan besar boleh juga memilih lokasi makan besar di Beach Bistro. Antara menu yang menarik yang bakal dihidangkan adalah Yee Sang.
Yee Sang adalah lebih kepada sayur-sayuran ataupun lebih dikenali dengan ‘vegetarian’. Ada yang akan menambah seperti ikan salmon. kemudian sebelum digaul akan dituang sos dan perasa untuk menaikkan rasa. Lagi tinggi di angkat untuk digaul lagi dipercayai impian akan tercapai (kata orang-orang tua).Ada juga yang berkata ianya lambang kepada kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.
Jika berminat jangan lupa hubungi nombor yang tertera ya 03-56210200, 010-4369699 dan 010-6671735
Aktiviti RAT-tical
Selain itu terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan bersempena dengan tahun tikus tahun Baru Cina di Sunway Lagoon dimana ianya bermula dari jam 3.00 petang sehingga 3.30 petang.antaranya seperti:-
  • Rat Race Animal Kingdom
  • Chapteh
  • Sand Art
  • Wishing Love Pond
  • Lucky Tree
  • Fortune Chest
  • Huat Cheese Mountain
Untuk maklumat lebih lanjut tentang promosi



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top