Summer White & Summer White Paradise Eau de Toilette Dari AVON

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Summer White & Summer White Paradise Eau de Toilette Dari AVON| Tidak kira anda wanita atau jejaka, perkara yang anda buat selepas bersiap sebelum keluar untuk urusan anda pastinya memakai haruman atau perfume. Perfume adalah wajib sebab bila diri wangi jadi tampak lebih yakin untuk memulakan hari anda yang indah jua tenang.

Pastinya anda biasa dengan jenama AVON bukan? Dari zaman KP sekolah hinggalah berkahwin dan mempunyai anak, AVON masih belum mengecewakan lagi. Ada saja produk terbaru dikeluarkan mengikut kehendak dan maklum balas dari para pengguna setia mereka.

Terbaru keluaran dari AVON iaitu 2 haruman segar yang dinamakan Summer White & Summer White Paradise . Keluaran terbaru ini dikeluarkan pada bulan Julai 2019. Mempunyai perbezaan dari penutup dimana satu berwarna biru dan satu lagi berwarna peach. Kotak luaran berwarna putih yang membezakan adalah dari segi warna penutup.

Katanya sesiapa yang menggunakan haruman ini bakal mengingatkan kenangan atau memori indah semasa musim panas. Untuk Summer White Paradise yang penutup berwarna peach ianya berbau haruman manis. Ramuan haruman ini adalah kombinasi dari bunga pic mekar, bunga lily halia yang eksotik. Tidak lupa juga dengan kehangatan ambar emas.

Untuk Summer White yang penutup berwarna biru lain pula harumannya. Ia lebih kepada memberi keyakinan pada siapa yang menggunakannya. Ramuan haruman segar adalah dari gabungan bungaan putih mewah beradun limau gedang. Kalau tadi ambar emas untuk ini pula  kehangatan kasturi linen putih.

Didatangkan dengan satu saiz iaitu 50ml yang dijual pada harga RM28.00 WM / RM32.20 EM. Anda boleh dapatkan haruman ini dari mana-mana Wakil Avon, mana-mana Butik Kecantikan AVON atau beli secara online di shop.avon.my. Kan mudah sahaja semuanya di hujung jari sahaja.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-18-AVON

Online Shopping: www.shop.avon.my

 

1 thought on “Summer White & Summer White Paradise Eau de Toilette Dari AVON”

  1. Pingback: AVON LIFE COLOUR Wangian Terbaru Rekaan KENZO TAKADA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top