EVENT SUKAN

RBC Race for the Kids KL Berjaya Mengumpul RM200,000

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

RBC Race for the Kids KL Berjaya Mengumpul RM200,000 | RBC Race for the Kids kembali semula ke Kuala Lumpur hari ini dan menarik minat 2,000 peserta yang mengambil bahagian dalam acara larian santai 5km bersama keluarga di Taman Botani Perdana sebagai tanda sokongan kepada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia.

Acara tersebut menggandakan sasaran awal pengumpulan dana dan berjaya mengumpul sebanyak RM200,000. Dana dikumpul membolehkan pembinaan dua Bilik Sensori Ronald McDonald untuk kanak-kanak dengan masalah ketakupayaan pembelajaran di Malaysia, dan lokasi pertama akan dibina di Sekolah Semangat Maju Taiping (SSMT). Ditubuhkan pada tahun 1991 dengan hanya 17 pelajar, SSMT kini memberi perhatian dan mendidik lebih 100 remaja kurang upaya dalam pembelajaran, Autisme, Sindrom Down dan Palsi Serebral. Bilik Sensori baru ini akan membantu kanak-kanak kurang upaya untuk mengembangkan kemahiran kognitif dan membina keyakinan diri melalui rangsangan deria utama iaitu penglihatan, bunyi, sentuhan dan bau.RBC Race for the Kids KL Berjaya Mengumpul Sebanyak RM200,000

“Kami sangat gembira dengan sambutan pada perlumbaan tahun ini dan berbangga apabila warga kerja kami, kawan-kawan, keluarga dan masyarakat setempat dapat meluangkan masa dan berkumpul bersama untuk memberi sokongan bagi menjayakan usaha murni ini. Royal Bank of Canada mempunyai kehadiran yang kukuh di Malaysia dan kami begitu bersemangat untuk mebawa perubahan kepada pelanggan dan masyarakat setempat. Saya gembira melihat acara istimewa ini terus berkembang sebagai sebahagian daripada komitmen global kami untuk membantu ke arah mewujudkan masyarakat sejahtera dan maju,” 

kata Andy Allen, Ketua Perkhidmatan Pelabur & Perbendaharaan RBC Malaysia.

“Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan RBC Race for the Kids KL bagi tahun kedua berturut-turut. Sememangnya ia sesuatu yang amat menyentuh perasaan apabila melihat begitu ramai orang hadir pada hari ini dan menyokong usaha murni bagi membantu kanak-kanak yang memerlukan.”

Victor Sim, Naib Presiden, RMHC Malaysia

Pelancaran sulung pada tahun 2016 menyaksikan RBC Race for the Kids di KL mengumpul lebih RM200,000 dan dana tersebut digunakan oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia untuk membina dua Bilik Sensori di Lembah Klang; yang pertama di Persatuan Untuk Orang Kurang Upaya Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan (SAMH) dan yang kedua di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah (PPKKTCM).

RBC Race for the Kids RBC Race for the Kids KL Berjaya Mengumpul Sebanyak RM200,000

RBC Race for the Kids adalah sebahagian daripada “Ikrar Kanak-Kanak” oleh Royal Bank of Canada yang merupakan komitmen bernilai USD100 juta selama lima tahun untuk menambah baik kehidupan sejuta orang kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia. Pada tahun lepas, perlumbaan ini diadakan di lebih 15 lokasi termasuk London, Vancouver, Minneapolis, Toronto, New York, Chicago, Sydney, Luxembourg, Hong Kong, dan Kuala Lumpur, ia berjaya menarik minat lebih 124,000 peserta seluruh dunia. Sejak dilancarkan pada tahun 2008 di New York, RBC Race for the Kids telah mengumpul lebih daripada USD27 juta untuk tujuan amal mensasarkan golongan kanak-kanak di seluruh dunia.

RBC menyokong pelbagai program yang memberi tumpuan kepada keperluan kanak-kanak- secara menyeluruh yang merangkumi minda, fizikal dan rohani, supaya kanak-kanak berpeluang untuk mencapai potensi mereka suatu hari nanti.