SUKAN

Mayhem Motorsports Memperkenalkan Zizan Razak & Faye Kusairi Sebagai Pelumba Pasukan

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mayhem Motorsports dengan kerjasama Prince Lubricants memperkenalkan Zizan Razak dan Faye Kusairi sebagai pelumba pasukan mereka yang bakal menyertai acara Malaysian Speed Festival 2016 . Untuk tahun ini ianya dianjurkan oleh Ignition.my di Litar F1 Sepang diantara bulan Jun dan November 2016..

Mayhem Motorsports

Pemilihan Zizan Razak & Faye Kusairi

Pemilihan dua selebriti ini adalah untuk memberi inspirasi kepada orang muda di luar sana tentang sukan pemotoran. Zizan dan Faye sendiri memang mempunyai minat mendalam dalam dunia sukan pemotoran.

Megat Shzreal selaku pengurus pasukan Mayhem berkata “Pemilihan Zizan disebabkan minat yang terlalu mendalam dalam bidang sukan pemotoran dan beliau mempunyai bakat dalam bidanh ini . Zizan juga ingin menjadi pelumba yang berjaya dengan bantuan jua bimbingan dari jurulatih professional dan pasukan racing yang sedia lengkap. Untuk Faye Kusairi pula, selebriti ini dilihat daripada segi skil beliau yang tinggi sebagai pelumba wanita dan misi Mayhem Motorsports adalah untuk mengilap bakat beliau untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini ”

Mayhem Motorsports

Acara memperkenalkan telah dirasmikan oleh ketua pasukan Mayhem Motorsports; En Keifli Othman dan dihadiri oleh rakan media. Majlis juga mendapat sokongan dari beberapa tajaan sponsor jua rakankongsi  seperti Prince Lubricants Team Strategic Partner, Perdasama Muda Nasional, Beta Tools, Fast Lap Autoworks, Matspeed, Fawster Suspensions, Mavericks Garage21, Revsuit Apparel, Aaron Spray & Bodyworks, Beltenick Malaysia, Skinfiniti, The Jay Events dan semestina Gamuda Walk Neighbourhood mall.

Mayhem Motorsports

Kelihatan kehadiran kelab peminat Zizan Razak dan kelab peminat Faye Kusairi memberi sokongan padu untuk mereka berdua sebagai pelumba pasukan Mayhem Motorsports.

Kategori Race Car Open

Mayhem Motorsports

Zizan akan memandu kereta jenis Honda DC5 dalam acara Race Car Open. Race Car Open adalah open category dimana Zizan akan berlumna dengan kereta CC tinggi dan berturbo. Kereta yang bertanding tidak ditetapkan had untuk modifikasi

Kategori Race Car 1600

Mayhem Motorsports

Faye akan memandu kereta jenis Proton Gen2 dalam kategori Race Car 1600. Faye bakal berentap dengan kereta yang mempunyai 1600 CC dan ke bawah. Kereta yang bertanding mempunyai had terhadap modifikasi dan perlu menggunakan tayar yang ditetapkan

Apapun sekalung tahniah di ucapkan untuk Mayhem Motorsports atas pemilihan ahli pasukan terbaru. Bagi Zizan dan Faye “All the best” moga anda berjaya kecapi kemenangan yang diingini.

Untuk maklumat lanjut layari Facebook Mayhem Motorsports

#kitepunye #kitepunyedotcom #mayhemmotorsports #sports