SUKAN

Jakel Charity Run for Rohingya Kuala Lumpur 2017

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jakel Charity Run for Rohingya Kuala Lumpur 2017 |Jakel Pusat Gedung Tekstil terbesar Malaysia buat julung kalinya bakal menganjurkan aktiviti berbentuk gaya hidup sihat berkonsepkan larian sebelum berlabuhnya tirai kalendar 2017. Jakel Charity Run for Rohingya Kuala Lumpur 2017 merupakan atau inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada Jakel disamping langkah pro aktif dalam proses transformasi ke arah melahirkan serta menerapkan amalan dan gaya hidup sihat selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia lebih produktif.Jakel Charity Run for Rohingya Kuala Lumpur 2017

Penganjuran larian ini juga mencipta sejarah tersendiri kerana Jakel merupakan syarikat tekstil yang pertama di dalam negara menganjurkan aktiviti sihat disamping meraikan ulangtahun Jakel ke-10 tahun bertapak di Kuala Lumpur dalam menjalankan operasi perniagaan retail.

Menjadi trademark “Ingat Kain Ingat lakel, citarasa dan kehendak pelanggan adalah keutamaan yang terpenting dalam operasi perniagaan. Jakel merupakan trendsetter, tidak mahu melepaskan peluang untuk turut serta menganjurkan acara hebat ini disertai dengan kepelbagaian aktiviti sebagai medium untuk mengumpulkan para pelanggan setia Jakel yang tidak berhenti menyokong berbelanja di Jakel. Pada masa yang sama juga, program sebegini memberi peluang dan ruang kepada Jakel untuk lebih mendekati pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Jakel sepanjang bertapak di Malaysia.

Jakel Charity Run for Rohingya Kuala Lumpur 2017

Isu keganasan dan penindasan yang dialami oleh etnik Rohingya menyebabkan golongan ini menderita kesengsaraan. Ada antara mereka yang tidak mempunyai tempat berteduh dan kekurangan sumber makanan akibat kepincangan dan  serangan yang dialami oleh mereka. Oleh itu Jakel terpanggil untuk membuka kesedaran masyarakat dengan mengadakan misi bantuan kemanusiaan ini bagi mengurangkan bebanan dan penderitaan yang dialami oleh etnik Rohingya.

Lanjutan daripada itu, Jakel mengambil inisiatif dengan menganjurkan Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017. Penganjuran aktiviti larian ini juga merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dimana hasil daripada bayaran pendaftaran akan disalurkan 100% sepenuhnya kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya. Ini jelasmenunjukkan bahawa Jakel bukan hanya menjalankan perniagaan sahaja malah terpanggil untuk membantu golongan ini disamping menyeru masyarakat untuk mengekalkan kualiti hidup cergas dan cerdas.

Menurut Datuk Hj Mohamed Faroz 8in Mohamed Jakel; Pengarah Urusan Kumpulan Jakel berkata

“Jakel mengambil pendekatan dengan mengadakan program ini untuk member pendedahan kepada masyarakat umum tentang peranan Jakel yang bukan sahaja menumpukan kepada operasi perniagaan semata-mata, malahan senantiasa menyokong usaha-usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat sekaligus mampu memacu peningkatan produktiviti negara”

Tambah Datuk Hj Mohamed Faroz Mohamed Jakel lagi penganjuran larian ini adalah salah satu medium CSR, dimana hasil kutipan pembayaran pendaftaran penyertaan daripada peserta larian, sumbangan daripada Jakel Trading Sdn Bhd beserta daripada para penaja akan diberikan sepenuhnya dan diserahkan secara terus kepada mangsa pelarian masyarakat Rohingya di Bangladesh. Sumbangan tersebut juga akan dibawa dan dihantar sendiri oleh pihak pengurusan tertinggi Jakel kepada masyarakat Rohingya di Bangladesh.

Program larian ini mensasarkan lebih ramai penyertaan daripada masyarakat luar sana memandangkan ini adalah pertama kali diadakan oleh Jakel. Para peserta yang ingin menyertai penganjuran ini boleh membuat pendaftaran Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 diatas talian (online) menerusi laman web www.racexasia.com yang dibuka pendaftaranyanya pada 25 Oktober 2017.

Selain daripada pendaftaran online, pihak penganjur juga menyediakan perkhidmatan pendaftaran secara off-line iaitu para peserta boleh berdaftar secara manual di kaunter pendaftaran yang dibuka di hadapan pintu masuk Jakel Mall KL. Kesitimewaan turut diberikan kepada 1000 peserta terawal yang berdaftar seperti kadar harga diskaun penyertaan dan cenderahati sebagai tanda penghargaan menyertai penganjuran aktiviti larian ini.

Terdapat dua kategori Jakel Charity Run for Rohingya Kuala Lumpur 2017 iaitu 10 kilometer (KM) dan dibahagikan kepada Terbuka Lelaki & Terbuka Wanita. Manakala Kategori 5 kilometer (KM) berkonsepkan “Fun Run” dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia

Kategori larian 10KM lebih berkonsepkan kepada larian secara pertandingan dimana ianya dibahagikan kepada Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita. Masing-masing dibuka penyertaan kepada semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas. Setiap penyertaan untuk kategori 10KM ini akan dikenakan bayaran serendah RM60 seorang.

Manakala untuk peserta 500 yang terawal akan diberi potongan harga yang istimewa sebanyak RM50 seorang. Para peserta untuk kategori 10KM juga boleh rebut peluang harga promosi yang bakal dibuka dengan bayaran RM55 seorang

Bagi mereka yang ingin berdaftar secara berkumpulan minima 6 orang ahli turut sama bakal menikmati kadar bayaran istimewa. Kumpulan peserta yang didaftarkan awal akan menikmati kadar bayaran berharga RM270 dan harga promosi akan dibuka dengan bayaran sebanyak RM300. Manakala bayaran sebanyak RM330 untuk peserta berkumpulan yang berdaftar pada tempoh waktu biasaJakel Charity Run for Rohingya Kuala Lumpur 2017

Larian 10KM akan bermula dan berakhir di Jakel Mall membawa kesemua peserta merentas laluan bandaraya Kuala Lumpur dengan melalui beberapa jalan utama yang merangkumi Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangj, Jalan Mara Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching, Lebuhraya Sultan iskandar, dan Jalan Dato’ Onn sebelum berakhir di hadapan Jakel Mall KL

Larian jarak 5KM ini lebih kepada konsep Fun Run, para peserta boleh membawa sessi keluarga untuk berjalan-jalan secara riadah di jalan -jalan utama di Kuala Lumpur. Kategori 5KM ini juga terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan bayaran sebanyak RM55 seorang, Bagi pendaftaran 500 yang terawal, peserta boleh membayar dengan harga istimewa sebanyak RM45 seorang dan pihak penganjur juga akan membuka harga promosi untuk tempoh seminggu dengan kadar bayararn RM50 seorang

Seperti kategori 10KM, larian kategori 5KM juga dibuka penyertaan kepada peserta berkumpulan dengan minima 6 orang ahli. Bagi kategori berkumpulan, bayaran biasa akan dikenakan sebanyak RM 300 untuk satu kumpulan, dan RM270 untuk harga promosi serta peserta 500 yang terawal mendaftarkan penyertaan akan menikmati kadar bayaran hanya RM 240 bagi setiap kumpulan. Peserta kategori 5KM ini akan memulakan larian di hadapan Jakel Mall KL dan melalui jalarn

utama di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur antaranya Jalan Dang Wangi, Jalan Mara, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching dan menamatkan larian di hadapan Jakel Mall KL.

Kesemua para peserta yang menyertai Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 layak untuk menerima barangan “Race Pack” berbentuk sebuah bag dimana didalamnya dilengkapi T-shirt, Botol air, Nombor bib, baucar makanan, tuala muka (1000 penyertaan yang terawal) dan lain-lain. Manakala pemberian medal dan topi akan diserahkan di garisan penamat sejurus peserta melengkapkan larian masing-masing.

Hadiah Jakel Charity Run for Rohingya Kuala Lumpur 2017

Penganjuran aktiviti larian ini menawarkan hadiah lumayan dengan nilai keseluruhan  melebihi RM250,000 termasuh hadiah wang tunai dan hadiah-hadiah penajaan yang lain untuk dibawa pulang oleh para peserta. Pemenang bagi kategori 10KM untuk kedua-dua Terbuka Lelaki & Wanita akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 untuk hadiah tempat pertama, RM3,000 untuk hadiah tempat kedua, dan pemenang hadiah tempat ketiga adalah RM2,000. Pemenang tempat keempat dan kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan RM1,000. Manakala bagi pemenang tempat keenam sehingga tempat ke sepuluh masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai bernilai RM800 setiap seorang.Jakel Charity Run for Rohingya Kuala Lumpur 2017

Hadiah saguhati turut diberikan kepada 50 orang pemenang (25 orang pemenang peserta lelaki dan 25 orang pemenang peserta perempuan) berupa seutas jam tangan berjenama ice Watch bernilai RM369

Manakala peserta untuk Fun Run iaitu kategori 5KM turut berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Pemenang bagi kategori 5KM untuk kedua dua Terbuka Lelaki  & Wanita akan membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000 untuk hadiah tempat pertama RM2,000 untuk hadiah tempat kedua, dan pemenang hadiah tempat ketiga adalah RM1,000.

Pemenang tempat keempat sehingga tempat kesepuluh masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai bernilai RM500 setiap seorang. Hadiah saguhati turut diberikan kepada 50 orang pemenang (25 orang pemenang peserta lelaki dan 25 orang pemenang peserta perempuan) berupa seutas jam tangan berjenama Ice Watch bernilai RM369

Kesemua para peserta larian amal ini juga boleh berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berbentuk sebuah motosikal, kasut sukan berjenama Asics, jam tangan berjenama Ice Watch, hamper barangan tajaan daripada para penaja Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 Jakel Charity Run For Rohingya Kuala Lumpur 2017 yang diseliakan oleh The Equip Management dan ditanggung sepenuhnya oleh Jakel daripada kesemua aspek antaranya penganjuran majlis dan hadiah, serta Race Pack (beg, t-shirt, botol air, dan medal) bermatlamat untuk melahirkan kesedaran terhadap masyarakat tentang pentingnya menjalani gaya hidup sihat sekali gus meraikan ulangtahun ke Jakel yang ke-32 tahun sejak mula beroperasi di Segamat, Johor.