Sufie Rashid Juara AF2015 Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sufie Rashid Juara AF2015 Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz|JUARA Akademi Fantasia 2015, Sufie Rashid, 28 akhirnya selamat bergelar suami kepada  Nurulain dengan sekali lafaz sebentar tadi.

Sufie atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid mengikat tali pertunangan dengan pengasas produk makanan Krispy Krunchee, Nurulain Md Yusof pada 15 December 2018, hampir setahun yang lalu.

Difahamkan, majlis pernikahan ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja yang diadakan secara sederhana atas permintaan keluarga pasangan tersebut.

Majlis bermula pada jam 9.30 pagi tadi bertempat di Pulse Grande Hotel Putrajaya menyaksikan dulang hantaran sembilan berbalas tujuh serta cek hantaran perkahwinan berjumlah RM20,000.00 serta Mas kawin sebanyak SGD300.00 dan sebentuk cincin.

Sufie dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan itu sendiri dan dikendalikan  oleh juru nikah yaitu  Ustaz Haji Hasli Othman Pendaftar Nikah Putrajaya.

Sufie dan Ain berkenalan pada penghujung 2016 sebelum mereka mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang mereka.

Majlis resepsi akan berlangsung pada esok, 22 September 2019 di Glam Hall, Mustapha Kamal, Damansara Perdana.

Menurut Sufie, dia merasakan cukup bertuah apabila mengenali isterinya untuk menjadi peneman hidup.

“Saya bersyukur kerana saya dijodohkan dengan Ain. Ain merupakan isteri yang sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang selebriti. Dia tidak pernah menghalang untuk saya terus berkarya dalam industri seni”.

Tambahnya lagi, dia memohon agar peminat mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah.

Majlis pernikahan serta persandingan telah di sediakan oleh perancang majlis DWIKARYA WEDDING AND EVENT



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top