Stephen Chow Dengan Filem Terbaru The New King of Comedy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Stephen Chow Dengan Filem Terbaru The New King of Comedy |Ingatkah lagi anda dengan Stephen Chow? Pernah memegang watak utama dalam Shaolin Soccer. Jika filem komedi pula , filem yang pernah memikat hati peminat dan sambutan hangat adalah King of Comedy. Selain menampilkan dirinya selaku teraju utama, filem yang ditayangkan pada tahun 1999 itu turut dibintangi oleh Karen Mok, Ng Man Tat dan Cecilia Cheung.

Kini, setelah 20 tahun Stephen Chow yang juga dikenali sebagai pengarah itu tampil dengan filem terbaharu berjudul The New King Of Comedy. Bagaimanapun, pada kali ini dia tidak membintangi filem berkenaan. Sebaliknya, Stephen Chow hanya bertindak sebagai pengarah dan penerbit.

Untuk filem yang akan ditayangkan di pawagam pada 5 Februari ini sempena sambutan Tahun Baru Cina, ia menampilkan barisan pelakon popular seperti E Jing Wen, Wang Baoqiang, Tin Kai-man, Zhang Quandan, Ji Ruyang, Zhang Qi, Yuan Xingze. Bagi Stephen Chow, filem The New King Of Comedy dihasilkan untuk memberikan inspirasi terhadap seorang pelakon tambahan yang akhirnya berjaya menjadi seorang pelakon yang terkenal.

“Menerusi filem ini, saya menerapkan falsafah ‘bekerja keras untuk berjaya’, biarpun terdapat pelbagai rintangan yang harus dihadapi. Selain itu, ada juga sebahagian babak yang memberikan gambaran tentang kehidupan dan kerjaya saya dalam 20 tahun terakhir ini dan berharap ia memberi inspirasi kepada penonton,”

“Apabila penolong pengarah menghubungi saya dan diberitahu telah dipilih untuk berlakon dalam filem terbaharu arahan Stephen Chow, saya seperti tidak percaya. Sehinggakan penolong pengarah tersebut menghubungi saya sebanyak tiga kali. Apabila ditunjukkan bukti, barulah saya percaya kerana sebelum itu saya risau sekiranya ditipu,”

-Kata Stephen Chow

Bagi pelakon utamanya, E Jing Wen yang memegang watak sebagai Dreamy, dia menyatakan rasa terkejut apabila mendapat tawaran untuk membintangi filem berkenaan. Mengenai wataknya dalam filem berkenaan, dia menyatakan terdapat beberapa persamaan antara dirinya dengan karakter yang dibawakannya. Pada masa sama, E Jing Wen juga menyatakan sepanjang bergelar pelakon dia tidak pernah berputus asa untuk mencapai impiannya menjadi pelakon terkenal dan berasa amat gembira dengan peluang berlakon dalam filem di bawah arahan Stephen Chow itu.

“Saya membawakan watak seorang gadis yang tidak kisah tentang keseronokan dan itu adalah diri saya yang sebenar di dunia nyata,”

-katanya lagi

SINOPSIS The New King of Comedy 

Seorang gadis, Dreamy yang merupakan seorang pelakon tambahan dan mempunyai impian untuk menjadi seorang bintang filem. Dia telah berusaha keras selama bertahun-tahun tetapi tidak dapat mendapatkan watak utama. Ayahnya pula telah memberikan tekanan yang kuat, malah ahli keluarganya pula cuba memujuknya untuk berhenti berlakon. Namun, hanya teman lelakinya, Charlie tetap menyokong impiannya itu.

Ketika berada di set pengambaran sebuah filem, Dreamy bertemui dengan Marco, seorang pelakon yang pernah terkenal suatu masa dahulu. Namun begitu, Marco sedang mengalami kegagalan sebagai seorang artis dan telah menjadikan dirinya berada dalam kemurungan. Kemudian dia memaksa Dreamy supaya tidak berhenti dan terus berlakon dengan lebih bersemangat.

Sehinggalah Dreamy akhirnya tidak dapat bertahan dalam mengejar impiannya dan akhirnya berputus asa. Dreamy mengambil keputusan untuk kembali kepada ibu bapanya dan mencari pekerjaan yang lebih baik.

Pada masa yang sama, dia secara tiba-tiba mendapat panggilan telefon dan diberitahu telah diterima dalam uji bakat oleh pengarah terkenal yang pernah dihadirinya sebelum ini dan mendapat tawaran sebagai pelakon utama dalam filem. Dreamy kini tersekat di antara impiannya dan realiti…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge