Spotify Lite Lebih Ringan, Pantas, Dan Masih Hebat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Spotify Lite Lebih Ringan, Pantas, Dan Masih Hebat|

Muzik sepatutnya dinikmati oleh semua, tanpa mengira tahap liputan rangkaian, pelan data, mahupun jenis peranti yang digunakan. Sebab itulah hari ini, kami secara rasminya memperkenalkan Spotify Lite. Spotify Lite merupakan versi aplikasi Spotify yang lebih ringan, pantas, dan ringkas.

Aplikasi ini menawarkan pengalaman muzik yang tiada tandingannya serta berfungsi sama seperti aplikasi Spotify yang utama. Anda tetap boleh mencari dan memainkan lagu serta artis kegemaran anda, menyimpannya, berkongsi dengan orang lain, menerokai muzik baru, dan menikmati senarai lagu yang disusun khas untuk anda. Bezanya, Spotify Lite direka dengan sedikit ciri-ciri khas yang menjadikannya sesuai untuk sistem operasi dan peranti lama. 

“Berdasarkan maklum balas pengguna di seluruh dunia, Spotify Lite direka untuk membolehkan berjuta lagi pengguna menikmati pengalaman muzik terbaik di dunia. Ini terutamanya sesuai bagi mereka yang berada di kawasan liputan jalur lebar yang rendah atau pengguna peranti dengan ruang storan terhad,”

-kata Kalle Persson, Pengurus Kanan Produk di Spotify.

Spotify Lite boleh dimuat turun secara berasingan, dan boleh digunakan untuk semua pengguna Spotify Premium dan Percuma, dan juga boleh digunakan secara seiring atau berasingan daripada aplikasi Spotify utama dalam semua peranti Android 4.3 (Jelly Bean) atau versi yang lebih tinggi. 

“Asia Tenggara merupakan salah satu pasaran muzik paling pesat berkembang di dunia namun budaya penstriman muzik hanya baru mula bertapak. Dengan kepesatan kadar penembusan telefon pintar dan semakin ramai pengguna berada di dalam talian buat pertama kalinya, Spotify Lite merupakan peluang terbaik untuk menghubungkan lebih ramai peminat dengan muzik yang mereka gemari,”

-kata Pengarah Urusan Spotify Asia Tenggara, Gautam Talwar. 

Dengan Spotify Lite, anda boleh mengawal penggunaan data serta ruang storan telefon anda dengan mudah. Walaupun pada ukuran sekecil 10MB, Spotify Lite masih boleh dipasang dan dimuatkan dengan pantas dengan menawarkan pengalaman mendengar yang sama hebatnya. Ia membolehkan anda menerokai, memainkan, dan menikmati berjuta lagu. Anda juga boleh menetapkan had data dan menerima notifikasi apabila anda telah mencapai had data berkenaan.

Maka, anda tidak lagi perlu bimbang soal data dan dapat memberi tumpuan untuk mencari lagu kegemaran anda yang seterusnya. Anda juga tidak perlu bimbang kekurangan ruang storan, Spotify Lite membolehkan anda mengawal cache anda, dan mengosongkannya dengan hanya satu sentuhan sahaja. 

Berikut adalah fakta penting mengenai Spotify Lite:

  • Ringan dan pantas – aplikasi ini hanya bersaiz 10MB.
  • Menjimatkan Data – berguna apabila liputan rangkaian tidak menentu, kesukaran mendapatkan perkhidmatan internet ketika dalam perjalanan, atau jika anda memilih untuk tidak menggunakan terlalu banyak data mudah alih. 
  • Muat turun aplikasi Spotify Lite secara berasingan – boleh didapati untuk semua pengguna Spotify Premium dan Percuma, serta boleh digunakan secara seiring atau berasingan daripada aplikasi Spotify utama dalam semua peranti Android 4.3 (Jelly Bean) atau versi yang lebih tinggi. 
  • Spotify Lite boleh didapati dalam 36 pasaran* Google Play – termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam. Lebih banyak pasaran dan ciri-ciri bakal menyusul dalam usaha kami untuk terus membuat penambahbaikan ke atas pengalaman Spotify Lite. 

Jangan lupa download dari Google Play Store atau Apple Store



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge