Spicy Korean Burger Sempena Kempen Discover the World

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Spicy Korean Burger Sempena Kempen Discover the World|McDonald’s Malaysia melancarkan kempen ‘Discover the World’ tahunannya dengan membawa kembali Spicy Korean Burger (Burger Korea Pedas) yang sangat disukai ramai. Mula diperkenalkan pada tahun 2017, Spicy Korean Burger menjadi item menu kegemaran rakyat Malaysia, dengan gabungan enak kepingan lembu gril yang diperisakan dengan kimchi bersama sos pedas Korea, penuh dengan rasa yang unik dan pedas.

Kali ini, McDonald’s turut memperkenalkan Spicy Korean Burger BAHARU iaitu versi daging ayam, bersama-sama dengan versi daging lembu asalnya. Jadi, sama ada anda peminat daging ayam atau daging lembu, anda boleh menikmati burger lazat dan menyelerakan, pedas berapi dengan citarasa ala Korea.

Spicy Korean Burger dihidangkan dengan sayur-sayuran campuran, bawang yang digril, dan sos pedas khas Korea, diapit oleh ban arang hitam yang panas. Untuk versi daging ayam baharu, pelanggan akan menikmati kelazatan kepingan ayam rangup yang diperisakan dengan kimchi manakala versi daging lembu menampilkan kepingan daging lembu gril diperisakan dengan kimchi seperti yang pelanggan sedia maklum dan gemari.

“Sama seperti kempen ‘Discover the World’ terdahulu, sekali lagi McDonald’s berbesar hati untuk menawarkan pelbagai burger edisi khas yang menampilkan citarasa tersendiri negara-negara terpilih di seluruh dunia, kepada rakyat Malaysia.

Kami teruja untuk melancarkan kempen tahunan ini dengan menampilkan semula Spicy Korean Burger yang mendapat sambutan yang amat memberangsangkan ketika pertama kali dilancarkan pada tahun 2017. Ia kini merupakan item menu kegemaran pelanggan kerana keenakan rasa ala Korea yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia,”

-Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.

Bagi pelanggan yang ingin melengkapkan hidangan mereka dengan sesuatu yang menyegarkan, Green Tea McFlurry juga dibawa kembali ke senarai menu pencuci mulut McDonald’s. Bukan itu sahaja, malah McDonald’s turut memperkenalkan pencuci mulut baharu iaitu Chocolate Pie, dimana inti coklat lazat dibaluti kulit pai rangup bersalut coklat.

Tersedia mulai hari ini, set Spicy Korean Burger dihidangkan bersama kentang goreng serta pilihan sama ada Fanta McFreeze atau Coke, dan berharga mulai dari RM15.99.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu menarik McDonald’s, lawati

Website:   www.mcdonalds.com.my.



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top