Sophia Liana Papar Emosi dalam Muzik Video ‘DULU’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sophia Liana Papar Emosi dalam Muzik Video ‘DULU’| Sophia Liana,Kali ini dia kembali meraih perhatian apabila muncul dengan single terbaru DULU pada 9 Oktober lalu.

Single DULU

Lagu yang diciptanya bersama Fadzril Asyraf ini, sudah mula mendapat reaksi positif pendengar. Ada yang menyifatkannya antara karya terbaik tempatan yang dikeluarkan pada tahun 2020. Lagu yang digarap dengan susunan muzik indah, menyerlahkan lagi  kemerduan vokal penyanyi rap wanita yang disapa sebagai Sophia ini.

Melodi mesra telinga yang dihiasi dengan bait-bait kata yang mudah difahami. Namun sarat dengan mesej tersirat. DULU berjaya memberi kesan emosi kepada pendengar. Bagi meneruskan lagi momentum lagu ini, Sophia bakal melancarkan video muzik rasmi DULU.

Muzik Video DULU


“Secara ringkasnya, konsep video muzik ini adalah idea Sophia yang mahu memaparkan perasaan masa lalu dan masa kini. Mengambil inti pati utama lirik lagu DULU.

Dalam video muzik ini Sophia digambarkan sebagai wanita yang merenung kembali masa lalunya dalam perspektif yang lebih positif. Baginya pengalaman suka dukanya yang dahulu telah menjadikan dirinya yang sekarang. Lebih matang, kuat dan berkeyakinan.”

“Bila saya mula-mula dengar lagu DULU ini, saya membayangkan suasana yang tenang dengan pemandangan indah serta visual sedap mata memandang. Mempunyai pengalaman bekerja dengan Sophia dalam video muzik ‘Ngam’ sebelum ini.

Saya tahu Sophia berkebolehan untuk berinteraksi dengan kamera menerusi ekspresi wajah dan tubuhnya. Jadi setelah berbincang dengan Sophia dan Farhan Syaza (Pengarah Fotografi), kami memutuskan untuk memfokuskan kepada Sophia sebagai subjek utama.

Tanpa efek visual yang melampau, kami berharap video muzik ini mampu menjadi muzik malar segar. Ini untuk tontonan di masa hadapan kerana tema yang diangkat dalam lagu ini kekal relevan  sepanjang zaman,”

– kata pengarah Shimy Latif dalam video muzik.

Sebagai perlambangan hitam putih kehidupan, video muzik ini digarap dengan dua elemen berbeza. Warna hitam dan putih, ruang luas dan sempit, serta suasana malam dan siang.

Menurut Shimy lagi, proses kreatif ini dan permainan ekspresi Sophia berupaya menterjemah maksud lagu ini secara visual dan memberi kesan emosi kepada penonton.

“Saya harap menerusi video muzik ini, pendengar dapat mendalami mesej dan merasai emosi yang saya cuba sampaikan dalam lagu ini.”

-kata Sophia bila mengulas tentang pendamping visual lagu ini.

Video muzik rasmi DULU sudah boleh dilayari di saluran YouTube Sophia Liana bermula 27 OKTOBER 2020. Single DULU boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer sejak 9 OKTOBER 2020. Untuk maklumat lanjut

Youtube



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top