Sony’s Reel Society Memberikan Kelainan Hanya di GSC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sony’s Reel Society Memberikan Kelainan Hanya di GSC|Kali ini GSC Cinema bakal memberikan kelainan dimana rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) mengumumkan kerjasama dengan Sony Pictures Entertainment . Sony’s Reel Society dilancarkan dimana ianya adalah satu siri dari lima filem yang bakal ditayangkan di GSC International Screen.

Antara filem yang bakal ditayangkan melalui Sony’s Reel Society di GSC International Screen di lokasi pilihan GSC adalah seperti dibawah.

Filem Best of Enemies arahan Robin Bisell antara yang pertama bakal ditayangkan pada 20 June 2019 .

Sinopsis – Kisah benar yang berlaki diantara Ann Atwater iaitu seorang aktivis hak sivil kulit hitam yang lantang. C.P. Ellis pula adalah seorang ketua Ku Klux Klan

Late Night – Tayangan 1 Ogos 2019.

Sinopsis – Mengisahkan seorang hos program wawancara malam yang mengesyaki dia akan kehilangan program TV yang sedang dikendalikannya.

Ode To Joy – Tayangan 19 September 2019

Sinopsis – Charlie mengidap penyakit cataplexy yang menjadikannya lumpuh apabila dia melanda emosi. Terutamanya bila perasaan gembira hadir. Bagaimanakah dia menghadapi ujian ini apabila ia jatuh cinta

The Sound of Silence -Tayangan 3 Oktober 2019

Sinopsis – Seorang penata bunyi rumah (house tuner) di New York yang berkebolehan untuk menyesuaikan bunyi di dalam sesebuah dengan perasaan penghuninya yang bakal mendapat seorang pelanggan yang bermasalah

A Beautiful Day in The Neighbourhood – Tayangan 20 Januari 2020

Sinopsis – Berdasarkan kisah benar persahabatan diantara Fred Rogers dan wartawan bernama Tom Junod.

Kesemua lima filem ini dari Sony’s Reel Society boleh ditonton secara eksklusif di lokasi GSC terpilih seperti GSC Pavilion Kuala Lumpur, GSC Mid Valley Megamall, GSC 1 Utama, GSC Gurney Plaza Penang dan GSC Paradigm Johor Bahru. Untuk maklumat lanjut layari https://www.gsc.com.my



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top