Shopee Super Brand Day Menjana Kehidupan Lebih Sihat & Kediaman Ceria

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Shopee Super Brand Day Menjana Kehidupan Lebih Sihat & Kediaman Ceria|Tugas membersih dan mengemas rumah, pada suatu masa dahulu dianggap sebagai kerja remeh dan membebankan, kini disifatkan sebagai paling bergaya.

Memandangkan trend ini sudah menjadi satu sensasi global, semakin ramai orang menyahut cabaran untuk mempermudah urusan mengemas rumah mereka dengan mengikuti beberapa peraturan asas.

Pakar-pakar telah berkongsi hasil penyelidikan dan kajian mereka yang menunjukkan bahawa mengemas rumah adalah satu tugas penting.

Bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa usaha menjaga kebersihan rumah bukan sahaja dengan mengemas dan membuang barang yang tidak mendatangkan kebahagiaan tetapi juga dengan membersihkan lantai, tingkap, bilik mandi, dapur dan pada asasnya setiap permukaan dan ceruk dalam rumah.

Menjaga kebersihan dan menyenggarakan rumah adalah juga satu keperluan untuk memastikan persekitaran yang sihat dan mesra demi kesejahteraan keluarga, terutama sekali keluarga yang sedang membesarkan anak-anak.

Rumah yang ceria membantu melenyapkan tekanan dan ketegangan yang disebabkan persekitaran yang berselerak. Dengan demikian, ibu bapa kurang terganggu dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai dan kreatif untuk anak-anak membesar.

Shopee memahami betapa pentingnya kita mempunyai rumah yang sihat, dan telah merancangkan Super Brand Day bersama Mead Johnson Nutrition dan Reckitt Benckiser, yang dijadualkan dari 25 Februari hingga 3 Mac.

Jenama di bawah Mead Johnson Nutrition dan Reckitt Benckiser, khususnya Dettol, Enfagrow A+, Sustagen, Durex, Vanish dan Air Wick akan menyertai kempen ini dengan menawarkan produk dengan harga jauh lebih rendah.

Sepanjang tujuh hari itu, pelanggan boleh merebut pelbagai tawaran hebat, termasuk tawaran RM1 pada 28 Februari. Shopee Super Brand Day menawarkan diskaun sehingga 85% dan Jualan Mengejut harian, serta perkhidmatan penghantaran segera kepada pengguna Shopee.Manfaatkan sepenuhnya nilai wang ringgit anda dan rebutlah baucar menarik sehingga RM500,000. Selain itu, mereka yang membuat perbelanjaan harian paling tinggi berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti telefon pintar, tablet, jam tangan pintar dan banyak lagi.

Untuk butir-butir lanjut, sila ke laman https://shopee.com.my/m/rb-super-brand-day



1 thought on “Shopee Super Brand Day Menjana Kehidupan Lebih Sihat & Kediaman Ceria”

  1. Pingback: Seronoknya Kempen Raya Dengan Shopee Untuk Tahun Ini!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top