Seronoknya Raya Bersama Spongebob Di WCT Malls

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seronoknya Raya Bersama Spongebob Di WCT Malls| Hari Raya bakal menjelang kurang dari 5 hari. Bagaimana dengan persiapan raya dah siap semuanya ke? Atau masih belum lagi dan masih mencari-cari kelengkapan raya? Untuk KP setiap kali raya selain dari mencari kelengkapan raya KP akan singgah di pusat membeli-belah yang ada sekitar Lembah Klang untuk lihat tema dan dekorasi mereka sempena Hari Raya

Untuk kali ini ingin KP kongsikan kelainan yang ada di Paradigm Mall Petaling Jaya. Dengan tema Seronoknya Raya, dekorasi di pusat membeli belah kali ini di hiasi dengan suasana lautan. Bukan sebarang suasana lautan ye tetapi suasana lautan Spongebob dan rakan-rakannya seperti Patrick. Dua karektor animasi ini bakal anda jumpa di kompleks membeli belah dibawah WCT Malls seperti Paradigm Mall JB dan gateaway@klia2.

Dari tingkat atas mahupun dari eskalator, perkara pertama yang menarik perhatian adalah belon gergasi SpongeBob yang tinggi dan sangat besar elok terletak di satu sudut. Selain itu terdapat juga barangan koleksi animasi ini di jual dan juga cenderahati.

Pelancaran Seronoknya Raya tidak akan seceria hati yang menyambut raya jika tidak membantu mereka yang memerlukan. Mereka yang memerlukan pasti lebih bahagia, gembira dan terlampir senyuman manis bila tangan memberi bukan?

WCT Malls tidak pernah melupakan mereka yang memerlukan dalam setiap perayaan yang disambut. Kali ini anak-anak yatim dijemput untuk memeriahkan majlis pelancaran Seronoknya Raya.

Seperti temanya, inginkan anak-anak ini merasai keseronokan berhari raya walaupun tanpa mereka yang tersayang

Tema Seronoknya Raya seakan sesuai dimana anak-anak yatim bukan setakat mendapat duit raya tetapi juga barangan koleksi Spongebob buat mereka.

WCT Malls turut merancang beberapa inisiatif program amal  sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat yang memerlukan bantuan terutama dalam memperbaiki kehidupan mereka.

Terima kasih WCT Malls atas sumbangan pada mereka yang memerlukan

Antara barangan jualan dari koleksi Spongebob dan rakan-rakannya boleh didapati disini . seperti barang keperluan mandi

Baju t-shirt yang di reka khas untuk Hari Raya. Nampak comel pula Patrick berbaju melayukan

Spongebob pun ada bersampin raya sempena mengikut tema Seronoknya Raya

Dua program amal juga telah dilancarkan sempena Seronoknya Raya iaitu #SeronoknyaMenolong dan Denim Donation Drive.

#SeronoknyaMenolong

“A library of Hope” dimana anda  boleh memberi sumbangan buku-buku baru mahupun terpakai seperti buku cerita, buku teks dan sebagainya dalam apa jua bahasa. Ini untuk kegunaan pelajar sekolah rendah dan menengah. Semua sumbangan buku-buku ini boleh diletakkan di Tingkat CC bermula daripada 10 Mei 2019 sehingga 9 Jun 2019. Segala sumbangan buku ini dikumpulkan dan akan diserahkan kepada Rumah Anak Yatim Sungai Buaya Banting.

Denim Donation Drive

Bagi membantu ibu-ibu tunggal dengan menyediakan peluang pendapatan dan kemahiran hidup seperti menjahit kepada mereka. Jika anda mempunyai denm atau jeans yang terpakai dan tidak digunakan lagi apa kat datang kemari dan sumbangkan ke Paradigm Mall PJ . Ia dapat membantu golongan ini untuk dijadikan sebagai produk kraftangan yang unik. Hantar di Tingkat CC bermula daripada 10 Mei 2019 sehingga 9 Jun 2019.

Jika anda berbelanja di Paradigm Mall jangan lupa singgah di kaunter Concerige untuk tebus hadiah mengikut pembelian. Antara goodies yang boleh ditebus setelah berbelanja di Paradigm Mall PJ! Menarik dan comel 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge