SENI UNTUK SEMUA NAZ RAHMAN JADI HOS, BEST KE?

SENI UNTUK SEMUA NAZ RAHMAN JADI HOS, BEST KE? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Radio Televisyen Malaysia (RTM) sentiasa menyokong program-program yang dapat memberi manfaat kepada penonton.

Selaras dengan misi RTM sendiri iaitu membina masyarakat bermaklumat melalui perkhidmatan TV, radio dan media digital bagi membangunkan kandungan yang berkualiti, kreatif dan inovatif.

SENI UNTUK SEMUA

RTM yakin melalui program “Seni Untuk Semua” yang sedang bersiaran setiap Ahad,
pukul 4.30 petang di TV1 dapat memberi input yang positif kepada penonton.

Program “Seni Untuk Semua” memaparkan 16 buah episod yang berdurasi 30 minit dan
diacarakan oleh Nazrudin Habibur Rahman, atau lebih dikenali sebagai Abang Naz.

Program ini bakal membawa penonton melalui pelbagai peringkat penghasilan karya
langkah demi langkah dengan cara yang sangat menyeronokkan untuk menghasilkan
karya seni.

Program yang bakal menampilkan penggiat seni dari sektor-sektor seni yang berbeza ini
diharapkan dapat menyemarakkan minat serta meningkatkan kemahiran dalam bidang
seni dalam kalangan masyarakat.

VIDEO TUTORIAL PUN ADA!


Bagi dalam talian pula, rancangan ini akan menyajikan 50 buah video tutorial seni hasil
kurasi 50 orang artis tanah air yang berlainan daripada Seni Untuk Semua di televisyen.


Setiap video tutorial berdurasi 15 minit ini menampilkan langkah demi langkah pembuatan
hasil seni oleh artis tersebut. Video tutorial ini merangkumi pelbagai cabang seni seperti
seni persembahan, seni visual, muzik dan kraf.

WAYANG KULIT

Antara artis dan aktiviti seni yang ditampilkan dalam program ini adalah Fusion Wayang
Kulit yang dikendalikan oleh Pak Dain dan Tintoy Chuo. Memberi peluang
menonjolkan suatu seni yang sangat dekat kepada semua.

Bengkel wayang kulit ini memberi peluang untuk menyalur ilmu tradisi ini, kepada anak muda. Suatu kesinambungan yang sangat berharga. Ini adalah satu kelainan yang membuat orang ramai teruja.

BONEKA

Episod menampilkan Helena Foo daripada Siapa Theare berkongsi aspirasi daripada
rancangan yang menggunakan boneka seperti Sesame Street dan The Muppets.

Ia membawakan warna dan gerakan boneka-boneka ini dalan Seni Untuk Semua.

SENI MUZIK

Selain seni kraf, persembahan dan seni visual, seni muzik juga antara aspek yang turut
dipertontonkan dalam Seni Untuk Semua ini. Ahmad Haziq Ramli yang merupakan pemain
dan pengajar dram merasakan pembelajaran muzik itu boleh dilakukan dimana-mana,

“Jika dahulu kita mempelajari muzik di sekolah melalui subjek muzik atau di sekolah
muzik, kini kita dapat mempelajari muzik dimana-mana sahaja seperti di internet melalui
telefon dan platform digital.

Dengan adanya pendedahan sebegini, diharapkan lebih ramai anak muda yang cenderung untuk lebih mendekati bidang ini.”

Ikuti banyak lagi episod dan perkongsian menarik bersama tetamu undangan berbeza di
TV1.

Website |

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Previous Post

SAMSUNG THE #LIFEWITHGALAXY- BRIDGING DREAMS TO LIFE!

Next Post

LIVERPOOL FC HOME KIT 2022/2023 KINI DI AL-IKHSAN, AWESOME!

Related Posts