Selera Minang Nik Micheal, Malaysia dan Indonesia Di TV Okey

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selera Minang Nik Micheal, Malaysia dan Indonesia Di TV Okey| Pilihan masakan Minang enak dan popular di Malaysia juga di Indonesia dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi program sedang bersiaran di TV Okey (Astro 109) bertajuk Selera Minang Nik Micheal setiap Isnin, pukul 10.30 pagi.

Sinopsis Selera Minang
Mengisi 13 episod siaran Selera Minang, hos Chef Nik Micheal akan memilih dua jenis menu berasaskan masakan Minang dan mengunjungi beberapa buah restoran terpilih untuk merasai makanan pilihan tersebut. Demonstrasi tentang cara penyediaan makanan pilihan itu dan sesi temu ramah dengan chef yang terlibat turut dikongsikan dengan penonton.

Nik Michael memulakan program dengan memilih lokasi di Kg. Baru, Kuala Lumpur yang merupakan antara penempatan awal warga Indonesia yang mana masakan Minang merupakan antara menu makanan yang diminati di Malaysia. Nik mengunjungi tiga buah restoran di situ dan menemubual Ibu Ita yang berkongsi pengalamannya selama 34 tahun dalam masakan Minang. Turut dipaparkan demonstrasi masakan Ayam Goreng Sambal Berlada dan masakan Gulai Nangka.

Singgah di Daerah Gombak, Selangor menu dicuba ialah Ayam Pop dan juga Pegedil Minang. Beliau brkunjung ke Restoran Sri Kumbang Jati dan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pemilik restoran iaitu Puan Ummi. Nik berkesempatan melihat rahsia penyediaan masakan Pegedil Minang. Di akhir rancangan, Chef Fendi dari Restoran Ayam Pop Kapau menunjukkan demonstrasi masakan Ayam Pop serta Sambal Berlado yang dikongsi bersama penontonrancangan.

Kota Damansara terkenal dengan pelbagai jenis restoran yang menyediakan makanan dari pelosok dunia. Di sini Nik Michael memilih dua menu yang cukup popular dalam masakan Minang iaitu Daging Dendeng dan juga Rendang Daging Minang. Beliau berkunjung ke dua buah restoran iaitu Restoran Sari Rati Rima dan Padangs On Wheels. Kunjungan Nik Micheal di Negeri Sembilan memilih tiga destinasi berbeza iaitu Nilai, Seremban
dan Kuala Pilah yang masing-masing tersohor dengan restoren pilihan ramai.

Destinasi Nilai membawa Nik Micheal mencuba 2 jenis masakan Minang iaitu Gulai Udang Minang dan Tumis
Petai Udang Cabai. Nik berkunjung ke tiga buah restoran untuk mencuba masakan tersebut. Restoran yang dilawati beliau ialah Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapir, Restoran Nasi Padang Minang Sejati dan Restoran Minang Arif.

Berada di Seremban, Negeri Sembilan beliau memilih dua masakan Minang iaitu Kalio Ayam dan Gulai Tunjang untuk dicuba keenakan masakan tersebut. Beliau berkunjung ke Restoran Masakan Minang Asli Gerai No.1 Medan Selera Ampangan, Nasi Padang Rezeki Bonda Paroi dan Restoran Nasi Padang Ummi. Istimewa di Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang sememangnya terkenal dengan masakan kaedah salai, beliau mencuba dua jenis masakan Minang yang terkenal iaitu Daging Salai Masak Lemak dan Gulai Perut & Rebung.

Restoran yang dikunjunginya ialah Restoran Alfie Rizky, Restoran Selera Tanjung dan Zaini Salai House dimana beliau sempat menemu ramah chef dan mendapatkan tips serta rahsia yang menjadikan masakan mereka cukup istimewa. Destinasi di Payakumbuh, Sumatera Barat, memilih dua resipi masakan Minang untuk dicuba
iaitu Belut Goreng Berlado dan Palai Bada. Palai Bada merupakan hidangan mirip otak-otak yang terdapat di Malaysia.

Keenakan masakan Minang di sekitar Bukit Tinggi, Padang dinikmati Nik Micheal bersarapan Nasi Kapau sebelum singgah di Rumah Pohon Abdul. Antara hidangan yang sempat dicubanya ialah Kasava (Ubi Kayu), Risoles, Gulai Itiak Lado Hijo dan Soto Padang Keriuk. Nik meneruskan pencarian masakan Minang dengan singgah di Restoran Langsana Jaya.

Dalam episod terakhir, beliau singgah di Ibu Kota Padang dan beliau berkesempatan melawat Muzium Adityawarman yang sememangnya merupakan tempat tumpuan pelancong. Nik berkunjung ke Restoran Ayam Gepuk Pak Gembus mencuba hidangan Ayam Penyet terkenal di situ. Destinasi seterusnya Restoran Ayam RicaRica Mas Bagus. Beliau mencuba hidangan unik dan istimewa dikenali sebagai Anyang Rawan yang menggunakan kepala lembu sebagai bahan utama.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya
menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui
rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top