Segi Fresh Challenge Buat Qurratul Berjaya Ke Tidak?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Segi Fresh Challenge Buat Qurratul Berjaya Ke Tidak?| Siapa yang ikut Instagram KP pastinya dah tahu yang anak dara KP dah mula bisnes kecil-kecilan. Dah dia suka takkan kite tak support kan! Sebagai mak kite support apa yang elok, yang boleh mendatangkan kebaikan. Choppp !!! Apa kena mengena dengan tajuk entri hari ini. Penting sangat ye sebab ia ada berkaitan

Memandangkan bisness anak dara mengenai makanan mestilah cari bahan masakan yang segar. Kerana menu yang di jual seperti nasi ayam dengan ayam telur masin, nasi ayam telur sweet sour, nasi sup ayam, ramen, mac and cheese chicken , spaghetti dan list bersambung. Jadi bahan-bahan kenalah segar bugar sebab yang makan anak-anak kat sekolah. Bila mereka kenyang of course kite pun senyum sampai ke telinga.Segi Fresh

Urusan membeli-belah memang dari dulu KP yang buat tetapi kali ini KP libatkan Qurratul dalam ini cerita. Biar dia tahu bagaimana susahnya nak cari bahan segar untuk dimasak. Bukan setakat order dah siap. Lagi-lagi untuk kawan-kawan dia nak makan. Pilihan dia sendiri nak ke Segi Fresh sebab selalu ikut Owan dia pi shopping kat sini. Pesan Owan dia juga nak datang sini kena awal kalau boleh jam 8 pagi sebab barang-barang sure segar. Pilihan pun banyak..

Pergi Isnin pagi masa semua sibuk ke kerja, ke Segi Fresh lah kami. Sebelum pergi KP ada buat challenge pada Qurratul. Dengan sejumlah wang dia kena beli apa yang dia nak beli tak boleh lebih. Agak-agak berjaya ke tak jom kite tengok apa yang di shoppingnya.

Bila ke sini, yang bagusnya semua ada di bawah satu bumbung dimana bahan-bahan basah dan kering ada . Boleh di beli secara biasa, runcit-runcitan mahupun borong. Sesuai untuk suka memasak di rumah mahupun mereka peniaga kecil-kecilan membeli di sini.

Udang kat sini murah ye

Ikan tenggiri favourite Irfan

nak beli siakap abis nak jual kat kawan-kawan dia camna?

Nie bahagian ayam, bahagian yang paling seronok buat Qurratul sebab menu yang ‘HOT’ ada di sini

Isi ayam tuk salted egg senang nak masak ..

Nie pula bahagian sayur-sayuran

bendi masuk dalam gulai udang layan juga kan

daun bawang wajib ada dalam rumah KP

Letak capsicum dalam spaghetti best weii

Ni cili giling favourite

Nak yang dah siap blend masak atau blend sendiri

Untuk mak-mak nie bahagian penting yang patut singgah bila ke Segi Fresh. Antara sebab adalah banyak pilihan dan antara bahan yang tahan lama. Menjadikan rasa makanan enak dan ada yang dibuat sebagai sampingan macam nasi lemak.

Untuk keluarga KP, wajib beli sepapan setiap kali shopping di luar. Mana taknya si Irfan pagi dah layan roti kapit telur ataupun telur rebus 2 biji(kata dia boleh turun berat badan). hahahah

part papa dia , favourite bahagian buah. Boleh duduk sini dekat sejam nak pilih buah. Pastu tengoklah harganya jauh lebih rendah dari tempat lain. Belum kira promosi lagi ye

Kerana bisnes kecil-kecilan ini KP dah terjebak ke sini. Beli dengan kuantiti yang banyak harga yang dibayar jauh lebih murah ya. Lagipun sekarang nie dah banyak cawangan Segi Fresh dibuka seperti di Balakong, Shah Alam, Subang mahupun Puchong dan lain tempat. Sure nak tengok apa yang Qurratul beli kan .

Challenge 

RM 20 untuk beli sayuran di Segi Fresh. Nie hasil dia.. kite cuma diri tepi dan observed🙂🙂🙂. Memang berhati-hati pilihan dan gelak jahat🤣🤣🤣🤣 kejap sebab nie hasil dan herganya..

Nenas – RM1.99
Daun Pandan – RM1.60
Daun Bawang – RM0.82
Timun – RM1.34
Limau Nipis – RM1.37
Lemon – RM4.49
Kobis – RM1.56
Kacang Buncis – RM1.30
Cili Api – RM 1.13
Cili Merah – RM1.52
Kueyteow – RM1.99

Total RM19.11😅😅

RM50 Barang basah Challenge bersama Qurratul

Nie hasilnya👇👇👇
✔Kerang RM13.90
✔Ikan Tenggiri 4pcs RM29.10
✔Udang Sedang RM 8.69
Total RM49.89

Lagi sikit over budget tapi puas hati sebab lauk untuk 5 hari settle. 

Ikan tenggiri 4 keping

Udang masak apa sedap ye

Teringin nak makan kerang rebus cicah sos cili thai

Slogan yang diamalkan oleh Segi Fresh – ‘Pilih Fresh, Pilih Segi’ memang kena dengan apa yang KP lihat semasa membeli belah. Jadi anda yang nak shopping untuk stok di rumah apa kata singgah di Segi Fresh dan feel sendiri

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Laman web : http://segifresh.com
Facebook : https://www.facebook.com/Segifresh
Instagram : https://www.instagram.com/segifreshmarket



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top