SawadeeCool Cetus Keenakan Minuman Baru Untuk Penggemar Teh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SawadeeCool Cetus Keenakan Minuman Baru Untuk Penggemar Teh| Kalau sebelum ini promosi kan Merdeka Kaw Kaw sempena Hari Kebangsaan jua Hari Malaysia. Kali ini kembali dengan promosi terbaru.Coolblog dengan bangganya memperkenalkan siri baharu minuman mereka yang diberi nama SawadeeCool yang sudah boleh didapati di kesemua cawangan Coolblog mulai hari ini.  SawadeeCool didatangkan dalam 4 perisa gabungan ‘Thai tea’ iaitu Matcha Thai Tea, Chocolate Thai Tea, Malt Thai Tea dan Tiramisu Thai Tea.

SawadeeCool

Coolblog dengan bangganya melancarkan siri minuman terbaharu yang diberi nama SawadeeCool. Majlis pengenalan dirasmikan oleh YB Dato’ Rosol Bin Wahid, Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan turut dihadiri oleh barisan pegawai dan pengurusan tertinggi KPDNHEP negeri Johor.

Taruhan baharu dari Coolblog ini mengangkat rasa unik dan tersendiri teh Thailand yang digabungkan bersama bahan dan perisa berkualiti Coolblog. Didatangkan dalam 4 perisa iaitu

  • Matcha Thai Tea,
  • Chocolate Thai Tea,
  • Malt Thai Tea
  • Tiramisu Thai Tea.

“Kami amat berterima kasih kepada YB Dato’ Rosol Bin Wahid, selaku Timbalan Menteri, KPDNHEP kerana sudi melancarkan perisa baharu SawadeeCool yang merupakan kempen penutup bagi tahun 2020 oleh Coolblog. Saya yakin siri dan perisa baharu SawadeeCool ini akan membawa minuman Coolblog ke peringkat seterusnya dan mendapat sambutan lebih hebat seperti siri kempen sebelum ini.

Apa yang menarik pada kempen SawadeeCool ini adalah pada strategi kami dalam memberi minuman yang dapat menghangatkan kempen penutup kami pada tahun 2020 ini. Bukan mudah untuk kami meyajikan sesuatu yang menepati citarasa semua, tetapi menjadi prinsip utama kami untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminat Coolblog,”

-kata Cik Priscilla Leaw, Ketua Pegawai Operasi, Coolblog.

Bakal dijual pada harga RM9.80 bagi saiz 700ml dan boleh didapati di kesemua 300 cawangan Coolblog seluruh Malaysia.  Pilihan menarik jika anda peminat teh kerana ianya adalah teh Thailand. Untuk promosi terbaru jangan lupa layari

Facebook Coolblog | Instagram Coolblog

 



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top