Sardin Berapi Masakan Mudah, Cepat Dan Pastinya Lazat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sardin Berapi Masakan Mudah, Cepat Dan Pastinya Lazat~Ramadan tiba dan kini ada sahaja menu yang terlintas di fikiran bukan ? Ada sahaja yang nak dimakan, dimasak untuk sendiri mahupun untuk mereka yang tersayang. Sama juga jika ke PARAM atau bazaar Ramadan semuanya nak dibeli. Takda yang tak dibeli. Memandangkan tahun ini bulan Ramadan dalam PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), ini KP nak cerita.
Ini KP kongsikan menu yang senang dan mudah untuk anda memasak tidak kira bujang, mahupun berkeluarga. Bahan-bahan pun senang nak dapat. Yang penting senang, mudah dan lazat untuk di masak tidak kira untuk berbuka atau bersahur. Oh ya resipi ini gabungan kids ye . Jom usha !

Sardin Berapiย 

  • Cili Giling – 1sudu besar
  • Cili Kisar Hidup – 1 sudu besar
  • Sardin Dalam Sos Tomato (ikut suka jenama apa yang anda guna) – 1 tin
  • Cili Api Hidup – 4-5 ulas
  • Garam – secubit
  • Gula – secubit
  • Panaskan minyak
  • Tumis cili giling, cili kisar hidup dan cili api hidup.
  • Bila dah pecah minyak tuangkan sardin dalam tin.
  • Gaulkan dengan tumisan tadi.
  • Ikut pada anda ada yang suka isi ikan dihancur dan ada yang suka seketul-ketul.

KP guna sardin jenama ini sebab ini sahaja yang sempat beli masa mula mula PKP. Asal syarat ada bukan ?Sardin yang ini sosnya adalah sos tomato. Itu yang KP tambahkan cili agar pedas tetapi tak sangka berapi. Haa… Lihat dari isi dia nampak cantik, tak pecah dan kuah pun pekat.

Inilah hasilnya selepas berperang diatas dapur.

Satu peringatan untuk anda yang ingin mencuba resipi ini , silalah tambah cili-cili ini mengikut kepedasan anda. Lagi banyak cili diletakkan lagi pedas jadinya. Anda yang suka pada makanan pedas ,mesti suka . Oh ye hidangan ini bukan setakat dimakan bersama cukentang. Boleh makan dengan nasi panas maupun roti.

KP pun siap repeat makan sardin berapi nie waktu sahur. Nak masak terutama masa time sahur nie mungkin agak kekangan masanya. Jadi dengan resipi ini mudah dan ringkas untuk anda. Apa lagi jom masak .Segi Fresh Market



About The Author

2 thoughts on “Sardin Berapi Masakan Mudah, Cepat Dan Pastinya Lazat”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top