Saman Malu Antara Dato Seri Vida Dan Azwan Ali Gimik Ke?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saman Malu Antara Dato Seri Vida Dan Azwan Ali Gimik Ke? | Dalam twitter penuh kecoh tentang kes ini! Kes yang melibatkan antara 2 individu dimana Dato Seri Vida i juga Azwan Ali. Berkesempatan untuk turun padang sewaktu sidang media diadakan serba sedikit membantu untuk memahami lebih mendalam atas kes saman malu yang ingin di kongsikan .

Ini adalah kenyataan media dari Dato Seri Vida untuk para media yang hadir dimana ianya agak sensitif dan juga berkaitan dengan isu penghinaan, caci-maki dan kebiadapan. Selain itu  Azwan Ali juga memuatnaik beberapa video aplikasi “twitter” atas nama
Diva AA” pada 28.1.2020 sehingga semalam, 9.2.2020. Berikut merupakan punca-punca MENGAPA saya AKAN memfailkan saman keatas Azwan Ali:

• Penghinaan dan kenyataan-kenyataan jahat atas kematian kedua-dua anak lelaki saya, dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada 8 tahun yang lalu, yang dituduh rentung.
• Penghinaan dan kenyataan-kenyataan jahat dan tidak benar dengan membakar minyak wangi OUD DIVA dan HERO pemberian ikhlas saya kepada Azwan Ali.

Perlakuan tersebut boleh diibaratkan seperti MEMBAKAR perniagaan saya. Beliau membakar minyak wangi dengan tuduhan winyak wangi BODOH yang seolah-olah tidak bernilai. Walaupun harga minyak wangi ini bernilai RM150 setiap satu dan tudung pemberian saya MASIH ada nilainya.
• Penghinaan dan kenyataan-kenyataan jahat serta kata-kata kesat terhadap personaliti dan fizikal saya termasuk tuduhan-tuduhan jahat seperti “wang haram” dan lain-lain.
• Penghinaan terhadap fizikal anak saya Cik B

Selain itu dikongsikan juga kronologi kejadian caci maki Azwan Ali mengapa perlu saman malu ini dilakukan,

Kronologi Kejadian Caci Maki Azwan Ali :

1. Karnival Cik B Vaganza Food Fest Tour 2020 (Angsana Johor Bahru Mall)
Kesinambungan dari kejayaan Karnival Cik B Vaganza Food Fest 2019 di Shah Alam, kami telah mengadakan Karnival Cik B Vaganza Tour 2020 di Angsana Johor Bahru Mall pada 23-27 Januari 2020 bagi memenuhi permintaan peminat-peminat saya dan Cik B di Johor Bahru dan Singapura. Di Johor Bahru seramai lebih kurang 30,000 pengunjung telah hadir bagi memeriahkan acara yang disediakan di samping menikmati makanan-makanan viral yang terdapat di karnival tersebut.

2. Bukan Hadir Sebagai Artis Jemputan
Penglibatan Azwan Ali pada Karnival Cik B Vaganza Food Fest bermula di Shah Alam lebih kepada memberikan ruang kepada anak saya Kacak untuk bertemu Azwan Ali dan juga memberikan ruang kepada Azwan Ali untuk membuat “content” bagi saluran “Youtube”nya. Azwan Ali telah bersetuju untuk hadir TANPA mengenakan sebarang bayaran. Sebagai tanda terima kasih, saya telah memberikan kepadanya minyak wangi OUD DIVA dan HERO serta sehelai selendang.

Keesokannya, Azwan ali hadir LAGI di Karnival Cik B Vaganza Food Fest 2019, Shah Alam. Memandangkan sambutan yang sangat luar biasa daripada orang ramai yang hadir ke Cik B Vaganza Food Fest 2019 di Shah Alam ini, dia telah hadir ke Cik B Vaganza Food Fest 2020 di Angsana Johor Bahru Mall. Saya tidak menjemput dia ke Johor Bahru sebaliknya saudara Roslan Shah selaku pengacara, telah menjemput Azwan Ali untuk hadir ke Cik B Vaganza Food Fest 2020 di Angsana Johor Bahru Mall ini, tanpa pengetahuan saya.

Dua hari sebelum event staff saya dihubungi oleh PA Azwan Ali menyatakan dia ingin terlibat sama sebagai vendor di Cik B Vaganza Food Fest 2020 ,Angsana Johor Bahru Mall dan saya telah bersetuju memberikan Azwan Ali, Booth berharga RM2,800.00. Azwan Ali bertemu dengan staff saya, Diyla dan meminta untuk naik ke Pentas. Azwan telah dimaklumkan bahawa sebenarnya slot telah penuh namun dia berkeras untuk naik ke Pentas bagi memeriahkan lagi event tersebut.

Dyila memberitahu jika Azwan Ali tetap ingin naik ke Pentas tiada sebarang bayaran akan dibuat dan Azwan Ali menyatakan dia tidak kisah tiada bayaran asalkan dia dapat naik ke Pentas. Kebetulan semasa slot beliau hampir selesai, saya juga baru sampai. Azwan Ali bersama-sama saya berceloteh dan mempromosikan minyak wangi OUD DIVA dan HERO diatas pentas.

Keesokannya pula, Azwan Ali hadir LAGI dan saya terkejut ‘Eh, beliau ada LAGI?’. Tanpa apa-apa prasangka saya dan Azwan Ali menyanyi Bersama sambil mempromosikan minyak wangi OUD DIVA dan HERO dengan memberikan tawaran istimewa kepada pengunjung yang hadir. Azwan Ali juga turut memberitahu mengenai kehebatan dan betapa WANGINYA serta MEWAHNYA minyak wangi saya. Beliau juga telah mengeluarkan minyak wangi OUD DIVA dan HERO dari beg beliau dan terus menyemburkan minyak wangi tersebut kepada pengunjung yang hadir akan bauan OUD minyak wangi ini yang SANGAT beliau sukai.

Beliau juga ada memberitahu kepada pengunjung bahawa beliau membawa wangian ini kemana sahaja kerana beliau sangat SUKA akan bauan minyak wangi saya ini. Setelah itu, beliau turun dari pentas dan saya meneruskan konsert bersama-sama artis yang lain.

3. Penghinaan Kepada Saya
Beberapa hari setelah selesai Cik B Vaganza Food Fest di Johor bahru, Azwan Ali telah memuatnaik satu video di Twitter. Dalam video tersebut, beliau telah membakar dua botol minyak wangi saya, OUD DIVA dan HERO serta selendang pemberian ikhlas dari saya yang mana kesemua barangan tersebut bernilai hampir seribu ringgit. Dalam video tersebut Azwan Ali telah memaki hamun serta menghina kematian anak-anak lelaki saya, menghina bentuk fizikal saya dengan kata-kata kesat gara-gara tidak diberikan bayaran bagi
penampilan beliau pada Cik Vaganaza Food Fest 2020, Johor Bahru.

Saya sangat terkesan dengan tindakan ini, yang mana menjejaskan KREDIBILITI saya, IMEJ saya, MARUAH saya, EMOSI saya dan mengganggu jualan produk saya terutamanya minyak wangi OUD DIVA dan HERO. Kejadian ini menyebabkan saya menjadi murung dan mengganggu kesihatan saya. Ramai pula yang rasa ragu-ragu, perkataan minyak wangi BODOH yang dimuatnaik dalam video
beliau sangat mengganggu jualan minyak wangi saya.

Tidak cukup dengan tohmahan terhadap minyak wangi saya, Cik B pula menjadi mangsa keadaan apabila beliau turut menghina bentuk fizikal Cik B serta memaki hamun Cik B pula di Twitter. Kejadian ini, membuatkan Cik B rasa rendah diri dan berasa sangat sedih.

4. Penghinaan Kedua – Rupa Paras Cik B dan Tragedi Kematian Anak Lelaki

Makian dan carutan tidak berhenti sebegitu sahaja, beliau telah memuatnaik video kedua di Twitter. Kali ini, beliau bukan sahaja memaki hamun saya, tetapi beliau menghina rupa paras anak perempuan saya Cik B serta menyentuh mengenai tragedi hitam yang berlaku keatas keduadua anak lelaki saya dan kedua-duanya telah meninggal dunia dalam kebakaran pada 8 tahun yang lalu. Sedangkan peristiwa tragis ini amat sensitif bagi saya atau sesiapa sahaja yang bergelar ibu atau sesiapa sahaja yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi pahit seperti ini.

Saya sendiri berusaha untuk tidak mahu mengingati peristiwa yang sangat sedih dan menyayat hati. Tetapi telah dipermainkan dan dikaitkan dengan cara kematian anak saya yang dikatakan rentung tetapi sebenarnya kematian mereka berdua adalah berpunca dari lemas asap.

5. Saman terhadap Azwan Ali
Memandang Azwan Ali telah membuat perlakuan kebiadapan yang berterusan, saya menyerahkan tugas ini kepada peguam saya untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Azwan Ali.

KP harap kedua pihak dapat menyelesaikan perbalahan atau pertelingkahan saman malu ini secepat mungkin. Dua-dua adalah orang terkenal dalam industri seni jadi janganlah ianya menjadi titik hitam permulaan 2020. Kalau boleh biarlah saman malu ini tidak diteruskan.



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top