Sadako Filem Hantu Jepun Dari Perigi Temui Anda 17 Okt 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sadako Filem Hantu Jepun Dari Perigi Temui Anda 17 Okt 2019| Si hantu berambut panjang penunggu setia di perigi.Terkenal dengan hantu yang menakutkan dari perigi dan memperlihatkan hantu keluar dari televisyen antara identiti yang ada kena mengena dengan filem Sadako versi tahun 1998 .

Filem Sadako ini berasal dari Jepun bergenre horror. Ianya di arahkan oleh Hideo Nakata dibawah produksi Kadokawa Pictures. Jika anda peminat cerita bergenre horror, nama Sadako bukanlah sesuatu baru buat anda . Filem ini dihasilkan dari novel berjudul ‘Tide’ karya Koji Suzuki. Untuk tahun 2019 ianya lebih relevan dengan kehidapan masa kini dimana ianya lebih menyeramkan. Pelakon Elaiza Ikeda dan Himeka Himejima antara watak utama yang dimainkan dalam filem ini

Sinopsis Sadako 2019

Mayu Akikawa, seorang penasihat psikologi di salah sebuah hospital. Seorang kanak-kanak ditemui dalam keadaan tidak terurus. Selain itu kanak-kanak ini tidak bercakap walau sepatah walaupun bertanya namanya. Ianya misteri dimana kanak-kanak ini tidak mengingati apa apa langsung tentang identitinya. Kemungkinan mengalami gangguan kesihatan mental.

Maya mencari jalan untuk memulihkan keadaan mentalnya dan dari situ terjadi sesuatu kejadian yang bersangkut paut dengan adik Mayu bernama  Kazuma (Hiroya Shimizu)

Kazuma (Hiroya Shimizu) seorang YouTuber berkongsi setiap video yang dihasilkan. Graf penonton tidak berapa baik jadi Kazuma perlu mencari bahan baru untuk menaikkan semula. Kazuma telah merakam vlog disalah sebuah kawasan misteri (rumah terbakar) yang menjadi kawasan larangan.

Selepas merakam video itu, Kazuma dilaporkan hilang. Sewaktu Mayu mencari Kazuma dan melihat rakaman vlog di YouTube menemu informasi baru dimana ada gambaran kelibat berwarna putih dengan rambut terjuntai ke depan mucul didalam rakaman vlog Kazuma.

Video ini dirakam di kawasan larangan yang menjadi salah satu tempat kejadian dimana Kazuma sanggup memasuki ke kawasan dimana 5 orang meninggal akibat kebakaran.

Dalam insiden ini dikatakan puncanya adalah dari Sadako. Nama Sadako mula meniti dibibir semua akan seperti sumpahan darinya. Mulalah pencarian sebenarnya di sebalik kisah lampau.

Trailer Sadako 2019

Adakah Mayu sempat menjumpai Kazuma ? Siapakah Sadako sebenarnya?

Siapakah penyebab yang menyebabkan rumah itu terbakar atau disebaliknya

Semua ini bakal terjawab di dalam filem Sadako yang ditayangkan di pawagam mulai 17 Oktober 2019. Jangan lupa setkan temujanji anda ya!

https://www.facebook.com/Kadokawaeigajp/



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top