Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2018 Mydin & SJ Echo Meriah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2018 Mydin & SJ Echo Meriah |Tahun demi tahun sudah berlalu dan tidak menyangka yang sudah memasuki tahun ke 6 Mydin USJ dan SJ Echo berkolaborasi untuk menjayakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2018 Mydin & SJ Echo. Buat pengetahuan anda SJ Echo adalah akhbar tempatan bagi komuniti Subang Jaya . Majlis seperti ini mampu memupuk nilai- nilai murni terutama sekali hormat – menghormati jua mewujudkan sefahaman diantara kalangan masyarkat majmuk yang tinggal di kawasan USJ ini.Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2018 Mydin & SJ Echo Meriah

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2018 Mydin & SJ Echo diserikan dengan kehadiran YB Hannah Yeoh Tseow Suan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan YB Wong Chen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelana Jaya. Antara yang hadir di majlis ini adalah wakil wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan seperi Majlis Perbandaran Subang Jaya, Polis Daerah Subang Jaya , Bomba & Penyelamat Daerah Subang Jaya juga tetamu- tetamu jemputan yang lain

“Setiap tahun Mydin & SJ Echo akan berganding bahu untuk memeriahkan para pengunjung dengan meraikan dalam sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2018. Sambutan ini merupakan tradisi tahunan di Mydin USJ bai mengeratkan silaturahim komuniti setempat dalam amasa yang sama mengetengahkan MYDIN sebagai pasar raya pilihan sekeluarga. Saya sangat menghargai usaha sebegini kerana ianya mampu menzahirkan persaan saling menghormai dalam kalangan masyarakat dan peluang untuk mendapat rakan-rakan yang baru. Saya berharap juga agar MYDIN USJ dan komuniti USJ akan terus mengekalkan sinergi ini samada melalui jaringan persahabatan mahupun perniagaan . Terima kasih kepada semua pelanggan yang setia berbelanja di MYDIN, Komuniti Bersatu , Bandar Sejahtera”

Kata-kata dari Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin- Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Tidak lengkap jika sambutan Tahun Baru Cina tanpa pemberian angpow. Kali ini seramai 20 orang warga emas dari Rumah Victory Puchong turut hadir , di raikan di dalam majlis ini dengan menjamu selera, pemberian angpow juga cenderahati dari pihak MAGGI. Terserlah wajah kegembiraan sewaktu menerima dimana masih ada lagi yang menyayangi dan meraikan mereka walaupun perayaan sudah sampai ke penhujung.

Dimulakan dengan persembahan tarian Singa bersama dengan paluan gendang. Kelihatan ramai pengunjung setia menanti gerak geri nya dan kemudian disusuli dengan gaulan YEE SANG. Acara wajib dalam setiap sambutan Tahun Baru Cina kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina ianya melambangkan kemewahan dan mampu memanjangkan usia sesorang. Wah ini sesuatu yang bagus ini. Bukan setakat ini sahaja para pengunjung yang hadir sejak dari jam 630 petang telah diserikan dengan pelbagai persembahan dari Angeline Wong artis yang telah memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) 2016 dalam kategori Artis Wanita Cina Terbaik dan artis jemputan yang lain. Cabutan bertuah buat pengunjung yangberbelanja RM88 dan ke atas dari 2 Mac sehingga 9 Mac 2018 di pasaraya. Di mana pelbagai hadiah menarik telah ditawarkan, antaranya seperti televsyen, mesin basuh dan banyak lagi.

Jamuan makan malam bermula dari jam 8 malam hingga ke 11 malam dimana pelbagai juadah disediakan diantaranya Yong Tau Foo, Bihun Goreng, Laksa, Nasi Ayam , Bubur Cha Cha dab banyak lagi kerana sebanyak 24 gerai telah mengambil bahagian untuk menghidangkan sajian ini secara PERCUMA. Apa kata jom lihat apa yang ada lagi di sini .

Sekali lagi sekalung tahniah dan terima kasih buat pihak MYDIN & SJ ECHO yang tidak pernah terlepas untuk menyambutnya setiap tahun sejak dari 2012. Antara sambutan yang ditu tunggu-tunggu bukan sahaja KP tetapi dari komuniti Subang Jaya kerana dengan sambutan ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kaum. Jumpa lagi tahun depan ye . Mungkin lebih meriah lagi dari tahun ini .



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge