ROXY DITAYANGKAN SLOT DAHLIA MULAI 25 JUN, BEST KE?

ROXY DITAYANGKAN SLOT DAHLIA MULAI 25 JUN, BEST KE? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Inginkan pembantu rumah yang cekap dan boleh dipercayai?

Penat dengan pelbagai karenah pembantu rumah yang merunsingkan, Aqil (Azlee Khairi) bertindak untuk mencari jalan penyelesaian secara alternatif.

Namun, beliau tidak menduga bahawa tindakannya bakal menimbulkan kekecohan dalam keluarganya. Malahan seluruh kawasan kejiranan turut riuh tentang Roxy, pembantu rumah baharunya.

SLOT DAHLIA TV3

Slot Dahlia TV3 bakal menayangkan Roxy, sebuah drama bersiri 20 episod terbitan oleh Aquila Emas Sdn Bhd bermula 25 Jun 2022, setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul  7.00 malam.

ROXY

Diarahkan oleh M.Nazir Juhan ataupun lebih dikenali sebagai Jet Lee merupakan nukilan skrip oleh Adza Emie, Azal Ezreen dan Intan Zarina Hassan.

Ia menggandingkan pelakon – pelakon handalan tanah air seperti Azlee Khairi, Eira Syazira, Nadiyah Shahab, Aqeesh Aleeya, Nik Adam Mika, Zizan Nin.

Ada juga Tony Eusoff, Zack Kool, Kween Keela, Oktovia Manrose, Roy Azman, Atu Zero, Chiwan Chilok, Amyza Aznan, dan ramai lagi

SINOPSIS ROXY

Drama bersiri komedi ini mengisahkan Aqil (Azlee Khairi) dan Arissa (Eira Syazira), sepasang suami isteri berkerjaya yang sering berhadapan dengan masalah pembantu rumah melarikan diri.

Kedua-dua mereka amat sibuk dengan kerjaya dan sangat mengharapkan pembantu rumah yang cekap dan boleh dipercayai. Menguruskan dua orang cahaya mata, iaitu Amira dan Amar

Apabila seorang demi seorang pembantu rumah melarikan diri, Aqil jadi buntu. Bertindak membawa pulang sebuah robot persis manusia yang telah rosak di dalam setor syarikatnya. Robot itu diberikan nama ROXY oleh Amar.

Pada peringkat awal kehadiran-nya (Nadiyah Shahab), kehidupan harian mereka lebih terurus dan berjalan lancar.

KEHADIRAN ROXY TARIK PERHATIAN

Sejak adanya Roxy, Aqil dan Arissa semakin sibuk dengan kerja manakala anak-anak mereka menganggap sebagai penjaga dan teman sebaya yang jujur, amanah dan setia.

Kehadiran-nya juga menarik perhatian jiran – jiran mereka serta menimbulkan kekecohan dan insiden yang lucu.

Aqil dan Arissa jarang bertegur sapa dengan jiran – jiran sehingga tiada sesiapa yang tahu tentang identiti sebenarnya.

JADI MENANTU?

Domi dan Bidin adalah pegawai keselamatan yang baru bertugas di taman perumahan itu. Mereka berdua telah jatuh cinta dengan Roxy yang dipercayai sebagai seorang gadis sempurna.

Pakcik Murad pula sangat kagum dengan Roxy dan berkenan untuk menjadikannya sebagai menantu. Ingin tahu apakah akan terjadi pada Roxy? Adakah robot ini merupakan penyelesaian terbaik?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan menerusi slot Dahlia mulai 25 Jun 2022, setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul  7.00 malam di TV3

Website |

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Previous Post

THE PERFECT COMPANION TO YOUR GALAXY Z!

Next Post

KUCATÉ HARGAI 10 RAKAN KONGSI DENGAN 999 GOLD WAFER, BEST!

Related Posts