Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Roh Yang Tak Terlihat – Gadis Dapat Melihat Roh Yang Telah Mati | Bagaimanakah perasaan seseorang itu memiliki kelebihan apabila mempunyai kemampuan melihat roh-roh manusia yang telah mati? Adakah kehidupannya menjadi tidak tenteram apabila sering melihat roh yang menyeramkan atau kelebihan yang digunakan itu mampu menyelesaikan sebuah persoalan?

Itulah yang dipaparkan dalam filem bergenre seram berjudul Roh Yang Tak Terlihat, kisah seorang gadis yang mempunyai kelebihan tersendiri. Bagaimanapun, kelebihan yang dimiliki itu ternyata agak sukar untuk dipercayai oleh orang sekeliling, terutama sekali ahli keluarga sendiri.Roh Yang Tak Terlihat - Gadis Dapat Melihat Roh Yang Telah MatiPengarahnya, Billy Christian memberitahu antara salah satu sebab dia mahu terlibat dalam pembikinan filem ini kerana ia merupakan adaptasi daripada kisah benar. Menurut Billy, semasa sesi temu bual berkenaan, dengan dibantu seorang ahli psikologi individu berkenaan turut berkomunikasi dengan roh orang yang telah meninggal dunia.Roh Yang Tak Terlihat - Gadis Dapat Melihat Roh Yang Telah Mati

“Dalam proses untuk menghasilkan filem ini, saya ada membuat satu sesi temu bual dengan individu yang dipercayai memiliki deria keenam. “Individu itu dikatakan mampu melihat dan berkomunikasi dengan makhluk yang tidak mampu dlihat manusia biasa. Sebenarnya, intipati jalan cerita dalam filem ini juga adalah hasil penceritaan daripada roh yang telah berkomunikasi menerusi individu tersebut,”

Sinopsis Roh Yang Tak Terlihat

Filem seram dari Indonesia ini menceritakan kisah sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ibu tunggal iaitu Lidya (Sophia Latjuba) bersama dua anak perempuannya, Saras (Estelle Linden) dan Laras (Bianca Hello). Saras, sejak zaman kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak lain umumnya kerana mempunyai kemampuan deria keenam atau disebut anak indigo.Roh Yang Tak Terlihat - Gadis Dapat Melihat Roh Yang Telah Mati

Sebenarnya, Saras dapat melihat makhluk yang tidak mampu dilihat orang lain seperti roh orang yanh sudah meninggal dunia. Bagaimanapun, keupayaan Saras dianggap tidak munasabah oleh ibu, Lidya sehingga menimbulkan konflik antara mereka. Apabila menginjak usia 17 tahun, Saras telah dirasuk sebanyak dua kali dan ia membuat Lidya bimbang dan meminta pertolongan daripada kakaknya, Rima (Roweina Umboh), seorang ahli psikologi.Roh Yang Tak Terlihat - Gadis Dapat Melihat Roh Yang Telah MatiPada suatu hari, Saras didatangi oleh roh seorang gadis yang bernama Dinda (Frisly Balqis) pelajar sekolah menengah yang meninggal dunia kerana dibuli oleh seorang pelajar bernama Citra (Aliyah Faizah). Roh Dinda datang menemui Saras untuk memberitahu sesuatu kepada ibu Dinda.Roh Yang Tak Terlihat - Gadis Dapat Melihat Roh Yang Telah Mati

Setelah ditayangkan di Indonesia, filem terbitan Skylar Pictures ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 12 April 2018. Untuk pasaran di negara ini, Empire Film Solution Sdn. Bhd. dan Cashmere Studios bertindak selaku pihak pengedaran dan pemasaran untuk filem Roh Yang Tak Terlihat.

Trailer Roh Yang Tak Terlihat




Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge