Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends di Quill City Mall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends di Quill City Mall|Sambutan Ramadan bakal berakhir dan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma dalam kurang 7 hari. Bagaimana dengan persiapan raya anda ? Dah siap seuanya ke belum ? Di Quill City Mall kali ini sedang berlangsungnya kempen Raya dari 23 Mei hingga 9 Jun 2019. Memandangkan lokasi Quill City Mall Kuala Lumpur di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur berbesar hati mengadakan sambutan bersejarah perasmian Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends.

Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends.

Didi & Friends merupakan salah satu produk Digital Durian, program TV kanak-kanak popular yang menampilkan pendidikan, interaktif dan nyanyian menarik termasuklah bercerita untuk kanak-kanak. Dengan kejayaan dan sambutan pengunjung semasa Karnival 1Bilion Didi & Friends pada September 2018 di Quill Convention Centre, dijangkakan kanak-kanak dan keluarga bakal menikmati sambutan istimewa Hari Raya bersama Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends ini.

Tahun ini, tema raya bertemakan pengembaraan Didi & Friends ke pantai untuk sambutan Hari Raya; tema pantai yang santai dan tenang gabungan elemen sambutan Raya secara tradisional dan moden. Dikelilingi dekorasi warna-warni lampu di Atrium Utama, rumah pantai, pokok kelapa, pemandangan laut yang visualistik, dan potongan papan Didi antara dekorasi Raya kami yang tidak boleh dilupakan.

Kawasan bertemakan pantai di Atrium Utama untuk keluarga dan kanak-kanak berbuka buka puasa dan sesi santai di tepi pantai dengan beg kekacang berwarna-warni. Konsep terbuka dan bebas yang membolehkan kanak-kanak berkumpul dan bersosial antara satu sama lain. Barang-barang Didi & Friends juga akan dijual sepanjang kempen ini, para pengunjung boleh dapatkan produk Didi & Friends di Foyer Pintu Masuk Utama, Aras Bawah.

Pengunjung yang mencari baju-baju untuk digayakan sempena Hari Raya ini, anda boleh memilih dan membeli pelbagai baju menarik yang ada dijual di reruai Raya kami. Reruai fesyen Raya ini terletak di Main Atrium Quill City Mall KL. Dapatkan fesyen terbaharu Hari Raya, rakam gambar anda dan kongsikan bersama rakan-rakan.

 Sambutan Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends ini telah dimulakan dengan persembahan tarian. Dato’ Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan Quill, Ng Chee Kheong, Ketua Pegawai Operasi  Kumpulan Syarikat Quill, Encik Alan Cheong, Pengurus Pusat Quill City Mall Kuala Lumpur dan Joseph Teo, Naib Presiden, Pemasaran Quill City Mall Kuala Lumpur akan merasmikan sambutan ini.

“Dengan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) dari Quill City Mall KL, satu program We “Sea” Your Wish akan diadakan sepanjang tempoh kempen iaitu dari 23 Mei hingga 9 Jun 2019, bersempena sambutan Ramadan dan Hari Raya. Dengan inisitaif ini, para pengunjung akan berpeluang menyumbang kepada Rumah Anak Yatim Yayasan Chow Kit dengan menunaikan impian mereka menerusi kad ucapan yang dipamerkan di We “Sea” Your Wish Display Area di Atrium Utama, Aras Bawah.

Kami berharap dengan program ini, kanak-kanak dapat bergembira dan menggalakkan orang ramai untuk turut serta dalam festival keamanan, refleksi dan dipenuhi dengan kebaikan; sambil mengingati mereka yang kurang bernasib baik di dunia. Seperti biasa, kami ingin sebarkan kasih sayang dan kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik sebagai kenangan Hari Raya yang tidak akan dilupakan pada tahun ini,”

-Dato’ Ar. Micheal Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Quill.

Untuk menyertai We “Sea” Your Wish:

  1. Pilih satu (1) daripada kad ucapan kanak-kanak.
  2. Tulis mesej anda pada bahagian belakang kad.
  3. Hantarkan kad ucapan tersebut bersama hadiah ke Kaunter Khidmat Pelanggan.
  4. Kami akan bantu anda untuk serahkan hadiah kepada kanak-kanak pada akhir kempen.

Penampilan Maskot Didi & Friends Sempena Rileklah! Raya 

Setiap hujung minggu bermula 23 Mei hingga 9 Jun 2019, jangan ketinggalan untuk menanti ketibaan mascot Didi & Friends dan saksikan persembahan mereka di Atrium Utama, Aras Bawah. Peminat Didi & Friends juga berpeluang bertemu dengan karakter kegemaran mereka, merakamkan gambar, menyanyi serta menari bersama Didi & Friends.

Pertandingan dan Promosi Hari Raya

Penebusan Raya kami yang unik adalah sampul duit Raya bersama pelekat Didi & Friends, Didi & Friends Zoomoov Ride, Carousel Ride, Guess & ‘Sea’ Voucher Redemption, pertandingan foto “Spot Didi & Friends” dan banyak lagi aktiviti menarik bakal menanti anda di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang untuk menebus hadiah edisi terhad sepanjang Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends apabila anda datang ke Quill City Mall, Kuala Lumpur. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Kami juga ada pertandingan foto “Spot Didi & Friends” yang mana para pengunjung boleh menikmati momen bermakna dengan merakamkan gambar bersama rakan-rakan dan keluarga pada Hari Raya ini. Hiasan menarik dan terbaharu disediakan semata-mata untuk rakaman gambar. Pertandingan ini berlangsung dari 23 Mei hingga 9 Jun 2019, satu gambar hanya sah untuk satu penyertaan, pengunjung dibenarkan untuk masuk tanpa had, dan:

  1. Cari Didi & Friends di Quill City Mall KL
  2. Pos gambar anda bersama Didi & Friends dan dekorasi Hari Raya di Facebook
  3. Letakkan tanda pagar #RayabersamaDidiandFriends dan tag @Quill City Mall KL
  4. Pastikan hantaran anda sudah disetkan kepada ‘Public’.

TIGA (3) pemenang dengan gambar yang paling kreatif akan memenangi baucar tunai MR D.I.Y bernilai RM300.00 seorang.

Makan, Minum, Main dan Menang (MMMM)

Tidak lupa juga, pertandingan Makan, Minum, Main dan Menang (MMMM) berlangsung dari 18 Mei hingga 31 Julai 2019 menampilkan 2,000 hadiah berbeza seperti tiket wayang PERCUMA, baucar membeli-belah, makanan ringan, permainan kanak-kanak dan hadiah misteri untuk dimenangi.

Datang dan berbelanja untuk keperluan Hari Raya anda di Quill City Mall KL dan berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah kami yang akan memenangi pelbagai hadiah menarik di pertandingan Makan, Minum, Main dan Menang!

Untuk sertai:

  1. Belanja sekurangnya RM30 untuk setiap resit di mana-mana restoran Makan & Minum di Quill City Mall KL
  2. Tebus penyertaan dengan mengisi borang di Kaunter Khidmat Pelanggan
  3. Pilih satu helai kertas daripada Dinding Tikam MMMM
  4. Tebus hadiah anda!

 

Dengan kerjasama daripada AirAsia BIG Loyalty sebagai Rakan Kongsi Rasmi Setia, pengunjung boleh menebus 2 nilai mata BIG dengan setiap RM1 yang dibelanjakan pada hari biasa dan 1 nilai mata AirAsia BIG Point untuk RM1 pada hujung minggu di mana-mana kedai di Quill City Mall KL. Ahli boleh menukarkan nilai mata BIG dengan tiket penerbangan bermula daripada 500 nilai mata AirAsia BIG. Tertakluk kepada terma dan syarat.

kan lagi sambutan santai Hari Raya bersama kami. Dapatkan salinan brosur Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends untuk maklumat lanjut mengenai kempen Hari Raya kami. Untuk soalan dan penyertaan tentang promosi serta program Quill City Mall, lawat laman Facebook, Instagram: QuillCityMallKualaLumpur atau laman web kami http://www.quillcitymall.com.my.



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top