Filem: Ribbit – “Bila Si Katak Melompat” Bakal Mencuit Hati

Filem: Ribbit – “Bila Si Katak Melompat” Bakal Mencuit Hati
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ribbit
Ribbit
“Ribbit” sebuah cerita animasi 3D mengisahkan seekor katak yang mengalami krisis identiti telah memenangi ” Anugerah Filem Keluarga Terbaik” semasa tayangan perdana dunia di Niagara Integrated Film Festival 2014 yang telah berlangsung di Canada pada hari sabtu Jun 21, 2014
Filem Ribbit diarahkan oleh Chuck Powers menggunakan suara-suara artis terkenal Hollywood seperti Sean Astin (Lord Of The Rings), Tim Curry (The Hunt for Red October) dan pelawak antarabangsa Russell Peters (Fast Food Nation) di mana rakaman suara telah di lakukan di Los Angeles California. Pembangunan dan kerja pos produksi telah di jalankan di Cyberjaya, Malaysia sementara produksi animasi telah di lakukan di Cyberjaya dan Mumbai, India. Segala rendering dilakukan di Hong Kong, China sekali gus menjadikan “Ribbit”sebuah projek global yang berlatarbelakangkan hutan Amazon.
14
 
Ribbit kini sudah mendapat tempahan melebihi 80 buah negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, Jerman, Jepun, China, Korea Selatan dan kebanyakkan negara tersebut akan mengalih bahasa ke bahasa tempatan mereka. Filem ini juga telah diadaptasikan ke dalam Bahasa Malaysia diarahkan oleh pengarah filem tempatan Mamat Khalid dan menampilkan suara-suara artis tempatan seperti Johan Raja Lawak, Elfira Loy, Awie, Datuk Aznil Hj Nawawi, Izzue Islam dan ramai lagi.
13
16
Peneraju utama dan strategis projek ini, Norman A. Halim, Penerbit Eksekutif, juga selaku Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU berkata, “Kami amat berbesar hati dan teruja setelah menerima pengiktirafan dalam penglibatan pertama kami dalam arena animasi. Kami telah berkecimpung di dalam perniagaan industri hiburan sejak tahun 1992, walaubagaimanapun, menyedari bahawa cara untuk kami menembusi pasaran global adalah melalui filem-filem animasi dan rancangan televisyen. Bagi penghasilan filem “Ribbit,” kami telah mengumpulkan bakat-bakat hebat di rantau ini.
MAK-ROMPI
“Ribbit” menceritakan tentang seekor katak yang mengalami krisis identiti mengembara di hutan dalam pencarian halatuju hidupnya yang sebenar; menyedari bahawa menjadi seekor katak yang beracun adalah lebih baik dari menjadi seorang putera raja. Filem ini bakal menemui penonton pada 4hb September 2014 dan juga bakal diedarkan dalam format Stereoscopic 3D.
 

#kitepunye #filem #animasi #ribbit #katak
logo

About The Author

1 thought on “Filem: Ribbit – “Bila Si Katak Melompat” Bakal Mencuit Hati”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top