REVIEW

Resipi Cookies & Cream POKKA Cup ; Mudah & Senang

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Resipi Cookies & Cream Pokka Cup dikongsi bersama buat anda semua dimana ianya mudah dan senang. Sewaktu KP diuji untuk membuat resipi dengan menggunakan produk Pokka terutama sekali Cookies & Cream agak mencabar juga. Puas di cuba, di cari, di uji dan akhirnya inilah resipi yang bakal KP kongsikan bersama.

Kalau anda semua ada membaca entri yang sebelum ini tentang produk Pokka pastinya anda tahu yang Pokka bukan sahaja mengeluarkan kopi tetapi ada juga pelbagai perisa yang lain seperti Melon Milk, Honey Lemon , Cappucino dan lain-lain lagi. Produk Pokka bukan sahaja boleh diminum terus tidak kira sejuk atau ‘room tempreature’ tetapi juga boleh dibuat sebagai bahan sampingan untuk digunakan dalam resipi.

KP memilih resipi ini untuk dikongsi bersama anda dimana ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk menyediakan dan bahan yang digunakan pun senang didapati. Sesuai untuk di buat sebagai minum petang, manisan untuk berbuka puasa ataupun Hari Raya nanti. (advance kan !!!)

Resipi Cookies & Cream Pokka Cup

30 keping biskut cookies & cream

1 cawan kecil air Cookies & Cream

100gm cream cheese

Cara- cara membuatnya

  1. 30 keping biskut cookies & cream dihancurkan sehalus yang boleh. Anda boleh mengetuk, melenyek mahupun blend
  2. kemudian tuangkan bahan di (1) kedalam mangkuk
  3. Campurkan 100gm cream cheese kedalam bahan (1)
  4. Campurkan 1 cawan kecil air Cookies & Cream Pokka ke dalam bahan (1)
  5. Pastikan ianya dituang kedalam adunan dan kacau hingga sebati
  6. Bahan (1) yang telah dikacau hingga sebati seperti ini
  7.  Kali ini tak jadi buat “balls” kerana adunan agak basah , Jadi guna sudu sahaja masukkan ke dalam mangkuk kertas (cup)
  8. Kalau gunakan scoop aiskrim lagi lawa bentuknya.. 
  9. masukkan kedalam peti sejuk dalam 3-4 jam supaya adunan menjadi sejuk dan beku .
  10. Hasilnya selepas disejukbeku (maaf rupanya agak senget benget sbb biasa buat “ball”)
  11. jika anda mengeluarkan adunan tadi dan ianya tidak melekat pada mangkuk kertas maksudnya ia sudah sejuk beku dan boleh di makan.
  12. Hidangan ini boleh dimakan begitu sahaja atau pun dimakan bersama aiskrim. tetapi pesanan KP jaga-jaga kerana bagi KP hidangan KP ini adalah manisan. Apabila disebut manisan pastinya ianya manis bukan.

So ini lah resipi yang KP kongsikan buat anda semua. Cubalah mana tahu sedap dan menyelerakan bukan?? Yang penting senang dibuat dan ringkas. Tak payah nak pening-pening buat hari ini esok lusa pun boleh makan ye