REVIEW TRAVEL

KL Tower Sky Box Tarikan Terbaru di Menara KL

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Adakah anda inginkan sesuatu yang mencabar?
Adakah anda ingin ber-selfie atau ber-wefie berlatarbelakang Kuala Lumpur ?

KL Tower Sky Box

Semua umum tahu yang Menara KL memang terkenal dengan ketinggiannya dan bukan itu sahaja dimana ianya juga adalah salah satu tarikan pelancong dalam negeri mahupun luar negeri untuk melihat pemandangan indah sekitar Kuala Lumpur. Kali ini Menara KL tampil dengan tarikan terbaru iaitu KL Tower Sky Box.

Tarikan terbaru KL Tower Sky Box

KL Tower Sky Box

KL Tower Sky Box bakal memberikan pengalaman unik dan moment terindah kepada para pelancong untuk menikmati panorama Kuala Lumpur. Ini seoalah-olah anda berada di terawang-awang di udara di dalam kotak lutsinar ( see through).  Pada ketinggian 300 meter , Sky Box ini boleh memuatkan sehingga 6 orang pada satu-satu masa di mana ianya dapat menampung berat sehingga 600kg. Ianya memang menakjubkan di mana dengan adanya KL Tower Sky Box memberikan pemandangn yang tidak pernah di lihat atau dirasai sebelum ini.

KL Tower Sky Box

Idea untuk menghasilkan KL Tower Sky Box ini tercetus apabila pihak pengurusan Menara Kuala Lumpur memikirkan sesuatu produk yang inovatif iaitu menggunakan ketinggian Menara Kuala Lumpur sebagai nilai tambahan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Sky Deck. Semestinya di Sky Deck juga pemandangan yang ada memang mengagumkan semua yang hadir. Apabila berada di Sky Box ini, ianya akan mencabar tahap keberanian dan kegayatan pada ketinggian. Apa sahaja aksi yang anda lakukan, rakamkan gambar dan lihat sahaja nanti hasilnya

KL Tower Sky Box

Bagi KP yang memang gayat atau takut pada ketinggian menyahut cabaran untuk mencuba KL Tower Sky Box. Perlu membuka kasut sebelum memasuki Sky Box. Pada mulanya setiap langkah pastinya tangan KP tidak lekang dari pemegang tetapi bila sampai di penghujung, sikit demi sedikit KP hilangkan ketakutan itu. Reaksi muka pada mula memang nampak cuak , nampak takut tapi akhirnya berjaya. Pendapat KP jika anda naik KL Tower Sky Box di waktu malam mungkin lagi cantik sebab pemandangan Kuala Lumpur lagi indah di waktu malam dengan lampu berwarna -warni. Jika anda naik pada waktu siang hari , pemandangan sekeliling Kuala Lumpur pastinya tersemat didalam gambar anda. Itulah moment yang indah.

KL Tower Sky Box

Oh ya Sky Box adalah lutsinar jadi tak kira duduk , berdiri atau apa sekali aksi yang dilakukan jika dipandang ke bawah anda dapat lihat dengan jelas ye. Yang takut tu, jangan panik just tarik nafas dan anggap tiada apa-apa ye. Tengok sempat lagi buat Yoga berlatarbelakangkan Twin Tower KLCC. Berjaya mengatasi kegayatan tapi Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya KP sewaktu duduk melihat ke bawah

KL Tower Sky Box

Bayaran KL Tower Sky Box

Pastinya anda ingat ada bayaran tambahan untuk ke sini ?? TIDAK .. !!! Bayaran sekali masuk RM 75.00 (MyKad) dan RM 105 (Tanpa MyKad) berpeluang untuk mengunjungi ke Sky Box selain ke Observation Deck . Ianya satu keistimewaan di mana para pengunjung dibenarkan bergambar dengan menggunakan telefon bimbit atau kamera persendirian tanpa dikenakan bayaran sampingan
Entri lain tentang Menara KL

Mini Zoo di Menara KL
Coral Blue Aquarium di Menara KL

KP dah cuba, memang pengalaman yang menyeronokkan bagi KP yang mempunyai kegayatan. Apa lagi jom cuba memandangkan cuti sekolah dah tiba.

Layari

Website Menara KL

Facebook Menara KL

#kitepunye #kitepunyedotcom #media #mediaview#mediareview #skybox #skyboxmenarakl #kltower#menarakl #menarakualalumpur