REVIEW

Healthland Wellness Spa, Setia Alam Menjadi Pilihan KP Kali Ini

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berkesempatan berkumpul bersama rakan-rakan blogger yang lain untuk turut sama mencuba perkhidmatan yang ditawarkan di Healthland Wellness Spa, Setia Alam tidak dilepaskan.. Jemputan yang KP terima dari Carol Lam di sambut dengan riang. Dapat juga KP mencuri masa dari kesibukan seharian KP untuk memanjakan diri sendiri selepas penat berkerja. Kami semua berkumpul sejak 1.30 petang sambil menunggu rakan yang lain tiba berkongsi cerita kerana sudah lama tidak berjumpa

Healthland Wellness SpaDi Healthland Wellness Spa bukan sahaja menawarkan perkhidmatan urutan untuk tangan,kaki dan badan tetapi juga manicure, pedicure, dan yang paling best ada kafe dan pelbagai barangan yang “rare” dijual disini. Setiap perkhidmatan mahupun program kesihatan yang ditawarkan semuanya bercirikan gaya hidup holistik. Tidak kira lelaki mahu pun perempeuan semua boleh menikmatinya . nak tahu apa dia, jom baca.. !!!

Healthland Wellness Spa

Di Healthland Wellness Spa, Setia Alam KP diberi peluang untuk merasai sendiri perkhidmatan yang di tawarkan dan pastinya KP akan berkongsi bersama anda untuk membezakan setiap servis. Perkhidmatan yang ditawarkan ialah:

  • Hand Paraffin
  • Foot Treatment – 60 minit
  • Urutan Thai (Satu Badan)- 60 minit

Ruang lobi ataupun kawasan menunggu.

Sewaktu masuk, mata seakan terpaku dengan keindahan dan kecantikannya. Berkonsepkan dari negara seberang Bali secara keseluruhan ianya luas, cantik dan kemas.

Healthland Wellness Spa Ruang mendaftar

Disinilah dimana anda perlu mendaftar perkhidmatan mana yang anda inginkan. Pilih sahaja dari pakej yang ditawarkan dan pastinya akan berpuas hati. Setiap pelanggan dijaga oleh seorang terapist. Terapist ini terlatih dimana mereka perlu mengambil latihan dan mendapat sijil sebelum menjadi terapist. Jadi tidak perlu rasa ragu ye..Healthland Wellness Spa

Servis yang di tawarkan

Hand Paraffin

Hand paraffin. KP berada di sini untuk membuat hand paraffin. “Amante – Nail spa & Body Care”

Healthland Wellness Spa Pelbagai produk di pamerkan di sini yang menjadi kegunaan sewaktu memberikan rawatan kepada para pelanggan. Healthland Wellness Spa Antara tempat untuk membuat rawatan nail spa. Selesa tau bila berada di sini dengan lagu melodi yang di pasang dan bau aromaterapi sedikit sebanyak membuatkan hati rilex dan tenang. Ini adalah antara sebab kenapa perlu spa untuk merehatkan diri seketika dari pelbagai kesibukanHealthland Wellness Spa Hand Paraffin di buat untuk membuang sel-sel yang telah mati agar tangan kelihatan lebih sihat dan lebih lembutHealthland Wellness Spa Sebelum tangan di wax -kan , tangan KP telah di sapu krim terlebih dahulu. Kemudian alat wax di check suhunya sebelum tangan di celup agar tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Selepas itu tangan kita akan dibaluti dengan plastik.Biarkan selama 20 minit (anggaran).Healthland Wellness Spa Tangan di celupkan ke dalam wax. Cuma hingga ke pergelangan tangan sahaja ye. Di celup dalam kiraan 5.Healthland Wellness Spa Selepas itu, tangan di balut dengan plastik selama 10 minit agar ia memberi impak pada tangan yang di wax tadi
Healthland Wellness Spa Inilah kerja kami sementara nak tunggu 10 minit itu, bergambarlah kami.Healthland Wellness Spa Dan lagi. Seronok dapat berjumpa rakan blogger yang lain yang kebetulan baru sahaja menyambut tahun baru 2016Healthland Wellness Spa Cukup masa 10 minit, plastik di tanggalkan dengan lembut dan perlahan. Bukan berakhir di sini sahaja ye, tangan kami di losyen dan diberikan urutan tangan dengan lembut.
Healthland Wellness SpaTerasa perbezaan tangan sebelum dan selepas di wax. Pastinya lebih lembut dan berseri

Healthland Wellness Spa

Foot Treatment

Foot treament kali ini mengambil masa 60 minit. Ianya dimulakan dengan

Kaki di cuci disini terlebih dahulu Healthland Wellness Spa Batu-batu yang di gunakan untuk foot treatment
Healthland Wellness Spa Kaki di gosok dengan air Healthland Wellness Spa Kemudian di cuci dan dibilas dengan air
Healthland Wellness Spa

Naik ke bilik Foot Treatment

Bilik foot treatment ini adalah untuk uniseks dimana lelaki dan perempuan di urut di sini. Jika anda inginkan privasi anda boleh memberitahu dengan awal supaya persediaan boleh diadakan.
Healthland Wellness Spa

Bising ke ? Macam mana nak ‘feel’ bila di urut?

Soalan ini ada jawapannya. Untuk setiap pelanggan yang datang dan membuat foot treatment , secara automatik diberikan headphone untuk digunakan. Tiada istilah bising atau mengganggu para pelanggan yang lain. Bilik ini juga dalam keadaan yang gelap jadi jika anda ingin merehatkan badan dan mata boleh sahaja kerana ianya mengambil masa lebih kurang 60 minit untuk selesa
Healthland Wellness SpaBerada di dalam bilik foot treatment ini seperti berada di panggung wayang. Di lengkapi dengan skrin besar untuk menonton filem sambil kaki di urut oleh terapist. Sambil di urut manja , sambil menonton wayang terasa tenang dan ringan sahaja diri ini. Bukan semua tempat ada kelengkapan sebegini.Healthland Wellness Spa Lihatlah para terapist tekun mengurut para pengunjung. Mereka ini semuanya mempunyai sijil pengiktirafan dalam urut-mengurut jadi tidak perlu risau jika tersalah urut atau tidak pandai mengurut. Healthland Wellness Spa Sempat posing lagi .. hihihi… Healthland Wellness Spa

Ok dah selesai foot treatment jom ke seisi urutan yang terakhir di Healthland Wellness Spa

Urutan Thai (Satu Badan)- 60 minit

Ini adalah di antara bilik urutan yang ada di Healthland Wellness Spa di Setia Alam ini. Ada bilik untuk individual, mahupun pasangan. Pemilihan bilik pula berdasarkan jenis perkhidmatan urutan yang telah di tempah. Ada juga bilik yang di gunakan berdasarkan kekosongan sewaktu itu.

Healthland Wellness Spa Indah bukan bilik urutan ini. Healthland Wellness Spa Untuk pasangan mahupun datang bersama rakan, KP rekomenkan bilik ini, Tapi masih bergantung kepada kekosongan tau.Healthland Wellness Spa Urutan Thai yang di tawarkan ialah selama 60 minit. Sebelum di urut terasa berat di leher dan bahu mungkin kerana terlalu banyak angin memandangkan KP berkerja di dalam bilik aircond. Jadi KP memilih untuk urutan Thai Tradisional

Sewaktu bermula therapist KP bertanyakan jika KP inginkan urutan yang lembut, sederhana mahupun kuat. Memahami badan sendiri KP mohon untuk sederhana. Lilin aromaterapi di nyalakan sebelum memulakan urutan. Urutan di buat dengan lembut dan perlahan menggunakan minyak aromaterapi agar dapat menjadikan badan lebih rilex dan ringanHealthland Wellness Spa

Dalam masa badan di urut oleh terapist yang terlatih, pastinya kedengaran bunyi angin yang lama tersimpan. Mana mungkin tiada angin tetapi KP salute pada mereka kerana bijak mencari di mana kumpulnya angin ini. Terasa perbezaannya sebelum dan selepas urutan badan oleh mereka ini. Ternyata ringan sahaja selepas urutan. Kena pergi lagi, selepas ini. Okay badan dah ringan , tangan dan kaki pun dah selesai urut jom gerak.

 Kafe One + Another

Kafe One + Another Sebelum pulang, jom singgah di kafe One + Another di mana ianya terletak didalam Healthland Wellness Spa ini sendiri.Kafe One + Another Pelbagai minuman tidak kira sejuk mahupun panas ada dihidangkan di sini. Harga pun berpatutan juga
Kafe One + Another Lemon mint tea iced and berry bea icedKafe One + Another cafe latteKafe One + Another Dessert atau manisan . Lihat sahaja kek yang ada dijual disiniKafe One + Another Coklat cake atau cheese cakeKafe One + Another atau fruit cake.. sedapnya. bertambahlah pula berat badan ni 🙂 Kafe One + Another Pai epal dan chicken pie . Buat mereka yang tidak menyukai kek bolehlah makan pastri Kafe One + Another Ini adalah pilihan KP . Epal jus menarik perhatian KP. Freshly squeeze juice tau…Kafe One + Another

Barangan Unik, Antik dan “Rare” di jual disini

Sambil menyelam minum air. Itulah peribahasa pepatah Melayu. Selepas berspa jalan jalan cuci mata mana tahu ada barangan yang berkenan di hati bukan

Kafe One + Another Kafe One + Another Barangan yang di jual di sini agak unik dan “rare” bagi KP. tak percaya jom layan beberapa keping gambar yang sempat KP rakamkanKafe One + Another Kafe One + Another

Unik dan moden

Kafe One + Another Kafe One + Another Kafe One + Another Kafe One + Another Betulkan KP kata. antara yang menarik hati KP yang di atas ini. Cuma belum berkesempatan untul menjadikan ia hak milik kekal.Kafe One + Another
Waaa… mesti anda semua tak sabar nak datang ke sini kan . Jadi sebelum KP menutup entri ini jom check it out pakej apa yang ada ditawarkan di  Healthland Wellness Spa di antaranya

Pakej- Pakej

Happier Hour Promotion

Healthland Wellness Spa Combine Package Healthland Wellness Spa New Happy Hour PackageHealthland Wellness Spa Healthland New ServicesHealthland Wellness Spa

Rawatan seperti manicure, pedicure dan treatment
Healthland Wellness Spa Healthland Special Get MoreHealthland Wellness Spa

Terima kasih sekali lagi buat Carol dan Healthland Welness Spa atas jemputan kali ini. Puas hati sebab bukan sahaja dapat merehatkan diri sebentar dan mendapat juga mencuci mata membeli barangan yang rare dan unik. Semuanya ada di jual di satu tempat tanpa perlu ke tempat lain. Senang bukan , jadi jom ke sini nak ??

Alamat Healthland Wellness Spa

HealthLand Subang Taipan

39, Jalan USJ 10/1E, 47620 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Indulgence Line : +6 03 8081 6255

HealthLand Kota Kemuning

5, Jalan Anggerik Vanilla, BE 31/BE, Kota Kemuning Seksyen 31,40460 Shah Alam, Malaysia.
Indulgence Line : +6 03 5525 2989

HealthLand SS2

35, Jalan SS2/67,
47300 Petaling Jaya, Selangor.
Indulgence Line : +6 03 7865 8313

Signature HealthLand Puchong

2, Jalan Puteri, 1/1, Bandar Puteri, Bandar Puteri Puchong,
47100 Puchong, Selangor.
Indulgence Line : +6 03 8051 8993

HealthLand Sri Petaling

47, Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.
Indulgence Line : +6 03 9054 9882

Signature HealthLand Setia Alam

Lot No. 2, Jalan Setia Prima K U13/K, Sek. U13, Setia Alam,
40170 Shah Alam, Malaysia.
Indulgence Line : +6 03 3362 3337

HealthLand Renaissance Hotel

Lot LGF, Lower Ground, LL12 & LL13, Lower Lobby, Renaissance Kuala Lumpur Hotel, Jalan Sultan Ismail, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.
Indulgence Line : +6 03 2724 0915

Signature Healthland Taman Desa

No 18 & 20, Jalan 4/109E, Off Jalan Kelang Lama, Taman Desa Business Center
58100 Kuala Lumpur
Indulgence Line : +6 03 7988 0633

Healthland Taman Connaught

No 42, Jalan Cerdas, Taman Connaught. Cheras
56000. Kuala Lumpur
Indulgence Line : +6 03 9107 8055

HealthLand Seksyen 14

No 15, Jalan 14/20, Seksyen 14,
46100 Petaling Jaya, Selangor.
Indulgence Line : +6 03 7932 0830

HealthLand Uptown Damansara

No. 116 & 118, Jalan SS21/35, Damansara Utama,
47400 Selangor.
Indulgence Line : +6 03 7731 8338
nak tahu lebih lanjut klik : Healthland Wellness Spa

#kitepunye #kitepunyedotcom #healthlandwellnessspa #spa