Review: 2015 Kecantikan Darinya Dari Butterfly Beauty Box

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau dah nama wanita semestinya kecantikan adalah salah satu perkara yang wajib di jaga senantiasa tidak kira sudah berkahwin mahupun yang “single”. Tahun ini KP mempunyai azam yang kecil yang ingin KP laksanakan iaitu untuk menjadi lebih feminin dan ayu. Boleh ke sebab karekter KP selama ini agak sedikit kasar ( pendapat terus terang dari rakan-rakan yang lain). Ingin juga muka yang comot ini di contengi dengan make-up make-up agar menjadi kelainan pada yang memandang. Tetapi KP takut dan gentar, mungkin kena bermula sedikit demi sedikit dari bawah. Perlukan bantuan dan sokongan dari semua

Opss sorry lari topik kejap.. Sorry sesangat biasalah masih lagi dalam mood tahun baru. Jom lihat apa yang ada dalam beauty box

2

Wow.. bermacam- macam ada di dalamnya .. Seronoknya KP nak explore dan menggunakannya.

L’occitane Ar Le’stenne

6

Yang ini adalah yang menjadi favourite KP hingga kini, Ianya adalah krim tanganPembungkusannya dan warnanya yang berwarna pink telah menarik perhatian KP sewaktu kali pertama KP membuka beauty box ini. Penutup krim berwarna pink lagi menyenangkan KP untuk membawa si kecil ini kemana-mana sahaja semestinya di dalam tas tangan. Apabila di buka sahaja penutup, baunya yang wangi memukau sebentar hati KP. Mungkin ada rakan-rakan yang lain mengatakan yang baunya biasa sahaja tetapi tidak buat KP. Apabila KP menggunakannya terasa kelembutan di tangan dan baunya juga senantiasa ada dan kekal. Baunya juga tidak terlampau kuat dan amat sesuai dengan KP

4

Garnier Skin Naturals.

Ini adalah salah satu produk yang KP menggunakkannya hingga kini. Pink colour memang menarik perhatian KP sejak awal tahun ini terutamanya barang-barang make up. Garnier adalah di antara produk penjagaan kesihatan yang amat popular di kalangan wanita. Dari masa ke masa Garnier akan memastikan yang ianya mengikuti perkembangan zaman sekarang dan juga trend terkini, Cleansing foam di datangi dengan Sakura Extract khas dari Jepun  Ianya memang lembut dan bila di gunakan ianya membersih muka dengan

7

 

Sakura White Pinkish Radiance Gentle Foam 

Foam pembersih wajah yang lembut untuk wajah putih cerah merona. Ianya diperkaya dengan Ekstrak Sakura, membersihkan dengan lembut dan menyeluruh, wajah menjadi tampak segar dan putih cerah merona dalam 7 hari. Formulanya lembut dan juga sesuai untuk kulit sensitif

 Sakura White Pinkish Radiance Intensive Whitening Mask

Masker dari Garnier di perkaya dengan ekstrak Sakura, bunga lembut yang berasal dari Jepang Essence yang di padu dengan Ekstrak Sakura, Vitamin b3, dan Vitamin CG dimana melembapkan kulit hingga ke lapisan bahagian dalam. Ianya juga membantu mencerahkan kulit wajah dan bintik hitam. Pada yang inginkan kehalusan tekstur kulit boleh juga menggunakan produk ini dan berita terbaik, – Sesuai untuk kulit sensitif

Sakura White Pinkish Radiance Sleeping Essence

Ianya melembapkan wajah hingga 24 jam dan membiarkannya bernafas selama Anda tidur. Dapat membantu mencerahkan warna kulit, menyamarkan bintik hitam, dan merawat kehalusan kulit. Bahan-bahan yang di dalamnya adalah paduan Ekstrak Sakura, Ekstak Buah-buahan, dan Vitamin CG. Jadi selepas memakai semestinya tidur anda akan lena. Bangun tidur dengan kulit putih cerah merona yang terasa lebih halus, lembut, kenyal, dan segar. Formula ini sesuai untuk kulit sensitif.

Aiyok, jom kite sama-sama mencantikkan diri dengan produk yang ada. Matlamat baru KP untuk lebih feminin dan cuba bermain dengan make -up , lipstick dan yang lain berkaitan dengan beauty.

#kitepunye #kitepunydotcom #beautybox 

 

 

 

 

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top