Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Redmi Note 5 & Pembukaan 6 lagi Mi Stores di Malaysia |Xiaomi, salah sebuah syarikat peneraju teknologi global, hari ini dengan rasminya melancarkan Redmi Note 5. Rangkaian telefon pintarnya yang terbaharu itu boleh didapati pada harga RM799 bagi varian 3 + 32 GB dan RM999 bagi varian 4 + 64GB. Redmi Note 5 menawarkan kualiti imej kameranya yang mengagumkan serta prestasi yang tiada tandingannya dalam julat harga berkenaan. Ia sekali lagi membuktikan komitmen syarikat tersebut dalam menyediakan teknologi telefon pintar yang terbaik pada harga yang menakjubkan.Redmi Note 5 & Pembukaan 6 lagi Mi Stores di Malaysia

Digelar sebagai “Camera Beast ”, Redmi Note 5 dilengkapi dengan platform Qualcomm Snapdragon 636 dan mempunyai keupayaan fotografi bertaraf premium. Ia turut menawarkan ciri-ciri seperti dwi kamera dengan sensor besar 1.4μm piksel, kesan kamera AI dan lampu swafoto LED untuk kamera hadapannya. Redmi Note 5 sememangnya cukup berkuasa untuk merakam gambar-gambar yang hebat tidak kira di mana sahaja, pada bila-bila masa.

Pada majlis itu juga, Xiaomi turut mengumumkan bahawa ia akan membuka 6 lagi Mi Stores di Malaysia pada Mei, sebagai tambahan kepada 4 buah Mi Stores yang sedia ada di seluruh negara. Langkah berkenaan sejajar dengan wawasan Xiaomi iaitu untuk menyediakan pelbagai produk berinovasi yang mudah didapati oleh semua orang ke
dalam pasaran Malaysia.Ketua Xiaomi Rantau Pasifik Selatan, Steven Shi berkata,Redmi Note 5 & Pembukaan 6 lagi Mi Stores di Malaysia

“Saya berasa amat gembira kerana dapat mengumumkan pelancaran Redmi Note 5 di Malaysia, sebuah perantiberkuasa dilengkapi dengan kamera yang sangat mengagumkan setanding dengan telefon pintar flagship di pasaran. Saya percaya bahawa peranti ini akan mendapat sambutan hangat daripada para peminat teknologi kerana ia memberi kuasa ke tangan pengguna di seluruh negara. Saya juga teruja mengumumkan rancangan Xiaomi untuk meluaskan lagi kedudukannya di Malaysia, termasuklah dengan pembukaan kedai di setiap bandaraya utama, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan produk kami.”

Imej lebih jelas dan pantas memfokus walau dalam cahaya suram
Redmi Note 5 menawarkan ciri dwi kamera, sebuah ciri yang biasanya hanya terdapat pada telefon pintar flagship sahaja. Sensor utama 12 megapiksel menampilkan piksel bersaiz besar 1.4μm, yang dapat memerangkap lebih banyak cahaya dan menghasilkan imej yang lebih jelas walau dalam cahaya suram.Redmi Note 5 & Pembukaan 6 lagi Mi Stores di Malaysia

Kamera hadapan Redmi Note 5 dilengkapi dengan sensor 13 megapiksel serta didatangkan dengan lampu Swafoto LED. Kedua-dua kamera hadapan dan belakangnya turut dilengkapi dengan fungsi Beautify 4.0 terbaharu Xiaomi. Ini bermakna apabila Mod Potret diaktifkan, ia akan menghasilkan pelbagai kesan berbeza yang dimantapkan oleh komputasi AI agar tampak semula jadi seolah-olah seperti dimekap. Walaupun tiada sensor kedua, kamera hadapan tetap berupaya menghasilkan kesan bokeh yang hebat dalam Mod Potret hasil bantuan teknologi AI yang berupaya mengasingkan subjek daripada latar belakangnya.

Qualcomm Snapdragon 636 yang berkuasa serta efisien
Redmi Note 5 menggunakan platform Snapdragon 636 yang terkini daripada Qualcomm berasaskan kepada proses pengilangan semikonduktor 14nm. Pengguna akan mengalami prestasi yang lebih pantas sama ada ketika menyunting dokumen spreadsheet yang besar atau bermain permainan video yang memerlukan sokongan tinggi, dengan seni bina Kryo 260, kelajuan pemprosesan maksimum 1.8GHz dan GPU Adreno 509 yang dimilikinya.

Redmi Note 5 dilengkapi dengan skrin penuh 18:9 FHD+ 5.99 inci, bateri berkapasiti besar 4000mAh dan menyokong pengecasan pantas. Dilengkapi dengan sistem operasi MIUI 9 berasaskan Android Oreo, Redmi Note 5 turut didatangkan dengan isyarat paparan skrin penuh yang membolehkan pengguna untuk menyembunyikan bar
navigasi sepenuhnya bagi memaksimumkan ruang paparan. Redmi Note 5 didatangkan dalam dua versi: 3GB + 32GB dan 4GB + 64GB. Ia boleh didapati dalam 3 warna iaitu Biru Muda, Emas dan Hitam. Sebuah sarung TPU yang ringkas serta elegan turut disertakan dalam setiap kotak Redmi Note 5. Pengguna boleh membuat tempahan awal bagi mendapatkan Redmi Note 5 bermula pada 25 April di Lazada, dan peranti berkenaan boleh didapati di Mi Stores bermula pada 5 Mei.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge